Jumaat, 25 Disember 2020

PAGANFIRE - WREAKING FEAR AND DEATH

 

Fuh.. tak menjadi harapan aku untuk posting satu entri satu hari... haha. itulah kalau sudah job makin banyak maka masa tu makin suntuk untuk berblog. hari ni aku nak bawakan pula cd terbaru yang aku sambar hari tu bersama2 cd pathogen. 

Paganfire band ni memang aku ada nampak rilisan mereka di jual oleh distro2 tempatan. tapi tak tergerak hati nak mendengarnya. selepas aku beli kaset kompilasi fulltime thrasher rilisan Old goat corpse.. aku dapat rasakan band ni wajib aku follow. sebab aku jatuh suka dengan alunan muzik mereka dalam lagu yang terhidang dalam kompilasi tu.

band ni berasal dari phillipines. memainkan irama thrash metal.. kalau di lihat discografi mereka memang gila banyak. dan ini adalah album sulung mereka. rilis pada tahun 2013. band ni masih lagi aktif ditubuhkan sekitar 2003.

melihat pada trek lagu yang tertulis dalam inlay album ni hanya 8 lagu saja. tapi ada penambahan lagu live mungkin untuk versi cd ni. sebab versi kaset adalah rilisan pertama band ni diriliskan oleh label malaysia afterlife. lagu pertama saja dimulakan dengan lagu berbahasa tagalog. bakal sa bakal laman sa laman. baca translite nya besi jadi besi sampai jadi darah daging. ntahlah betul ke translite tu. lagu pertama saja aku sudah mula teruja dengan kelajuan muzik thrash bawaan mereka bersama dengan jeritan sang vokalis yang agak mengujakan halwa telinga aku. lepas tu sampai trek terakhir aku ingatkan memang habis dan rupanya ada bonus trek. seperti yang aku nyatakan diatas. live 20minit lebih lamanya.. bagi aku memang jenis telinga suka rakaman live memang tak ada masalah. memang enjoy dengarnya. ohya aku nak cari versi kasetnya tu. sebab dulu aku memang perasaan ada distro jual.. harap dapatlah nanti memilikinya haha. layan.. hellyeah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan