Jumaat, 24 Oktober 2014

DELUSI - FATAMORGANA

ahad lepas aku menerima bungkusan ni, ada 2 cd dalamnya, yang ni adalah single 2014 yang mengandungi 2 lagu, satu lagu cover burzum, berdurasi 8 minit utk 2 lagu ni. delusi ni memainkan irama ambient, yang rasanya bukan semua boleh menerima sound yang macam ni, bagi aku jaman true sudah berlalu wahaha, aku sekarang terbuka kepada apa saja jenis muzik. pertama kali mendengar lagu delusi ni, aku open speker, bila orang rumah tak suka muzik macam ni, katanya agak menyeramkan, muzik cam orang mati, aku pun ambil handfree dan dengar sendirian tampa mengganggu sekeliling, ohya, rasanya muzik macam ni best dengar guna headphones saja, sebabnya boleh terus ber imaginasi, aku cuba utk lelapkan mata ku sambil menghayati bunyian desiran angin guruh dan macam2 lagi bunyian yang agak suram, aku dapat melihat diri ku berlari ke satu sudut cahaya dihadapan sana hahaha, kena fokus lebih kot, malam aku tray dengar sampai lah aku tertido.. jajaja,,, cuma satu saja kurang dalam ni, kalau ditambah suara2 manusia menjerit kah dalam lagu2nya, rasa makin feeling.. ok lah itu saja cetanya... 

4 ulasan:

  1. menarik...tapi aku memang susah la nak hadam muzik macam ni...

    BalasPadam
  2. muzik cam orang mati?
    ko tahu kalau cina mati ada band kan? dung ceh dung ceh..

    dulu zaman aku budak2, budak2 melayu ada main wooo, main cymbals la senang,
    clash! clash! clash!!.. hehehe..

    BalasPadam
  3. Aku ingatkan ko nak review album crossfire fatamorgana..heheh..bagus juga ko open pada semua jenis muzik.. Itu yg sepatutnya

    BalasPadam
  4. perghhh cover lagu Burzum versi melayu tu hahaha...terbaik bro!

    BalasPadam