Rabu, 12 Ogos 2015

ketam suri


ORang sini panggil ketam bunga...



Salam semuanya, seperti gambar diatas, kali ni nak cerita pasal ketam pula. haha. ni ketam antara yang aku rindu dan idamkan kalau balik kampung. belah bini aku ni nelayan jadi nak dapatkan ketam2 ni senang sikit tak payah keluar bajet haha.. ketam2 dalam gambar ni khas buat kami, mereka tahu aku ni jenis yang suka makan ketam, jadi pakcik bini aku tu akan kirim ketam ni kedarat walaupun mereka masih dilaut, hantar guna bot2 kecil yang nak kedarat.. sampai2 saja kerumah hari tu, terus makan tengah hari, ketam adalah hidangan utamanya HAHA..., aku apa lagi bedal sehabis habisnya.... HAHAHA



SAIZ ketam tu perghhh!! memang sedap lah ni segar punya ketam belum masuk ais lagi.. bayangkan tu, kalau ketam2 kat sini semuanya dah sejuk beku, rasanya pun tak sedap, yang kat kampung ni memang thorbaikkkk.. sedap berabislah....


mari mengenal ketam betina ngan jantan hahahaha... nampak tak beza ketam tu. mana satu betina mana satu jantan jawap lahhh hahahaa


ok yang kat atas tu betina kat bawa jantan, bezanya pun ketara klu laki tu kebiruan sikit sepitnya2 manakala. girl pula cam kat atas tu, lihat pada telur dia dah tahu kan... korang mesti lebih tahu dari aku, saja nak tambah2 cerita hahahaa...

dalam tiga hari kat kampung tu aku makan siang malam ketam2 ni. ada gak siput ikan, tapi aku lebih suka ngan ketam, sebabnya aku nak balas dendam... kasih puas nafsu serakah aku... balik ke kl pun kita bawa juga ketam2 ni, tapi masak goreng lah. supaya tak busuk.

nota - sori lah ye, gambar2 yang siap dimasak tu aku tak snap, segan gila2 aku nak snap depan family bini aku. hahaha... lain lah kalau aku makan berdua ngan bini aku, aku boleh snap satu2 cara nak kopek ngan pecahkan sepit ketam tu hahaha.. apapun ketam ni memang sedap sampaikan aku hilang ingatan dibuatnya.

jumpa lagi ketam2 kesayangan ku.... sini ada jual tapi faham2 lah harganya...hehe kbai.

6 ulasan:

  1. I love ketam. Makan sampai kena gout.

    BalasPadam
  2. rumah aku time cuti sekolah...anak2 balik dari asrama...memang konpem wife masak ketam...anak2 suka ketam...

    BalasPadam
  3. Best ketam ni aku pun suka.tapi biasa la kat kl ni mmg mahal

    BalasPadam
  4. ahahaha, Kelakar baca part snap foto tu depan orang.
    Aku tak kesah, snap je... pasal seronok kadang2 makan benda2 menarik.
    Anyway I learnt more things about ketam today.
    Dan, nanti dah tukar kerja, sesekali buat la blog informatif cam gini.

    BalasPadam