Isnin, 21 Disember 2020

PATHOGEN - ASHES OF ETERNITY

 

Satu lagi kaset yang aku beli tanpa tahu asal usulnya haha.. selepas diselidik sedikit infonya. ini band asal philippines memainkan irama death metal.. band ni ditubuhkan pada 2001 sampai sekarang masih aktif. sudah mengeluarkan 5 album penuh. album ashes of eternity ni album ke empat mereka rilis pada tahun 2017 dan tak terkira rilisan split demo dan compilation. album ni diriliskan oleh label tempatan hellfire record untuk versi kaset. 

Memuatkan 10 lagu termasuk intro. muzik death metal bawan mereka memang ngam dengan selera halwa telinga aku. dimulakan dengan alunan pembukaan yang agak suram.. terus meledak dengan irama death metal yang padu.. lepas saja mendengar berulang album ni terus jatuh suka tanpa prejudis haha.. aku mula menyukai band2 dari sana. rasanya sudah 3 band dari philippines yang ada dalam koleksi aku. ketiga2 band aku suka. lepas ni kalau aku jumpa lagi album mereka memang aku akan sambar tanpa ragu-ragu.. hellyeahhhh

1 ulasan: