Rabu, 3 Disember 2014

SEARCH & WINGS - DOUBLE TROUBLE 2



search lagi, seperti cd gothik malam edan tu, ni pun terlihat juga dalam tokofb. dengan harga rm26 termasuk poslaju, kondisi kaset mantap tapi tali kasetnya dipenuhi kulat berwarna putih, rasa nyesal ada tapi tak apalah sudah terbeli, aku cuba bersihkan tali kaset rewind ke depan ke belakang, beberapa kali, lepas tu play, sound timbul tenggelam, susah rasanya nak elok kaset ni, habis head kepala kaset aku berdaki dibuatnya, setiap satu lagu kena bersihkan head 2 3 kali.

keinginan utk memiliki album ni disebabkan aku tak perna memilikinya dan tak perna hiraukan pun pasal album ni., perna juga suatu hari tu aku terpegang sudah versi cdnya di speedy sayangnya aku tak beli, sekarang ni mana mau cari tu huhu. hari tu aku dgr utube dan baca kat blog berteromber, terus teringin mau dengar lagu2 search dalam album ni.

dalam ni ada 5 lagu search, 2 lagu lama rakaman semula dan 3 lagu cover. aku suka pada lagu suratku utkmu, versi dipintu sepi ngan balada pemuzik jalanan pun ok, layan, nak pilih yang versi asal ngan versi dalam kaset ni, rasanya aku pilih dari kaset ni. versi utube lah yang clear, klu dalam kaset ni memang total gagal. lepas ni aku akan cari versi cdnya, tak puas hati langsung dengar versi kaset ni, sound timbul tenggelam.

hahahaha itusajalah, harap korang terima lah cerita aku pasal search utk bulan ni. hehehe.

3 ulasan:

  1. Double Trouble 2.
    Tu jam zaman packaging print kat kertas magik.
    kau tahu kertas magik kan? tengok kat kertas tu ada logo kecik2...
    Sama macam Best Of Wings jugak....kecik2 logo, cantik...

    BalasPadam
  2. tu pasal malas dah nak layan kaset...letih bab nak bersihkan kulat tu...

    BalasPadam