Rabu, 4 Disember 2013

KLHELLBANGERS 2013



salam semuanya,sebelum aku mulakan cerita utk gig klhellbangers ni,aku nak mulakan dgn kisah disebalik perjalanan gig yg penuh dgn warna kehitaman dan juga gelak tawa hahaha
bermula 2 bulan sebelum gig ni dilangsungkan ( LIHAT  SINI ) dan semua rakan2 dlm grup klhellbangers sepakat utk mengadakan satu gig utk mengeratkan lagi tali persahabatan diantara rakan2 semua.
benarlah kata org langit itu nda semestinya cerah dan awan hitam pasti akan menutupi sinar mentari,tak sampai sebulan,satu tsunami melanda dgn gegaran 696,dan hampir menghancurkan segala yg dirancang..memang tak dijangka tsunami yg melanda tampa disedari,kutipan dana sudah tekeluar dari grup,ada satu page HARAMJADAH memadai pi post kat page dia,niat memang baik tapi salah langka si kawan.maka post itu pun diprint scren dan dihantar kebeberapa org yg bakal menyumbang,namun satu kesilapan bleh membuat huruhara dan tak senang duduk diantara rakan2 yg berada dlm grup,semua tekena tempias.
salah seorang dari yg mendapat msj dana tu dgn selambanya mempostkan di wall fb nya dgn gagah dan beraninya dan menghina dgn KETAHIAN apakah ini.. memang bleh diterima akal jika ianya bertanya dgn lebih terbuka dgn ayat yg tak lah membuat org yg tak tahu menahu terus ambil point..
aku sebagai salah satu rakan dalam klhellbangers mmg terasa juga dgn post beliau dan juga komen dari rakan2 nya.. mmg amat menyakitkan hati,namun aku berfikiran terbuka dan membalas komen mereka tampa ada rasa benci dan meluat dgn gelagat mereka yg mengomen..waktu aku komen tu mmg tidak ada ahli yg lain mengomen dan hanya ada seorang saja yg ingin menjernihkan keadaan dan memberikan penjelasan utk mereka.(MEGATHANKS BRO).. tak sampai sejam lepas aku komen,rakan2 yg lain dah mula masuk kat wall  manusia ni,dan mcm2 penjelasan yg diberikan oleh rakan2,dan taniah utk korang semua,namun ada 2 3 org rakan yg memang tak bleh terima komen2 pedas dari mereka ni,hahaha dgn ayat yg musti empunya wall terasa dan juga rakannya..peliknya masa ramai yg komen tu dorang blum masuk utk balas balik,mungkin mereka ni nak tunggu satu kesilapan dan point,selepas tenang seketika,baru lah mereka membalas dgn gurauan bercampur sindiran dan perang dingin dah aku rasa,rakan2 yg terbabit tadi mmg da ada sampai fuck memfuck..huh! aku tak mau masuk campur sgt dan aku pun dah baca komen2 mereka. aku dan mereka juga sudah faham yg ada salah faham ok lah habis cerita namun post tu dia tak padam dah hampir cecah 1000 komen ooohh,klu nak taip semuanya mmg panjang maunya mcm novel sudah.. aku buat ringkas lah tsunami part 1 ni..selepas saja keadaan mula tenang kembali,ada rakan2 masih tak puas hati dgn admin page yg memandai minta dana kat satu dunia utk gig ni,maka satu pesta fuck memfuck sudah diantara rakan2 dah mula kelihatan perpecahan diantara rakan2 yg mulanya,hajat nak buat gig ni utk lebih merapatkan lagi persabatan,kini sudah menjadi dingin..huh! namun semuanya kembali normal dgn sendirinya,tapi aku dpt rasakan masih ada yg menyimpan rasa tak puas hati diantara mereka yg terlibat dgn tsunami yg berlaku.

TSUNAMI PART 2 yg ni aku mmg betul2 ringkaskan saja namun aku akan bagi detail dan padat juga..haha harap anda fhm hehe.. tsunami kali ni mmg lebih dasyat lagi dari yg pertama,dan yg ni aku memang hampir hilang akal nak menjelaskannya,selepas perbincangan akhir (LIHAT  SINI) salah seorang rakan telah terpost sesuatu diluar jangkaan yg bleh membawa tsunami yg lebih dasyat lagi warrrghh!! aku mulanya tak faham dgn post rakan ni dan sempat komen sekali di postnya tu,sebab ada satu manusia ni pergi komen yg berbunyi ada gay seorang dalam gambar tu,aku pun mention lah namanya dan nak tahu juga sapa gay yg dia maksudkan,dan dia pun balas msj kat inbox dan dia bagitau tau sapa gerangan gay dlm gambar tu.nasib bukan aku kalau aku pasti perang akan berlaku hahaha..ini kes lain bukan tsunami.kembali kepada tsunami part 2 ni,rupa2 nya ada pihak yg tersinggung dgn ayat post rakan ni,dan pihak yg terlibat kali ni mmg bukan calang2 orang dlm scene ni.selepas aku dpt msj dari rakan yg mengatakan tsunami is back dan dia bagitau detail aku trus ckp.. hancur..sambil geleng kepala.dan tak tau nak ckp macam mana lagi,tapi hanya ada satu jalan saja yg bleh menjernihkan keadaan ni,MOHON MAAF.. aku mmg tak dpt nak lihat post tu dan tak bleh komen tapi ada rakan yg bleh copypaste,dan aku lihat mereka mmg begurau tapi jika kita mengerti mmg pedas dia punya maksud hahaha.. tak sangka ada juga salah seorg yg masih tak mau melihat perkara ni berpanjangan dan dia tolong explen semuanya kepada pihak yg tesinggung,nasiblah mereka sudah lama dan bleh memaafkan kesilapan yg telah terjadi,rakan aku ni pun dah minta maaf kepada pihak yg terlibat,huh! namun begitu keadaan mmg diluar kawalan perkara yg telah menjadi pertelingkahan diantara rakan2 di dlm klhb menjadi amat parah.. mcm2 perkara yg berlaku selepas tsunami part 2 melanda.. apa yg berlaku biarlah rakan2 klhb saja yg tahu... dan kita simpan utk dijadikan pelita di waktu keadaan tak berletrik nanti di masa akan datang..huh!

flyer rasmi

terus ke tarikh 1 DECEMBER 2013

1 DECEMBER 4pagi aku telah tersedar dari tidur disebabkan minpi yg agak tak best.. huhu aku telah bermimpi gig yg berlangsung menyebabkan pertumpahan darah perghh!!  dasyat mimpi tu,mungkin aku byk fikir pasal gig yg bakal berlangsung esoknya dan sampai terbawa2 ke mimpi.. nasiblah minpi kalau betul mmg ketali gantunglah aku huhuhu....

10pagi aku bangun dari tidur dan terus pasang lagu metallica utk memberi semangat dipagi hari..lepas dgr 2 lagu aku pun terus mandi dan bersiap sambil pekena 3in1 secawan..

11pagi aku jemput sahabat aku trash angle,dah janji dgn dia aku nak gerak awal sbb aku ada hal nak setel dulu kat amcop mall pagi tu..sampai kat amcop mall jam12 dan aku pun jumpa rakan sorang ni dan buat trade kaset dan sempat aku beli 2 ketul kaset lagi..trash ajak aku makan,dan aku pun terus on,walaupun selera aku mcm tak ada namun aku paksa juga makan sebab lepas ni ada pesta mudamudi yg bakal berlaku hehe,aku pekena daging kambing dan nasi putih dan secawan air kosong save bajet hehe..akhirnya trash yg belanja makan,thx blood for the great lunch with you jajaja...selepas makan kami pun gerak pergi sunway dgn jalan susur masuk ke mentari court agak perlahan pergerakan kereta mmg cukup menyakitkan hati,nasib lah trash byk cerita,sbb malam tu dorang pi bepesta liar tampa ajak aku..so sad!!:(

1.30ptg selamat sampai ke penylane sunway,masa aku nak cari parking aku terlihat kelibat max shayuti dari band cry0 inferno duduk kat restoran bersama rakan2nya dan ada juga yg berdiri di pintu masuk penylane agak sikit kelihatan hadirin yg dtg,maybe masih awal kali.
aku dan trash pun duduk kejap dlm kereta sambil minum2 @#$^^ jeje,kelihatan amin turun kebawah menghisap rokok dan aku horn kereta dan lambai tangan kat dia suruh dia join kami sekali,amin dtg dgn senyuman dan kami bersalaman dgnnya sambil bercumbu rayu hahahaha.
selepas cerita ngan amin kami pun naik keatas,dan mengambil tag crew huhu aku jadi crew rupanya...dan aku terus masuk dalam venue kelihatan band bacteria tgh soundchek,dan sempat bertegur dgn doo,bertanyakan baju yg aku order jejeje,lepas tu aku keluar jap borak2 kat luar,aku ada tefikir juga dlm hati hanya ini saja kah yg dtg bleh hitung dgn jari,namun sangkaan aku meleset,satu demi satu metalhead dtg dan masuk kedalam venue,

2.30ptg kehadiran crowd sudah cukup utk memulakan acara,aku rasa gig ni tersasar 40minit mungkin sbb crowd blum ramai dan band pembukaan tunggu crowd masuk kedalam.dan emce hari tu digalas oleh abg bob..





2.40ptg gig pun bermula…
Band pertama yg beraksi,band berasal dari kuala lumpur,BACTERIA yg diketuai oleh man16 dan juga barisan line up dari band slaydeath,hehe,hanya tinggal man16 saja ahli asal band bacteria ni,setahu aku lah..aku rasa teruja juga nak lihat man16 beraksi,sbb ni kali pertama aku berpeluang. Band ni memainkan irama thrash/death metal,lagu pertama bukan man16 vokalis,saudara angah yg menjadi vokalis utk lagu pembukaan,man16 hanya banging kat tepi drum macam mau cari satu tenaga..angah membawakan lagu yg aku sendiri tak tahu tajuknya,permain alah thrash sambil nyanyi sambil main gitar,aku yg disebelah kanan berdepan dgn gitaris kedua anuar wai, tampa banyak fikir aku terus headbang gilababi punya sampai aku rasa mcm nak pitam saja dilagu pertama,ditambah lagi oleh suhu panas didalam venue mmg totally mandi peluh lah baru lagu pertama… aircond mmg ada tapi tak cukup utk menyejukan ruang venue yg makin dipenuhi oleh pembanging tegar yg sudah hilang akal,selesai lagu pertama abg man16 sudah mengambil ahli vokalis sambil mengucapkan ucapan yg aku dah lupa haha…lagu kedua dari demo silentdeath klu tak silap akulah sbb man16 ada ckp,bila saja sound berkumandang lagu tu mcm perna aku dgr,mmg sah lagu dari silent death tajuk aku tak tau tapi music nya mmg sah dari band tu,apalagi aku yg dah separuh basah oleh peluh terus headbanging mengikut rentak lagu yg mereka persembahkan…baru 2 lagu aku dah rasa mcm nak pitam,mungkin sbb aku dah 3 bulan tak headbanging menyebabkan aku cepat pancit… sebelum aku pengsan aku memutuskan keluar venue  utk mencari udara segar…aku tinggalkan bacteria begitu saja disebabkan aku dah tak mampu utk meneruskan perjuangan hahaha… aku duduk luar sambil minum air,dan terus teman sipenjaga tix,bini si amin,aku tgk dia pun sorang saja,aku buat2 lah jaga pintu buat seketika aku kan crew hehe.makin ramai juga dtg yg beli tix..selepas saja tamat band bacteria.. ak masuk semula dgn tenaga yg baru peluh pun dah tak ada jejeje


Band kedua yg aku plan mmg nak tengok sangat band ni beraksi,ini kali kedua aku tgk mereka,apa yg menarik band ni mereka bawa cover lagu sepultura mmg kaos lah.band CYRO INFERNO memainkan irama groove /thrash metal ,berasal dari petaling jaya..memulakan persembahan mereka dgn lagu dari sepultura arise klu tak silap klu salah harap maaf lah ye..tampa diduga crowd terus menghempas kepala semuanya serentak termasuk aku,apalagi yg bleh aku katakan keadaan dlm venue sudah betul2 huruhara.lagu kedua mereka menjemput vokalis jemputan ntah dari band mana tapi aku mmg perna tgk,berbangsa cina tapi suara mmg GRGRGRGR habis… mereka persembahkan irama death metal dilagu kedua mmg sesuai sangat dgn vokalisnya,sebetulnya lah aku mmg sukar nak ikut rentak headbanging lagu kedua ni,sbb pukulan drum dia mmg laju ditambah lagi dgn kelajuan gitar mmg payah utk aku mengejar dan menghayunkan kepala,rasanya lagu kedua ni best kalau buat mosh baru ngam,habis lagu kedua mereka teruskan dgn lagu cover sekali lagi dari band sepultura,kali ni mmg lagu yg betul2 buat huruhara,crowd makin padat dibahagian depan aku yg tadi dibarisan hadapan kebelakang sedikit mencari posisi dan juga metalhead yg mosh hahaha.. ROOTs BLOoDY ROOTs pun berkumandang sambil diikut dgn lompat setempat sambil headbanging,sempat juga aku melihat ketengah dan ada sudah kelibat yg tgh mosh..aku yg tgh dirasuk oleh music cryo terus melompat kedalam sambil melompat2 hahaha mmg amat menghiburkan seolah2 aku tgh menari mengikut rentak lagu tu,tolak menolak langgar dilangar sudah mcm tak dah rasa sakit lagi disebabkan lagu yg dipersembahkan memberi satu kekuatan yg aku sendiri tak bleh nak jelaskan hanya yg kaki mosh saja mungkin tahu apa rasanya..selesai lagu ketiga,lagu terakhir klu tak silap aku 4 atau 5 lagu aku dah ingat2 lupa,lagu terakhir sempena max pakai baju agent orange maka lagu terakhir mereka diambil dari album tu remember the fallen..warrrgrgrgr aku yg sudah basah oleh peluh makin menjadi2 sudah headbanging tampa henti disepanjang lagu tu sambil sing along bersama remember the fallen the fallen waarrrkk,persembahan yg mereka berikan mmg cukup memuaskan.. harap ada masa dapat lagi menyaksikan mereka beraksi…


selepas persembahan band cryo inferno aku keluar sekejap utk mendapatkan rehat dan udara segar dan disitu juga aku terasa sakit belakang mcm ada org tendang time mosh tadi mungkin juga sebab pelanggaran antara satu sama lain.selang beberapa minit kedengaran sudah sound didalam venue dan band yg beraksi adalah band PUAKERYSM band thrash metal dari rawang.aku blum masuk lagi masih merehatkan diri kat luar sambil merokok sebatang,habis saja aku merokok aku masuk balik kedalam venue,dan baru lah aku sedar venue makin sesak dan headbanging dimerata tempat kelihatan,aku yg hanya melihat dari belakang persembahan puakerysm hanya dapat bertahan 2 lagu,dan aku terus keluar sekali lagi,kali ni aku turun kebawah,memang betul2 nak kan udara yg segar,depan pintu pun hampir sama saja bahangnya dgn didalam...jadinya aku tak sempat layan band ni sampai keakhir persembahan mereka..tak apa safty first bilang org hehe..hari tu aku dah all out masa kat kl thrash layan band ni.(LIHAT SINI) 


tak sangka pula aku kat bawah ramai juga metalhead yg melepak dan aku lihat disatu penjuru rakan2 lain tgh melepak ,aku terus lepak dgn mereka..kalau mengikut kertas list band kat luar pintu band selepas puakeryem beraksi,adalah band ABMS 696,tapi disebabkan mereka tak dpt beraksi maka band GATAGAXIAN band ni aku tak dpt sebarang info dan maaf juga lah sbb aku tak dpt lihat band ni beraksi disebabkan sudah melekat dgn cerita kawan2 kat bawah..aku ada tanya joey gitaris abms 696 kenapa tak jadi main,katanya kat aku drumer mereka tak ada sbb ada hal peribadi,aku respek juga kat dorang ni walaupun tak beraksi hari tu mereka dtg support juga gig ni... jumpa lagi joey dilain acara kalau aku jadi trun blackfest nanti...








Aku rasa agak lama juga aku lepak kat bawah dan tenaga aku pun kembali normal dan ditambah dgn minuman yg memberikan tenaga yg luar biasa,sebanarnya aku nak ajak rakan2 ni naik keatas tapi segan juga lah jadi aku putuskan utk naik sorang diri dan mereka menyusul kemudian.firasat aku memang kuat mengatakan band black seed akan beraksi ni,kalau aku tak naik,pasti melepas aku dgn irama thrash metal bawaan mereka yg menjadi pujaan hati aku jejeeje..sampai saja aku kat atas dan masuk kedalam band CAFERGOT tgh beraksi band ni berasal dari shah alam kalau betul lah band cafergoat takut salah pula band gatagaxian sbb kat list band cafergoat ni main selepas band gatagaxian,nasib aku ada tanya seorg membe yg dia kata band CAFERGOT band ni main irama grindcore/death metal,dan aku sempat headbanging 2 lagu,2 lagu yg tak sampai seminit rasanya haha....





Dengan kepala aku yg tgh pusing dan tenaga yg luar biasa dpt aku rasakan aku tgh DRUNK hahaha.. suara aku pun sudah kuat aku siap menjerit2 lagi,selepas tu bob pun mengumumkan band seterusnya didatangkan dari melaka BLACK SEED band yg memainkan thrash metal yg betul2 thrash sejati bagi pendapat aku lah,aku siap menjerit we want black seed destroy em all ahhhhh!!masa black seed ni beraksi crowd mmg padat,lagu pertama mereka hari tu dipetik dari ep terbaru mereka kalau tak silap lah sbb aku time mereka beraksi ni sudah gila dan tak waras lagi aku headbanging berabis dan tak ingat dunia nyata lagi,selepas 4 lagu mereka persembahkan dgn begitu baik sekali dan headbanging beramai2 mmg black seed dapat support yg tak berbelah bagi dari metalhead yg ada dlm venue,aku yg headbanging didepan sebelah kanan berpindah kesebelah kiri disebabkan tempat aku headbanging ni mmg sesak habis,aku menarik nafas dan kebetulan ada kipas kecik kat sebelah aku rasa nyaman juga.. bila black seed sampai kelagu akhir,vokalisnya si amy siap bagi pilih lagu antara master of puppets atau creeping death,maka crowd semua menjerit lagu creeping death walaupun ada segelintir nak dgr lagu master,amy mengalah dan mempersembahkan cover dari metallica creeping death dan mengakhir persembahan mereka...walaupun masih belum cukup namun kepuasan terpancar diwaja2 black seed dan juga crowd termasuk lah aku... selepas mereka ni beraksi energy aku turun naik rasa pusing juga kepala aku huh,,,lepas tu band seterusnya pula
sepatutnya klu mengikut  pengiraan masih awal lagi utk masa rehat,maka dgn itu bob sebagai emce mengumumkan yg band BACTERIA akan beraksi lagi,kali kedua.. mungkin ramai dari crowd yg dtg lewat tak sempat lihat bacteria beraksi,dgn ketiadaan band WYKEN DEL,yg tak dpt beraksi juga pada hari tu disebabkan ada masalah yg mereka tak dpt nak elakkan.. aku terus buat keputusan terun kebawah utk mengisi perut,rasa lain dah mulut aku huhu



dekat bawah mmg ramai jugalah yg sudah duduk memenuhi meja2 restoran,sempat la aku merokok dan tanya kawan2 nampak thrash tak,mereka tunjuk kesatu meja yg ada kat kedai subaidah,segan juga nak jalan kesana sbb aku tgk ada band disobeyed,lepak bersama2 mereka,hehe..aku beranikan diri dan terus duduk sambil memesan roti kosong dan air coke utk mengisi perut,seleasi saja aku makan aku terus ajak thrash ambil minuman kat kereta bagi lan capek utk band desobeyed tanda sambutan dari kami lah,sikit pun tak apa janji merasa... rehat dekat belakang kereta sambil bercerita dan menikmati rokok aku mmg tak bleh dah nak minum kalau aku minum kompom muntah lah jawapnya..tak lama lepak..semua crowd sudah turun ke bawah dan beretur utk makan..oh ya gig ni disediakan makan2 hehe.. aku hanya sempat makan buah saja,sbb aku dah rasa kenyang tadi makan roti kosong...



7.30ptg mcm tu masa break sudah habis dan kelihatan juga ramai sudah naik balik keatas venue,aku yg memang dah tahu band antaboga yg akan beraksi lepas break ni,aku terus naik keatas,bagi support utk band ni,antara band pujaan hati aku juga ni..daulat nusantara..!!masuk saja aku kedalam venue antaboga sudah berada diatas stage tgh final soundchek..sambil menanti crowd masuk kedalam musik makin kedengaran dan crowd pun sudah mula mendapatakan posisi masing...



ANTABOGA band dari klang yg memainkan irama black metal,acuan nusantara,memulakan dgn intro,kali ni antaboga ada bassist baru yg memakai topeng ninja hanya mata saja yg kelihatan dan aku sendiri tak dpt cam waja sebenar disebalik topeng tu..aku yg dibelakang tadi terus kedepan dan kelihatan juga eko disebelah aku tgh bagi support utk band ni,lagu pertama mereka aku lupa tajuknya,dan sempat aku headbanging utk satu lagu ni dan terus kebelakang semula disebabkan otak aku mcm rasa nak terkeluar sudah,aku putus kan utk fokus kearah mereka saja tampa headbanging,lagu demi lagu mereka persembahkan dan disambut headbanging oleh crowd hari tu...sampai kelagu terakhir..persembahan antaboga sgt konsisten walaupun dgn bassit baru mereka dan aku total daulat utk band ni...dan dikabarkan kesinambungan mayang mistik akan rilis tahun depan,tak sabar aku menantikan alunan dari kuburan... daulat!!!



selepas band antaboga.band BATTLE HYMN dari petaling jaya,dianggotai oleh tiga orang.. gitaris disebelah kanan kasut dia memang mantap kalau bikin sepak org kompom tembus rasanya..okey band ni memainkan irama black metal,dan pengaruh kuat mereka ni rasanya band marduk lah,masa mereka main ni aku hanya duduk disofa dan sekali2 sekala aku berdiri utk melihat persembahan mereka..respek juga kat pemain drum dia ni,dia siap jadi vokalis sambil main drum,lagu freezing moon permintaaan dari crowd aku time ni terus kedepan,dan headbanging separuh lagu dan kebelakang semula.. lagu terakhir yg mereka beri lagu cover dari marduk panzer divesen marduk.. yeay crowd bergila semua!!!

sekali lagi band dari melaka,bakal beraksi kali ni bukan irama thrash metal tapi melodik black metal.TRIUMP OV FIRE aku rasa band ni nda payah diperkenalkan lagi lah sbb mereka ni betul2 menggunakan medium fb sepenuhnya utk mempromosikan band ni,dan dari apa yg aku tahu band ni akan menganas lagi di indonesia,dan beberapa  flyer local yg aku tgk nama band ni tersenarai... sama nasib dgn antaboga band ni juga memperkenalkan bassit terbaru mereka.. aku yg dah tak larat nak headbanging hanya mampu utk duduk disofa sambil melihat persiapan mereka,bila lagu pertama berkumandang supporter dari crowd masih tak luntur,aku yg duduk dari tadi bangun dan terus kedepan lagu ketiga kalau tak silap mereka bawa lagu cover dari rotting crisht bersepena tour asia band ni kerantau asia tenggara.. malaysia  tak tersenari lagi so sad... walaupun rasa mcm nak pitam aku gagahkan juga utk headbanging dan support band ni,namun tak sampai habis lagu cover tu aku da tak larat dan aku ambil keputusan utk menyimpan tenaga akhir ni utk band dari sabah.persembahan tof mmg tak berubah total melodic..dan sukses selalu utk tof





selesai saja band tof,band yg terbang dari kepualauan borneo sabahel black detah metal DESOBEYED.. antara band yg ditunggu oleh s6b6h6n bangers yg bekerja di semenanjung..aku rasa  semua bdk2 sabah ada didalam venue time ni dan tak lupa juga metalhead semua yg masih menanti hingga keakhir gig... walaupun ada masalah teknikel gitar kedua disebelah kira yg mungkin agak terlambat namun crowd tidak berganjak pun dibarisan hadapan,masalah dapat diselesaikan dgn sempurna dan dimulakan dgn irama black death bawaan mereka aku hanya mampu melihat lagu demi lagu mereka persembahkan dan sampailah kelagu terakhir aku gagahkan diri terus masuk dan headbanging bersama rakan2 lain support band ni..persembahan mereka bagi aku mmg amat bagus terutama sekali vokalisnya dia pandai mengawal stage dgn gaya tersendiri.. taniah buat desobeyed,dan hail kerna sudi join gig klhb ni megathx to lan capek...aku lihat waja  s6b6h6n bangers puas hati dgn persembahan dari band kelahiran ni.. harap tahun depan makin byk lah lagi band2 dari sana dtg kemari.....

band terakhir NEKRAD  melodic black metal band kedua memainkan irama ni,band berasal dari ipoh perak... sebetulnya selepas band desobeyed beraksi aku mmg dah nak pitam,aku tinggalkan rakan2 dan juga nekrad dan terus kebawah dan masuk kedalam kereta utk berehat,sambil aku rasa mual mcm dah nak muntah..aku cuba bertahan tapi tak bleh,aku tgk dorang bun laiho disebelah masih lagi meneruskan akitviti mereka walaupun aku dihulurkan aku mmg tak dpt sudah nak join... aku terus muntah di tepi mereka HAHAHAHAHA nasiblah ada cola,punyalah pahit tekak aku,aku rasa semua yg aku minum petang tadi terkeluar ohhhhh lepas saja aku muntah aku kembali normal,nak juga aku minum tapi kawan pesan tak payah lah, mungkin dia tahu aku bawa kereta,lepas tu aku tinggalkan mereka ni dah duduk cari air teh bak kata bun laiho minum air teh baru rasa mual tu hilang wakakakaakakaka


duduk dgn rakan2 dimeja sambil cerita2 menunggu gig berakhir,tak lama kemudian semua sudah kelihatn trun kebawah dan menandakan gig klhb sudah berakhir dgn jayanya.... sukses!!!




 
model utk baju klhellbangers 2013
lepas tu thrash ajak aku balik,walaupun masih awal namun thrash ckp dia kerja aku terpaksa fhm dan terus bersalaman dgn rakan2 klhellbangers dan semua kenalan2 fb ku jejeje TAMAT


taniah buat semua rakan klhellbangers kerna sanggup bertahan walaupun tsunami melanda dan juga inilah tandanya yg metalhead dimalaysia tak berdendam dgn kita thx for the support,stay unite tahun depan kita buat lagi... jumpa di solaris ya....

kredit gambar dari rakan2 fb...

maaflah gambar band yg lain tak ada sbb itu ja yg aku jumpa
dan catatan ini adalah pandangan peribadi sahaja....!!696

Tiada ulasan:

Catat Ulasan