Ahad, 6 Disember 2020

ZIDIZ - SATAN ESTE CON VOSOTROS (LIVE IN CAYAMBE 08/14/2010)

Haloha.. 

Sedikit info.. Zidiz band ni berasal dari ecuador. memainkan irama speed metal berlirikkan perihal syaitan kejahatan dan kata kata kufur.. ditubuhkan pada 2008 hingga kini status masih aktif lagi. 

macam mana aku boleh miliki kaset ni. hari tu aku ada nampak jualan lot kaset. jadi aku berkenan dengan 2 kaset band tempatan yang dulu perna aku miliki. jadi nak dapatkan balik senang cerita aku angkat sekali jalan lah kaset ni. nanti aku tampal kaset2 tu nanti kemudian.

untuk kaset ni baca tajuk sudah pun tahulah ini bukanlah album studio dari mereka. seperti tertera ini adalah rakaman langsung dari persembahan mereka. memuatkan 10 buah lagu sound mentah tampa edit. kedengaran suara2 peminat bercakap sekali.. bagi halwa telinga aku. tiada masalah aku menghadam album live ni. sudah biasa dulu2 all out di gig sekitar kuala lumpur.

walaupun soundnya agak mentah dan kotor masih kedengaran bagus. jahat dan kufur.. Satan speed metal taitas...

1 ulasan: