Isnin, 27 Oktober 2014

SEARCH - FENOMENA 2013 DAN ISTANA BUDAYA 2014

Ni aku nak cerita pasal cd fenomena ni, sabtu lepas aku merempit ke subang parade untuk mendapatkan tiket konsert Search live istana budaya 2014, aku pertama kali ke subang parade ni, lokasinya senang saja nak cari, tapi payahnya bila kat dalam mall tu, aku hilang akal dibuatnya, nasiblah ada security, aku tumpang tanya mana letak rock corner punya kedai, dalam google image lain rupanya, tempat nya tersembunyi, patut pun aku susah sangat nak jumpa,..

album fenomena 2013 ni, aku dah miliki kasetnya. tak rancang pun aku nak beli, bila dah ada peluang depan mata aku rembatlah, sbbnya sound kaset aku tu sudah mula berdesing, musti ada yang ingat album ni rilisan semula album lama tu kan, aku pun rasa begitu, tapi ada juga spesialnya wahaa.. ada 3 lagu dalam ni, versi 2003, yang mana soundnya lebih segar, dan aku amat menyukai sound menara kesesatan versi dalam album ni, pure heavy gitu... jajaja
hajat ke subang parade tu nak beli tiket nilah, hahaha yang murah2 ja mampu milik utk org macam aku ni, aku tutup matalah, guna duit hobi aku utk beli tiket ni, bermakna bulan depan kosong lah incomingnya.. haha,, mulanya aku nak ambil hari khamis, bila aku fikir2 baik ambil hari sabtu, tak lah aku kelam kabut nanti, ohya dan ini bakal kali pertama aku ke istana budaya ni, kalau berlangsung dengan jayanya lah, jadinya aku ada tanda tanya, aku ada google cemana lah org 1st ke ib ni, boleh ke pakai jeans kasut convers, yang aku tahu tak boleh pakai baju tak berkoler kan, huhu... risau juga aku ni kalau2 aku pakai jeans, tak dapat masuk huhu.. melayang tiket ni, oklah itu sajalah utk cetanya, nanti aku buat kan entri khas perjalanan ku ke ISTANA BUDAYA NI wahahahaha.... pada kawan2 yang g sana tarikh yang sama ni, tegur2 lah ya, nampak saja jejaka hensem saya lah tu huhuhu... ohya aku tak ada baju berkoler ni, ada pun kerja punya uniform.. hmmmm

ok lah dikesempatan ini aku ingin ucapkan buat semua rakan2 blog, dan juga semua yang singgah dalam blog ni, yang beragama islam.. SALAM MAAL HIJRAH.. semuga kejahilan ku ni akan berkurang..dan aku diberikan kekuatan utk memeluk hidayah yang hadir ni sekuat hati...kbai

9 ulasan:

  1. aku ada cd ni, betul beb menara kesesatan tu memang sound Metal abis lah. ini album remaster ok beb.

    aku tak penah lg ke ib ni hehe

    aku suka ayat akhir tu bro, sama2 la kita ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. apalagi jum lah trun IB haha

      Padam
  2. pakai uniform kerja pun ok bro...heheh...

    kesian lah kat kami yang duk jauh dari KL ni..tak mampu nak berkonsert...tunggu review dari korang ajer la...

    btw...masih tak berjaya nak mencari fenomena asal versi cd...

    BalasPadam
    Balasan
    1. versi cd asal tu, hari tu ada jual rm500 pun org berebut.. bayangkan ke rare an nya...

      Padam
  3. Aku gi IB tengok Wings seluar is jeans hitam, baju is polo ada koler, and kasut is trekshoe. Kongajar la kan aku kalau pakai selipar jepun je...
    Sebelum start, semua diri, national anthem.
    sapa nak keluar handphone untuk rakam siap la kena laser hijau...
    tapi..... IB ialah tempat thorbaik untuk bootleg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm tak dapat lah aku nk snap pic buat kenangan ..

      Padam
  4. Betul la bro..Pening nak Cari rock korner dlm subang parade..heheh..da dpt tiket ok la.tunggu ko review je lah

    BalasPadam
  5. jawab soalan apa ada kat dalam boxset2 tu
    - Yang kepala tu dalam ada 13cd masa zaman keluar remastered version dulu. Ni 25,000 sahaja satu dunia. Ada certificate semua.
    - Yang First 10 Years tu boxset dalam ada 10 set 12inci vinyl untuk sambut Maiden 10 tahun bersama EMI.
    - Yang besi kat belakang tu ialah Casket yang dalam ada 6 cd, also quite rare la, sekarang harga dah mahal.
    - Yang kotak kecik tu ialah X Factor nye Man On The Edge single khas
    - Yang baru kotak merah tu ialah kotak merah tu yang akan jadi rare dan sekarang dah start rare sangat satu dunia, ngan dalam dah ada tiga LP pertama diulang cetak versi 180g vinyl warna hitam...kena tambah sendiri la masa yang lain dijual perlahan2

    BalasPadam