Isnin, 3 Ogos 2015

SUFFERCATION - DAY OF DARKNESS




CD ni aku memang berkenan utk memilikinya pertama kali lihat dalam fb terus order, album ni kira dalam radar aku juga utk dimiliki sebabnya ni salah satu album klasik tempatan kan, nak memiliki kasetnya memang jauh sekali lah klu nak dapat. setahu aku juga album ni perna diriliskan beberapa kali, ada aku terlihat juga kat kl, tapi tak berkenan bab packing dia, kurang menarik, banding ngan rilisan nsr ni, biar pun nampak biasa2 sekurang2nya jewelcasenya tu. nak kata aku maniak dorang ni tak lah, saja nak melengkapkan koleksi album2 metal tempatan dalam koleksi aku, perna juga aku lihat band ni beraksi, kira ok lah dapat memiliki album ni, mungkin aku nak beli satu lagi album kedua mereka kalau ada rezeki lah.

berkenan sound dalam ni, ingatkan ianya meletup bab di kabarkan rilis kali ni ambil dari masternya, iakah, kedengaran seperti ambil dari kaset je ni, haha, ada beberapa lagu yg soundnya cam kabur, yang lain2 tu ok lah, kena kuatkan volume juga utk mendapatkan sound yg menarik, kalu dgr volume kecil maka soundnya akan tenggelam. rasa tu je kot ceta kali ni hahaha.. ohya dengar kabarnya band ni nak jadi rockstar dah lupa daratan gitu. bagi aku tak jadi masalah besar lah tu, aku tak puja pemuzik album ni, nilai klasiknya tu yang paling penting. ada juga band aku meluat ngan vokalisnya tapi aku suka dengar muziknya. hahaha kbai

entri sebelum raya kot... haha baru balik dari bercuti...

3 ulasan:

  1. bagus NSR ni banyak riliskan semula album2 lama...tapi tu la...ada yang sound tak berapa best...

    BalasPadam
  2. Aku ada beli jugak cd ni sama ngan cd dinamik.tapi mmg sound dia hampeh la.inlay pun kosong.jewel case yg aku dpt patah pulak.hampeh tul

    BalasPadam