Khamis, 3 Disember 2020

NUNSLAUGHTER - HELL UNHOLY FIRE

Devil Metal memang jahat band ni.. cukup2 menghiburkan muzik bawaan mereka untuk halwa telinga aku. Hell unholy fire ni adalah album pertama mereka rilis pada tahun 2000. band ni ditubuhkan sekitar tahun 1987 lagi perna mengeluarkan demo split dan pada tahun album ni rilis barulah mereka meriliskan album pertama mereka. lihat saja pada kulit albumnya. penampakan disitu aura kejahatan jajaja..

album ni mengandungi 19 buah lagu. nampak gila situ untuk band yang memainkan irama death metal jahat.. untuk info lagu2nya berdurasi tak sampai 3 minit. sebab tu album ni memuatkan 19 buah lagu. dan lirik juga simple saja terus terang tanpa berselindung gitu.. 

lirik pun disertakan tanpa raguragu memang bagus band2 begini. aku suka. sambil mendengar dapatlah mengetahui dengan jelas mesej yang mereka nak sampaikan. 

sedikit info tambahan. band ni perna mengganas di bumi malaysia suatu masa lalu. dibumi sabah dan johor. aaaarghh harap suatu hari nanti mereka datang kembali kesini.. 666 gitu untuk album ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan