Khamis, 27 Ogos 2015

FTG - AFTER THE PROMISE




ftg antara band yang aku minat, tapi tak ingat anggota bandnya, hahaha.. ini adalah cd rilisan terbaru dari nsr, 2nd press. aku beli ni sebabnya aku tak ada lagi album ni dalam koleksi ftg aku., plan aku nak cari kasetnya saja, disebabkan harga bunuh diri, maka selalu kena skip. susah2 sgt cd ni muncul, kasih rembat sajalah kan dari tak ada, walaupun hati ada tergerak juga, sebab nsr ni pentingkan untung semata2, dari ambil tahu kepuasan pembeli, contoh macam album suffercation hari tu, sound hambar. untuk ftg ni pula, soundnya macam sama saja, tapi tak adalah kecacatan macam sound suffercation tu, cumanya inlay tu saja ada sain, 2014 lagi tu. setahu aku semua album2 ftg ni ada diselitkan lirik, utk cd ni tiada, kiayam betul. ohya ada juga terlintas difikiran aku. kenapa universal jual rm12 je cd mereka, napa pula nsr ni jual rm20. untung besar ni, pastu kualiti hancur. hail universal. nasiblah aku tiada kasetnya kalau ada, memang aku tak beli. sebab bagi aku sound ftg ni, sedap didengar kalau pakai kaset. itu yang aku rasa.only kaset is real... hahahaha. k lah sebenarnya aku terus mencari juga versi kaset album ni.untuk melengkapkan koleksi aku. huhuhu. cd ni sekali jalan ngan dipintu sepi semalam. harganya rm40 masuk poslaju. 

12 ulasan:

  1. aku tak beli cd ni...ntah la...aku kurang minat ngan FTG...mungkin kalau EP Freedom That's Gone yang keluar dalam betuk cd memang konpem aku akan beli...

    apa2pun setuju pasal perbandingan antara NSR dan universal...cuma khabarnya yang RM12 tu khas untuk promosi konsert Search Nusajaya...lepas ni harga mungkin sama macam NSR kot...

    BalasPadam
  2. Album yg ni masih vokalis lama tu kan sapa nama dia lupa lak aku.tapi kalo bab harga mmg aku setuju.NSR harga mahal tapi dia tak ambil peduli pasal kualiti.

    BalasPadam
  3. Singgah.......
    http://belacanhangit.wordpress.com

    BalasPadam
  4. BRO!!! Aku betul-betul nak beli album ni... kat mana boleh dapat album ni????

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli on9 kat fb, masuk grup jualan cd .tak pun masuk fb fan search

      Padam
  5. Fu yooo. Bermacam2 ragam di pasaran ye...haha.
    FTG. Antara band aku tak pernah dapat tengok live.
    Sad but true haha.

    BalasPadam
  6. Al fatihah buat allahyarham Bard, vokalis lama FTG. kaset album ni aku ade simpan lg, album lain kawan sudah pinjam tk pulang2 hehehe

    BalasPadam
  7. FTG, aku hanya ada CD album HARGA RUNTUH. tu pun musnah sebab tinggalkan CD tu kat kampung, famili pindah dan laci CD aku deorg tak angkut, rumah kena bongkar dah habis CD kena hujan dan panas. Termasuklah CD Cromok, Sil Khannaz, Deicide, Silent Death dan beberapa nama lagi. sedih!

    BalasPadam
  8. Cd ni masih boleh didapati du bazar karat pasir gudang....yg trbaru kumpulan meditasi ngan junction pun ade kuar

    BalasPadam
  9. Cd ni masih boleh didapati du bazar karat pasir gudang....yg trbaru kumpulan meditasi ngan junction pun ade kuar

    BalasPadam