Selasa, 8 Disember 2020

UNLIGHT DAWN - MAYHEM TERROR

 

kebencian kepada semua agama.. kata kata kufur.. gitulah jahatnya band ni. jika band2 paling jahat lirikal muziknya di bumi malaysia ni. band2 dari borneo sabah sana lah yang jadi sang juaranya. 

kaset ni dulu aku perna miliki. masa memula rilis dulu aku beli sekali dengan bajunya. rasanya sekali saja aku pakai baju tu ke gig. pastu aku simpan. sampailah aku buat pengosongan almari dan baju tu aku bagi pada kawan aku. ayat kat belakang baju tu memang jahat dan kufur HATE TO ALL RELEGION. hahaha sebab utamanya aku pakai baju tu vokalis band ni ada turun gig di kuala lumpur masa tu. 

band ni berasal dari kota kinabalu sabah malaysia. memainkan irama black metal berlirikkan perihal keganasan dan kata kata kufur. ditubuhkan pada 2009 dan Ep ni adalah satu2 keluaran dari mereka. sebelun rilis kaset ni pada 2013. ep ni dirilisakan pada 2009 versi Cd. 

memuatkan 9 lagu yang sangat laju dan kejam penuh dengan jeritan makian. jangan berani2 dengarlah album ni jika tak minat muzik black metal yang jahat. bagi halwa telinga aku memang layan lagu2nya. dapat dirasai kebencian mereka sampaikan. salah satu line up band ni adalah anggota band hellstorm sabah. diriliskan oleh label dari sabah juga hellfire record. dari dia juga ni aku dapatkan kaset ni dulu. nasib juga dia ada simpan lagi haha. terhad kepada 200 salinan. dan kaset kali ni aku bernombor 157 tulisan tangan. 

nota.. rasanya aku ada tampal kaset ni dalam blog ni ntahlah malas dan aku nak skrol tahun 2013 lagi tu haha...

3 ulasan:

  1. pergh... laju betul update blog ko ni sekarang...tak terkejar aku...hahaha...
    btw...nice info.. tak pernah dengar band ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan tanah nak buat 1H1E1M (1 hari, 1 entri, 1 malaysia) comeback

      Padam
    2. asyik balik awal je aku bulan ni. haha

      Padam