Isnin, 29 September 2014

Luahan hati part ntah lupa lah HAHAHA

SALAM pagi isnin, pagi yang buat aku lewat g kerja hari ni, nak ceta pasal kejadian pagi tadi, lepas subuh dah bangun mcm biasa, tapi hari ni tertido plak, last2 aku tebangun sudah jam 8.15am, dipendekkan ceritanya, datang keja isi borang kelewatan, HR tanya sbb lambat kan, jawaplah dengan iklas hati ni, lewat bangun.. alasan aku tu tak boleh terima, aku tak boleh nak buat apa, tak kan aku nak menipu pagi2, tebal juga muka aku kawan2 lain dengar, rasa terharu terkilan jugalah, bukannya selalu datang lewat pun, dalam satu tahun maybe 2 3 kali saja lewatnya, tak apalah kata hati ku dengan penuh sebak di dada aku berlalu pergi..huhuhu.

ditambah kan lagi cerita semalam serta hari sabtu, sabtu bersempena dengan store day cassette, aku ada menerima bungkusan pada pagi sabtu, heran juga aku, rupanya bungkusan dari faithcarf buka2 ada kaset, ngam time betul kaset tu sampai, nanti kaset ni aku cerita kat entri lain. pagi sabtu yang indah, ramai kawan2 dalam grup cassette passion mengucapkan selamat hari kaset kan, dengan adanya tahun ni sambutan diadakan di subang, maka aku plan nak kesana, mana tahu dapat kaset2 pujaan hati,

hari kaset ni, sebenarnya aku sudah plan cantik2, lepas kesana terus ke gig charity for syria dan gaza tu, disebabkan last minit aku tukar plan, bawa family gi jalan2 lagi best, sbb gig tu pun hampir semua band2 aku dah tgk, bab nak derma tu bila2 pun boleh..

CASSETTE STORE DAY 2014, berlangsung di subang jaya, lupa lah pula aku nama kedainya, lokasi memang senang saja nak cari, sampai kesana, memang ada peniaga2 jual kaset, ada yang murah ada yang mahal, dapatlah beberapa keping kaset kat sana, aku lupa nak snap gambar lah hahaha....jap aku nak cari satu gambar kat fb tu.. sambutan tak tahu lah meriah kah tak, sbb aku datang awal lagi, singgah kejap aku terus gerak ke kl jalan2.. malam nya aku g klia pula ambil kawan datang dari sabah.. cukup memenatkan, esoknya pula jalan2 lagi, patutpun hari ni aku penat semacam, huhuh..

bungkusan minggu lepas belum habis lagi aku publiskan, masih banyak kaset2 yang belum terceritakanl, rasa aku nak publiskan satu entri saja, bila fikir2 simpan dalam draf saja lah, sehari satu publish, ok lah itu saja utk pagi ni.. huhuhu... 

5 ulasan:

  1. kat Malaysia ni tak kira la masa Cassette ker Vinyl store day ker...takder pulak sykt rakaman atau band/artis nak riliskan balik album mereka dalam bentuk kaset/lp kan?...aku baca Exodus,Testament ,Enslaved, Immortal ada rilis balik satu dua album mereka dalam bentuk kaset sempena hari tu...

    Mungkin kat Malaysia benda ni belum meluas kot...dan yang betul gila benda ni pun tak ramai mana.....agaknya la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, ada juga kawan2 yang meluahkan rasa terkilan pada2 band2 artis yang pena gemilang masa era kaset ni,tak ambil bahagian, patutnya benda2 macam ni boleh buat konsert kah..haha.. adabetul juga mungkin tak ramai yang minat ngan kaset skg ni..

      Padam
  2. takpa bro... lagi kecil. lagilah exclusive benda tu. bila terhad. baru orang nampak nilainya.

    BalasPadam
  3. bagus kalo band2 lama kat malaysia ni rilis balik album2 lama yang takda jual lagi.. teringin juga nak lp search yg lama2,wings ke..daripada buang duit kredit undi akademi fantashit tu

    BalasPadam
  4. aku kalau kerja pagi tu ada masuk 630, kadang lewat. aku pun ada jenis 'borang kelewatan' ni. biasa tulis 'terlewat bangun tidur' je, nak terima tak terima lantak la..haha

    dulu masa banyak kedai kaset takde pulak hari kedai kaset ni ek?!

    BalasPadam