Sabtu, 9 Oktober 2021

Aradia - Draconis Eulogy

 


sekianlah akhirnya versi kasetan lahir juga.. untuk versi kasetan ni di beritahu ianya sudah di adun semula muziknya ada perbezaan..kedengaran versi kaset ni lagi sedap jika dibanding dengan keluaran asal.. mungkin ada bias sikitlah sebab aku minat sound dari kaset 🤭 sidE draconis sudah cukup sempurna suka dan terhibur halwa telinga aku. masuk sidE Eulogy ingatkan sakit tua sudahkan player tape aku ni. aku biar gitu je lah layan sampai habis. selepas pendengaran seterusnya ada kerosakan dalam muziknya. di lagu pertama dan kedua.. tapi selepas lagu seterusnya ianya sedap semula andai tiada kecacatan dalam lagu tadi mungkin rilisan ni cukup sempurna. apakah aku nye kaset je bunyi gitu. aku tak beli versi cd ya. kasetan ni saja cukuplah buat koleksi dan penyedap halwa telinga gitu. 

Jumaat, 20 Ogos 2021

Neftaraka - the Blissful Deliverance (cassette 2021)

 

Hola.. Lama rasanya tak buat entri.. haha ok kali ni aku nak buatkan satu entri wajib untuk band aku minati.. NEFTARAKA. ini bukanlah lagu2 baru dari nefaraka. ep ni perna diriliskan pada tahun 2013 dalam format cd.. untuk tahun 2021 ni label MTD PRODUCTION meriliskan semula dalam format kaset dengan rupa kulit album yang berbeza nampak kult gitu.. aaaarghhhh!!

Memuatkan 5 trak lagu termasuk satu intro.. sound terkandung dalam ni memang sedap di halwa telinga aku... apa sajalah neftaraka rilis pasti aku teruja dan setiap kali entri neftaraka terbit dalam blog ni ianya adalah istimewa dan bias sekali hahaha..

yang istimewa nya lagi neftaraka ni setiap kali mengeluarkan material mesti ada satu lagu tribute untuk band2 yang mereka minat.. untuk rilisan ni ianya di tujukan buat arwah stone silent death.. sudah semestinya satu lagu saduran dari silent death yang akan dipersembahkan untuk rilisan ni. bertajuk Devouring judas.

kaset ni terhad 100 salinan. no aku 028/100. kalau ikut nafsu aku. rasa nak sambar je lebih. tapi aku fikir cukuplah satu saja dalam simpanan bagi yang lain merasa sama2 bertapa bestnya band neftaraka ni.. 

hail BMH LEGION !!! 

Ahad, 20 Jun 2021

SABBATICAL MALAYSIAAARGHHH!

 

Buat pertama kalinya band sabbat menjejakkan kaki mereka di bumi malaysia. 7 tahun lepas 2014.. itu pun gig yang dirancang hampir2 menemui kegagalan disebabkan isu yang tak sepatutnya berlaku. sudahlah scene kecil sesama sendiri berbunuhan haha.. akhirnya sabbat berjaya melakukan persembahan sulung mereka di rumah api. venue yang cukup sinonim dengan pergerakan punk di kuala lumpur. venue ni dipilih saat2 akhir tau. kami yang dekat klang ni rasa macam tak nak gerak sudah sebab venue pun tak kompom. 

selain dari sabbat ni ada beberapa band juga yang patut beraksi. salah satu band yang aku nak tengok hari tu barbalans. rasanya aku ada cerita kisah ni.

ok berbalik kepada kaset kat atas ni. tajuk saja sudah boleh tau.. ianya memang dikeluarkan khas untuk jelajah mereka di malaysia masa tu. aku ada perasan juga dulu kaset ni. untuk kami di kuala lumpur hanya dapat poster saja. dan kaset ni khas dibuat untuk mereka yang membeli presale tiket untuk gig di sabah. limited tak pasti berapa salinan untuk kaset ni. 

aku dapat ni kaset tu hari memang agak lama jugalah menanti. kaset ni pun koleksi peribadi seseorang yang ingin dilepaskan. huh dengan bersungguh aku nak dapatkan kaset ni. walaupun ada sudah pembeli telah dulu mengholdkan. seller bagi tahu kalau dia tak jadi nanti dia mesej aku. aku tak berharap sangatlah. kalau sudah hold memang peratusan nak dapat tu susah lah. ntah rezeki berpihak pada aku. seller bagitau orang hold tu tak jadi nak ambil. ngam kata ku terus bankin tanpa ragu2..

ada 15 lagu dalam kaset ni. campur rakaman live pun ada. kira rilisan istimewa gitu..untuk persembahan mereka di malaysia. untungkan metalhead kat sabah masa tu selain dapat tiket dapat plak kaset ni. 

selepas saja gig kat kuala lumpur tu label thrashingfist ada mengeluarkan cd live hari kejadian. untuk sound memang bingit gilababi.. tajuk pun sama dengan kaset ni. sayang juga rilis dlm format cd gitu. kalau dia rilis sekali versi kaset mesti mengujakan haha.. 

k itu sajalah ceritanya..  

nota- siap ada sain. NOT FOR SALE. salinan no 7 hehe 

Sabtu, 12 Jun 2021

MALAYA VISUAL LYRICIST

 

tengok kepada kulit albumnya seolah ianya band metal gitu. ditambah lagi kaset ni diriliskan oleh label yang menfokuskan pada rilisan bergenre metal. tapi jangan terpedaya ianya bukan muzik metal. 

sepanjang lagu dalam ni hanya bercakap saja sampai habis... hip hop gitu. tapi ni bukan jenis hip hop mainstrem. ni jenis UG punya hip hop. mendengar kaset ni aku boleh layan. lirik terkandung hampir berbahasa malaysia gitu.. senang nak hadam. aku ada juga dengar album2 hip hop ni dalam koleksi aku pun ada juga band2 seperti eminem dan hip hop2 lama. too phat pun ada haha.. 

mengandungi 8 lagu.. lirik disertakan di inlay tapi kena ada kanta pembesarlah baru boleh baca pertama kali aku dapat lirik kat inlay tulisan tak boleh nak dibaca dengan mata kasar gitu terlampau kecil. jika meminati benzoolo senanglah nak hadam lagu2 dalam ni. aku suka benzoolo sayangnya tak jumpa rilisan dia dalam format fizikal gini. layan kat youtube jelah.

k itu je aku berpuashati dengan kaset ni menghiburkan mungkin akan menjadi top playlist aku untuk tahun ni.

Sabtu, 29 Mei 2021

TANDUS - LOGAM MAUT

 


satu lagi kaset yang aku teringin ada dalam koleksi aku. akhirnya dapat dimiliki juga. lama juga aku idamkan sebab dulu2 aku ada beli kaset bazzah dalam inlay tu ada iklan kaset ni. lagi2 tajuk ep ni berbahasa gitu.

ini adalah ep dari tandus memuatkan 4 trek termasuk instrumental. muzik dalam kaset ni memang mentah oldschool death/thrash metal.. cukup buas dan menghiburkan halwa telinga aku. ohya ini band asal dari johor bagi yang tak tahu.. hehe.

SILENT DEATH - BEFORE THE SUNRISE

 


Aaaarghh!!!

satu lagi album klasic tempatan yang masuk dalam koleksi kasetan aku.. kaset ni pun aku menang bid..harga dia keras jugalah. tapi berbaloi untuk aku miliki. 

silent death band death metal tempatan yang kita tak perlu perkenalkan lagi pada metalhead di bumi malaysia ni. ini adalah album pertama dari mereka yang sempat rilis di zaman emas kebangkitan muzik metal tempatan suatu masa lalu. 

diriliskan pada tahun 1992 oleh label dark journey records..dan tahun2 yang sudah perna diriliskan dlm format cd serta piring hitam. aku ada miliki versi cd rilisan thrashingfist siap ada bonus trek lagi untuk demo mereka. dan baru2 ni aku ada lihat iklan demo mereka tu diriliskan semula dalam format cd. alangkah indahnya kalau rilis sekali format kaset.

Walaupun kesemua line up silent death sudah menemui pencipta mereka. namun karya2 yang mereka tinggalkan cukup berharga untuk pergerakan muzik bawahtanah tempatan untuk genre metal.

masih banyak lagi album2 metal klasic tempatan dalam radar aku. kalau ada rezeki tak kemana gitu.. k itu je


Ahad, 23 Mei 2021

LANGSUYR - ASYIK

 

hola.. 

rindu berblog ni cuma tu lah kemalasan melanda selalu tak pun masa agak terhad gitu haha. apapun selagi masih ada tetap di hidupkan blog cikai ni.. 




ok kali ni aku nak cerita pasal kaset langsuyr ni. ni kaset aku menang bid. aku sudah sediakan peluru banyak untuk kaset ni. syukurlah harga kemenangan aku tu tak banyak sangat.. kira tak ada lawanlah. kalau ada lawan pun aku akan berhabis untuk kaset ni.. haha. 

sebab utamanya aku perna memiliki kaset ni dulu. antara kaset yang akan menjadi playlist aku. sayangnya kaset tu kena makan ngan tape player. aku sudah dubbing dari cd. namun tidak sama dengan aslinya. 

kaset ni kira ada dlm radar aku lah gitu. tup tup tu hari naik kat jualan bid tu. terus set alarm jam untuk ingatan last2 minit tembak jika ada lawan haha. akhirnya aku menang dengan bergaya sekali horeyy aku gembira dengan kemenangan tu.

ingat aku dulu aku cari kaset ni tapi aku ragu2 nak beli sebab betul ke yang ni langsuyr album baru tu. sebab setahu aku masa tu langsuir ejaannya yang ni Y pula. ada juga aku terfikir ini band nasyid kah haha.. lepas aku pegang2 gitu dengan pekerja kaset tu asyik follow aku. aku pun tutup mata bayar. memang tak merugikanlah kaset langsuyr yang aku memang nak beli. ohya kedai kaset masa tu ada lagi kat giant.. ada sampai 3 kedai jual kaset cd ni. disitu juga aku banyak habiskan beli kaset2 vsp rm10 3pcs.

masa tu deman mp3 memang memuncak mana lagi ada generasi baru nak dengar kaset. inikan pula generasi macam aku baru habis spm sedangkan orang lama sudah tak minat beli kaset...

fuh kenangan jugalah kaset ni. bagi yang tak tau ini adalah album langsuyr band death metal tempatan dirilis tahun 2006. memuatkan lagu2 berbahasa melayu versi death metal ciptaan mereka. dan bagi aku sendiri ini adalah album metal berbahasa melayu paling asyik selepas sil khannaz gerbang kayangan. mendengar album ni memang tak rasa kejap saja habis sebab ianya begitu asyik di halwa telinga aku.

versi digipack pun aku ada dlm koleksi aku. versi cetak rompak cdr dulu ntah hilang kemana sudah. haha

k itu jelah ceritanya.

Jumaat, 23 April 2021

CROMOK / FTG

 

Kaset yang agak liat aku nak beli.. bukan tak timbul atau pun dalam kategori susah nak cari. cuma aku sajalah yang asyik skip selalu untuk beli. hari tu aku tak tahan sudah nampak pula ada stiker rim melekat kat depan tu. aku terus sauk sajalah. 

menarik juga lagu2 dalam kaset ni. ada 14 lagu bagi sama rata antara dua band ni. cromok pun tak letakkan lagu berhantu mereka semua dalam ni. itu yang bestnya. ftg pun best juga lagu pilihan mereka. layan lah senang cerita.

aku ingatkan aku sudah miliki semua kaset2 berkaitan cromok ni. tapi melihat koleksi2 yang terbaru peminat cromok kongsikan ada lagi kaset yang aku tak miliki. mungkin versi pasar malam kot. tapi tu lah kalau bab cromok ni pasar malam punya rilis pun tetap diburu.. 

ada nampak tu karl jual tali pinggang cromok bukan aku tak nak beli. cuma kalaulah dia rilis sekali dengan cd kaset ke mesti aku beli. harap2 website baru tu akan meriliskan sesuatu buat penggemar cromok. 

k itu je.. 

Ahad, 18 April 2021

GRAVEHAMMER - PROMO 2020

 

setelah membaca rebiu2 dari posting2 kenalan2 dekat fb. aku mula berminat untuk memiliki rilisan mereka ni. lagi2 band ni berasal dari sabah. yang kita ketahui band2 metal dari sabah tak perlu di pertikaikan lagi kehebatan mereka dalam meriliskan sesuatu.. Terlewat sikit untuk memiliki promo ni. sebabnya mereka sudah mula merilis demo pertama nanti aku tampal lain entri. jadi sekali jalan aku beli promo kaset ni. nasiblah masih jual. hehe..

untuk promo 2020 ni mengandungi 2 buah lagu. mereka memperdengarkan sound yang mentah dengan alunan old school death metal... untuk halwa telinga aku. muzik bawaan mereka ni tak asing jugalah. boleh layan.. lagi2 kalau berkaitan osdm ni memang padu. untuk 2 lagu salam perkenalan mereka memang benar bak dikata ianya menghiburkan. berat dan suram.. aku menyukainya.. 

A.RAMLIE - RAMBUT

 

ok kali ni nak cerita pula kaset yang aku beli tutup mata.. sebab info aku tak jumpa untuk album ni. besar keinginan aku untuk memiliki lagu runtuhnya istana cinta. dengan penuh debaran masa kaset ni mendarat dirumah. aku buka pelan2 rupanya lagu tu tak ada dalam kaset ni. ada sedikit kekecewaan. yang tak bestnya kenapalah aku tak tanya seller tu dulu kan. hmmm. tak apa pengajaran jugalah buat diriku ni. sebab utamanya lagu kat youtube yang selalu aku dengar tu. memang guna ganmbar kulit album.

aku betul2 terjatuh suka dengan lagu tu selepas mendengar jamal nyanyi.. memang selalu dengarlah kalau aku di atas lori. buka youtube mesti aku akan dengar sekali. lagi2 bila masa hadap kesesakan lalu lintas. untuk album ni boleh lah layan bila telinga sudah tepu ngan irama keras.. untuk mengstabilkan frekunsi gegendang telinga haha.. aku sudah bertanya kepada kawan2 yang tau lagu tu kat album mana. kulit album pun sudah di set dalam radar pencarian. bukan lah dalam gred A gitu kalau jumpa harga ngam dengan bajet memang akan di sauk.. 

walaupun lagu tu berkisar pasal harapan seorang lelaki yang musnah impian tak kesampaian namun melodi penceritaan liriknya melekat dalam hati sanubari. walaupun aku tak perna merasa benda tu. sebab aku bercinta bertunang dan berkawin dengan orang yang sama.. hehe.. 

k itu je. 

Isnin, 12 April 2021

MAY - HAKIKAT

 


kaset yang wajib aku beli. walaupun kaset ni diriliskan semula pada tahun 2017. masa tu aku tak tertarik nak beli sebabnya lihat pada kaset tu aku tahu kualitinya agak hambar sebab kaset2 tahun ni agak kurang menarik print dan kualiti serta ketahanan tali kaset tu. 

hari tu lihat iklan kaset ni nampak pula dengan kaset berwarna putih aku terus beli satu. sebabnya gerenti sajalah rilisan kali ni bermutu dan puashati. seolah kelahiran semula album ni di tahun 1989. kaset versi 2017 aku ada seorang kawan beli dia agak kecewa dengan rilisan tu. jadi jika nak bernostalgia untuk album hakikat ini lah kasetnya. rasanya mereka meriliskan dalam kuantiti yang agak sedikit.

jika disenaraikan 10 album terbaik rock malaysia hakikat ni aku pilih 3 diatas. kesemua lagu2nya melekat dikepala dengan melodi biasa2 serta lirik yang begitu menusuk ngam dengan kehidupan seorang pencinta muzik rock. memang total ngam dijiwalah. aku dulu ada kaset ni cd pun ada versi yang ada lagu tambahan dari lagu2 juara2 rock tu. 

Kenangan aku album ni memang kuat. walaupun aku tak remaja di era album ni rilis. tapi aku tetap ada kenangan manis indah perna ku lalui bersama rakan2 sekampung. di era 2000 ntah macam mana seorang kawan aku ada kaset ni. masa tu memang kegilaan new boys boboi apa semua tu melanda kegilaan ramai remaja dikampung aku tu. siapa ada baju lagi cam grup tu masih ada cinta fuyoo.. kawan aku paling pantang dengan budak2 new boy haha. tapi kami berbeza dengan budak2 lain di kampung jiwa kami lebih kepada rock.. ya kampung aku tu paling masyur search dengan wings dua band ni memang menjadi kegilaan disana untuk abang2 lah. untuk kami ni zaman 2000 tu agak sukar lah nak dapat muzik rock ada pun yang keras amuk gitu. spider pun boleh tahan dengan aladini exist era jesnita kakaka. ada satu mini compo kami pakai bateri ja. ada satu radio yang kita dengar petang2 memang lagu2 rock gitu lah. himalaya masa tu junaidah pun padu. tapi album hakikat ni merubah semuanya. semua lagu dalam ni jangan cakaplah hafal habis. dengan gitar kapok petang2 melepak may terus..

k itu jelah nanti aku sambung lagi cerita dihalaman berikutnya


selamat berpuasa buat semua.. !!!



Sabtu, 10 April 2021

SLUM SCUM - MENACE TO INSANITY

 


Satu lagi album metal klasic tempatan yang aku dapat tahun ni. pemburuan aku agak perlahan untuk melengkapkan koleksi kaset album2 klasic tempatan. ada nampak pun cepat saja orang lain sambar. jadi apa yang sempat aku nampak memang aku akan beli jika ngam dengan bajet serta kondisi kaset tu.

banyak band2 tempatan masa era emas kelahiran band2 metal tempatan tapi jarang yang dapat mengeluarkan album. ada yang sekadar demo saja. tapi slum scum ni sempatlah meriliskan album ni di era emas tu. mereka memainkan irama grind death.. album ni rilis tahun 1993. mengandungi 8 lagu sedap juga layan lagunya. sudah namanya klasic gitu aku memang akan suka tanpa prejudis.

rasanya perna dirilis semula dalam format cd tahun2 kebelakang dimana label yang sekadar merilis tanpa ada apa2 yang mengujakan pun siapa ada beli cd2 metal memang tahu lah kualitinya haha. aku ada simpan juga cd tu.. dapat memiliki versi kaset ni memang aku gembiralah.

k itu je haha

Khamis, 1 April 2021

ELLA - SIMBIOSIS

 


ella rase.. haha.. aku cuba juga hidupkan blog ni.. walaupun bukanlah seaktif tahun2 yang sudah berlalu.. tak terasa masuk bulan 4 sudah di tahun 2021 ni. pantas amat masa berlalu.. kalau dulu aku kerja menunggu masa.. sekarang sudah berbeza.. aku pula mengejar masa sampaikan kena kerja dua hari tanpa henti. walaupun kerja tak lah berat mana hanya memegang stering dan menekan pedal minyak. tapi hakikatnya penatnya tak boleh bawa bincang haha. tapi aku tetap bersyukur apapun yang aku hadapi sekarang ni.. fuyooo meluah gitu. 

haha berbalik kepada kaset ella ni. aku ni kira penggemar suka muzik dan lagu2 ella gitu tak lah sampai fanatik macam aku minat search ngan cromok semua hafal lagu2 album mana tahun bila rilis. ella ni sekadar memang suka pada suara dan lagu2nya lagi2 rock gitu.. sapa tak suka ella kan puteri rock tuu.. huhu

aku beli kaset ni tahun lepas kali kalau tak silap.. kaset2 tahun ni sudah tinggi macam klcc gitu kalau susun kena kipas boleh runtuh. baru bulan 4 kan kalau sampai hujung tahun mahu setinggi bangunan burj kalifah gitu.

dalam album ni dua lagu je yang aku perna dengar sebelum ni. lagu mayang ulek ngan lagu penghargaan buat mantan pm mahathir.. standing in the eyes of the world. lain2 tu memang baru layan.. 

walaupun lagu2nya tak lah sehebat album2 awal ella. boleh kata asal ella layan aummm.

k itu jelah aku rojakkan sekali isi hati ku pada entri ni. harapnya aku rajinlah masuk blog ni. kalau nak ikut kan hati memang hari2 nak buat entri tapi tu lah mengejar masa ni tak sama dengan menanti masa berlalu huhu..

k bye2.. 

Ahad, 28 Mac 2021

5 tahun lepas

 Ntah saja-saja aku meluahkan

Bukan semua yang ku ucapkan

Jangan mudah percayakan

Aku juga manusia kebingungan


Kegelapan malam ini

Terasa sedikit dingin membaluti

Kelam dalam suram diselimuti

Menari-nari dengan rentak mati


Sunyi didada sekian lama

Meronta menjerit sekian lama

Melihat langit suram sekian lama

Akhirnya mati tampa bicara


Degupan jantung mula menari

Segala anggota mula mencari

Nafas yang terhembus pasti

Lupakan saja semua ini


Esok hari masih tidak pasti

Namun angan-angan melewati

Gurindam nada kasih yang pasti

Sampaikan bisik-bisik hati


Satu dua dan tiga empat

Laluan yang suram amat

Tenggelam dalam lembah maut

Kebencian meluat rasa dendam kesumat


Jangan di kata dusta

Mereka semua pendusta

Esok saja jawapannya

Kalian pasti rasa berduka



Sabtu, 13 Mac 2021

Kaset cromok botleg pasar malam

 

Salam..

kaset pasar malam.. kalau membabitkan band yang aku minat. memang aku akan beli tanpa keraguan.. lagi2 cromok gitu. memang aku tak ada kaset botleg dari band ni. jadi nampak je kaset ni dijual beli terus. 

Kualit sound memang sebijik je dengan official. untuk kaset botleg cromok ni. aku baru nampak dua termasuk yang ni. yang satu tu ada kat kawan aku. itu pun aku lamar juga tapi dia nak simpan haha..

si penjual bagitau kat inlay ngan kaset ada contengan. gambar pun dia bagi lihat. bagi aku no hal asal jangan kat kulit hadapan sudah yang penting inlay bukan fotostat. 

k itu je jumpa lagi di halaman seterusnya 

Rabu, 10 Mac 2021

LANGSUIR BOXSET DOUBLE CASSETTE

 

Langsuir - Cemar

Langsuir - Dirgha Belasungkawa

OCCULT & MYSTICAL DEATH METAL

Akhirnya aku miliki juga rilisan ni. antara rilisan wajib beli untuk aku.. 

harga memang agak keras.. tapi untuk dapat boxset yang dibuat secara profesional ni. ianya amatlah berbaloi untuk dimiliki untuk sesiapa pencinta kaset dan juga pendengar tegar metal tempatan. 

dalam kotak ni disertakan sekali poskad dan pin sekali.. untuk kualiti sound memang terbaik.. made in usa gitu. 

tak nak taip banyak2lah kaset ni hanya rilis 100 salinan saja katanya. jadi cargas..


Isnin, 15 Februari 2021

MEGADETH - WARCHEST

 

Awal tahun ni adalah tahun paling gembira dalam berblog berhobi kumpul kaset cd..tunggu bungkusan dari pos apa semua tu.. dari pembaca tegar blog jiran2. sampailah wujudnya blog aku ni. rasanya aku tak perna terfikir pun akan rapat walaupun belum bersua muka semua.. hari tu aku dapat bungkusan dari singapura pemberian seorang sahabat blog. salah satu isi dalamnya ada album warchest ni. kira kompilasilah kan. aku ni bukanlah pengemar tegar megadeth. aku akan pilih metallica je kalau diberi pilihan antara dua band ni haha. aku mula serius dengar megadeth ni masa mereka nak datang malaysia dulu. lepas dari tu jika aku ditanya antara dua band tu mungkin jawapan aku sekarang aku pilih megadeth selepas mendengar semua album mereka dengan tekun haha..

ada 5 cd dalam ni termasuk satu dvd. aku belum hadam semuanya tengok dvd tu pun belum lagi.. terlalu padat rasanya koleksi masuk awal tahun ni. ditambah lagi kotak pemberian sahabat blogger ni. memang aku tunggang terbalik teruja apa semua tu sampai tak tau nak pilih mana harus aku dengar dan kongsikan.. koleksi tahun lepas je pun rasanya aku tak dapat nak masukkan dalam blog ni.. 

hehe..(gembira)

rasanya ini koleksi jenis pelik masuk dalam arkib aku. pelik yang mengujakan..selalu beli cd2 biasa gitu je paling pelik pun 6cd cromok tu tapi tu kira masih jewelcase lagi... yang ni memang keras kulitnya terasa peluru tu kalau sentuh .. isi dalamnya pastu ada buku kecil selit kat tengah tu. aku memang belum bedah sepenuhnya album ni.. aku ada dengar 2 cd sudah rasanya itu pun dengar2 je dulu satu cd pun sudah berbelas lagu.. ngam untuk hiburan jalan jauh ni. nasiblah lori aku tu tak ada cd playernya. jadi dirumah jelah banyak masa aku habiskan dengar muzik ni. itu hari aku sudah beli walkman kan ada lah sekali dua aku bawah gi kerja. tapi tak ada masa juga mendengarnya. tup2 rosak sudah walkman tu kiayam jugalah belum sampai setahun beli. nasib sempat bawa balik kampung dapat dengar jugalah aku kaset kat sana. aumm..

sambil2 aku menulis ni aku pun dengarlah kaset yang aku beli dulu kat di atok.. plan aku memang nak beli semua album megadeth ni fokus untuk format kaset je. tak sangka atok boleh tolong buatkan dengan harga yang berbaloi dan kualiti memang tak boleh nak pertikaikan puashati..terus beli. aku gi ambik ke pandan indah tu naik motor gila haha..

okey rasanya takat ni jelah bebelan aku untuk entri ni. kalau ada masa mood macam hari ni aku akan share lagi isi kotaknya..apapun juta thanks buat sahabat deaf atas pemberian ni moga dimurahkan rezeki selalu... aku betul2 hargainya dan akan tempatkan dalam koleksi istimewa aku.. hellyeah

Ahad, 14 Februari 2021

INSIDE - RAW, RUINED, REJECTED!!!

 

(2009 lost Recording.)

Satu lagi kaset yang mengujakan untuk aku miliki.. antara band dari sabah yang aku ikuti perjalanan mereka selepas menyaksikan band ni buat pertama kali di kl thrash.

untuk kaset ni. nak panggil demo ep bukan jugalah seperti tajuknyalah.. kira lagu2 rakaman untuk rilisan mereka yang bakal rilis dirakaman sekitar 2009 dan melapetaka menimpa proses rakaman yang tak dapat mereka riliskan. dalam inlay kaset ni ada dceritakan pasal rilisan ni. dalam kaset ni ada 3 lagu yang terselemat dan sebuah label dari sabah sana EVILYN RECORDS bertanggung jawap meriliskan 3 lagu dalam kaset ni pada tahun 2020. 

untuk sound yang terhidang memang jangan harapkan kualiti yang bagus sebab lagu2nya adalah di ambil dari sumber yang telah rosak.. tapi masih kedengaran agak baik boleh dikira seperti sound demo.. 

kaset ni terhad 100 salinan 35/100. 

Sabtu, 13 Februari 2021

MUTILATION - MASSACRE ON BODIES

 

Ini kaset aku pun tak tahu rilis bila. tapi aku memang suka dengan label afterlife prod. ni. jadi aku tengok lah dalam discografi label ni. terperasaan aku album ni. fuh harus aku cari ni simpan dalam koleksi. sebab band ni antara lagenda juga dalam pergerakan muzik bawah tanah tempatan. satu hari tu terperasan seller jual kat fb terus sauk tanpa ragu2. ohya rupanya demo ni ada dua versi rilis satu label basement rilis dengan mengekalkan artwork asal..  ohya lagi satu aku perna menyaksikan live band ni. masa dorang reunion kat metalcamp kalau tak silap. patut pun lagu2 mereka pendek2. masa tu rupanya main grindcore

menghidangkan 6 lagu termasuk intro dan outro. untuk extra trak no6 kurap dan nanah 1990. sound terhidang memang sedap dengar untuk rilisan bertaraf demo. pada zaman tu 1991 apa sangatlah kita harapkan dengan kualitas demo2 band bawahtanah kan. tapi untuk demo ni memang boleh layan. 2013 afterlife prod riliskan semula kaset ni. memang bertuah juga diri ni dapat memiliki kaset ni. dapatlah merasa aura2 kegilaan band yang menyimpang dari kebiasaan band2 besar kita sekarang ni. hail mutilation..

bukti bahan sejarah mereka juga penuh info diselitkan dalam inlay kaset ni. memang tak rugi memiliki...

Ahad, 7 Februari 2021

ATHOTORGH - PROMASTER DIEYANA

 


Promaster dieyana mini album dari athotorgh yang rilis 1997 oleh label ultra hingax prod. diriliskan semula pada 2020 oleh label gedebe rekords dalam format asal. album ni perna rilis cd masa kemunculan semula athotorgh. cd pun aku ada beli cuma piring hitam sajalah memang tak ada.dengarnya itu piring hitam harga buah pinggang sekarang ni memang limited gitu. 

untuk versi tape 2020 ada penambahan lagu live yang di ambil dari kl metalcamp 2009 kira mendengar kaset ni umpama dapat album penuh dari athotorgh.. sedap sound terhidang dalam kaset ni menghiburkan. kaset ni terhad untuk 222 salinan saja rasanya sudah sold out tu.. 

Isnin, 18 Januari 2021

NEBIRAS

 

baju yang aku order tahun lepas. mulanya aku cari baju bazzah tapi aku ternampak pula yang ini. terus order dulu yang ni. bazzah tu nantilah ada duit lebih baru order.. 

Ahad, 17 Januari 2021

KILATUS - LIVE KK WARHEADBANGERS

 

kilatus band black metal dari sabah. melihat pada tajuk album pun sudah tahu. ini adalah album live mereka yang dirakamkan  pada 7 september 2019 dan diriliskan tahun lepas oleh label warmaster production. terhad 100 salinan sahaja.

mempersembahkan 6 lagu termasuk intro. untuk sound live dalam kaset ni. amat baik kualiti bunyinya. seolah mendengar lagu2 dari demo awal mereka. aku terhibur dengan apa yang terhidang dalam album live ni. walaupun bukan semua lagu asal mereka bawa untuk live ni ianya tetap menghiburkan seolah2 berada di acara live ni dilansungkan. boleh lihat inlay untuk detail penuh.

hail 666 tidak sabar rasanya nak dengar rilisan baru mereka yang bakal terbit tak lama lagi.