Selasa, 31 Disember 2013

NEBIRAS - THE GREAT RITES

nebiras
nebiras
EP 1998 dari nebiras band black metal tanah air yang berstatus cult,aku dapat kaset ni masa gig kl blackfest hari tu,ngam2 pula time nebiras main sekali dalam gig tu,apalagi masa aku terlihat dijual dengan harga rm25 aku berbelah bagi juga nak beli,sebab duit aku dah habis buat beli stuf lain dan juga baki rm dalam poket tinggal cukup2 untuk beli tiket gig blast from the past,masa tu rasa macam tak nakbeli pun ada,tapi aku fikir2 duit tiket tu boleh dicari juga tapi kaset macam nebiras ni memang payah dah nak dapat sekarang,aku dah malas fikir banyak aku terus minta diskaun,makanya kaset ni aku dapat dengan harga rm20...walaupun berstatus terpakai tapi keadaan dia masih elok lagi lihat gambar kat atas tu,dan yang paling penting sound dia masih tip top...dalam ep ni ada 7 lagu temasuk 2 intro,nak cerita sikit intro In the Name of Thy Horned Divine - Part II ni memang total seram,masa aku sampai kerumah dalam jam 12 malam macam tu selepas dari melihat nebiras ni di gig kl blackfest, aku play lah kaset ni sampai ja ke intro tu tak sampai 10 saat aku stop terus,memang seram lah klu aku sorang tak dah hal ni ada anak kecil...ini adalah kaset nebiras pertama aku miliki jajaja mungkin disebabkan status cult dengan nama nebiras tu aku terus tebeli,apapun ep ni nda mengecewakan...

list lagu
1. In the Name of Thy Horned Divine - Part I 02:21  
2. Culte Des Morts 02:00  
3. Clavicule De Solomon 02:59  
4. Les Bon Esp'rits 03:07  
5. Les Secret Des Secrets 03:38  
6. In the Name of Thy Horned Divine - Part II 01:35  
7. Thy Great Fullmoon Light 03:05  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan