Rabu, 16 Disember 2020

NOCTURNAL VOMIT - CURSED BELICS

 Satu lagi kaset yang dibeli secara rawak. selepas mendengar kaset ni beberapa kali makin suka dengan muzik yang mereka hidangkan...

band ni berasal dari Greece, ditubuhkan pada tahun 1999. Memainkan irama death metal. cursed belics ni adalah satu2nya album penuh mereka. rilis pada tahun 2012.. untuk versi kaset ni label tempatan afterlife production yang meriliskannya.

mengandungi 8 trek lagu termasuk intro dan outro. masa pendengaran pertama aku sekali dengar gitu memang tak mengujakan. mungkin masa tu banyak pilihan kaset2 lain yang baru diterima jadinya aku dengar gitu2 je lah. tapi bila aku play semula tanpa terburu2 aku dapat rasakan muzik bawaan band ni memang padu dan ngam dengan halwa telinga aku. menghiburkan.. aku suka. untuk kaset ni rilis terhad saja 300 salinan. kaset aku punya bernombor 178/300 tulisan tangan.

1 ulasan: