salam semuanya,sebelum aku mulakan cerita utk gig klhellbangers ni,aku nak
mulakan dgn kisah disebalik perjalanan gig yg penuh dgn warna kehitaman dan
juga gelak tawa hahaha
bermula 2 bulan sebelum gig ni dilangsungkan ( LIHAT SINI ) dan semua rakan2 dlm grup
klhellbangers sepakat utk mengadakan satu gig utk mengeratkan lagi tali
persahabatan diantara rakan2 semua.
benarlah kata org langit itu nda semestinya cerah dan awan hitam pasti akan
menutupi sinar mentari,tak sampai sebulan,satu tsunami melanda dgn gegaran
696,dan hampir menghancurkan segala yg dirancang..memang tak dijangka tsunami
yg melanda tampa disedari,kutipan dana sudah tekeluar dari grup,ada satu page
HARAMJADAH memadai pi post kat page dia,niat memang baik tapi salah langka si
kawan.maka post itu pun diprint scren dan dihantar kebeberapa org yg bakal
menyumbang,namun satu kesilapan bleh membuat huruhara dan tak senang duduk
diantara rakan2 yg berada dlm grup,semua tekena tempias.
salah seorang dari yg mendapat msj dana tu dgn selambanya mempostkan di
wall fb nya dgn gagah dan beraninya dan menghina dgn KETAHIAN apakah ini..
memang bleh diterima akal jika ianya bertanya dgn lebih terbuka dgn ayat yg tak
lah membuat org yg tak tahu menahu terus ambil point..
aku sebagai salah satu rakan dalam klhellbangers mmg terasa juga dgn post
beliau dan juga komen dari rakan2 nya.. mmg amat menyakitkan hati,namun aku
berfikiran terbuka dan membalas komen mereka tampa ada rasa benci dan meluat
dgn gelagat mereka yg mengomen..waktu aku komen tu mmg tidak ada ahli yg lain
mengomen dan hanya ada seorang saja yg ingin menjernihkan keadaan dan
memberikan penjelasan utk mereka.(MEGATHANKS BRO).. tak sampai sejam lepas aku
komen,rakan2 yg lain dah mula masuk kat wall
manusia ni,dan mcm2 penjelasan yg diberikan oleh rakan2,dan taniah utk
korang semua,namun ada 2 3 org rakan yg memang tak bleh terima komen2 pedas
dari mereka ni,hahaha dgn ayat yg musti empunya wall terasa dan juga
rakannya..peliknya masa ramai yg komen tu dorang blum masuk utk balas
balik,mungkin mereka ni nak tunggu satu kesilapan dan point,selepas tenang
seketika,baru lah mereka membalas dgn gurauan bercampur sindiran dan perang
dingin dah aku rasa,rakan2 yg terbabit tadi mmg da ada sampai fuck
memfuck..huh! aku tak mau masuk campur sgt dan aku pun dah baca komen2 mereka.
aku dan mereka juga sudah faham yg ada salah faham ok lah habis cerita namun
post tu dia tak padam dah hampir cecah 1000 komen ooohh,klu nak taip semuanya
mmg panjang maunya mcm novel sudah.. aku buat ringkas lah tsunami part 1
ni..selepas saja keadaan mula tenang kembali,ada rakan2 masih tak puas hati dgn
admin page yg memandai minta dana kat satu dunia utk gig ni,maka satu pesta
fuck memfuck sudah diantara rakan2 dah mula kelihatan perpecahan diantara rakan2
yg mulanya,hajat nak buat gig ni utk lebih merapatkan lagi persabatan,kini
sudah menjadi dingin..huh! namun semuanya kembali normal dgn sendirinya,tapi
aku dpt rasakan masih ada yg menyimpan rasa tak puas hati diantara mereka yg
terlibat dgn tsunami yg berlaku.
TSUNAMI PART 2 yg ni aku mmg betul2 ringkaskan saja namun aku akan bagi
detail dan padat juga..haha harap anda fhm hehe.. tsunami kali ni mmg lebih
dasyat lagi dari yg pertama,dan yg ni aku memang hampir hilang akal nak
menjelaskannya,selepas perbincangan akhir (LIHAT SINI) salah seorang rakan telah terpost
sesuatu diluar jangkaan yg bleh membawa tsunami yg lebih dasyat lagi warrrghh!!
aku mulanya tak faham dgn post rakan ni dan sempat komen sekali di postnya
tu,sebab ada satu manusia ni pergi komen yg berbunyi ada gay seorang dalam
gambar tu,aku pun mention lah namanya dan nak tahu juga sapa gay yg dia
maksudkan,dan dia pun balas msj kat inbox dan dia bagitau tau sapa gerangan gay
dlm gambar tu.nasib bukan aku kalau aku pasti perang akan berlaku hahaha..ini
kes lain bukan tsunami.kembali kepada tsunami part 2 ni,rupa2 nya ada pihak yg
tersinggung dgn ayat post rakan ni,dan pihak yg terlibat kali ni mmg bukan
calang2 orang dlm scene ni.selepas aku dpt msj dari rakan yg mengatakan tsunami
is back dan dia bagitau detail aku trus ckp.. hancur..sambil geleng kepala.dan
tak tau nak ckp macam mana lagi,tapi hanya ada satu jalan saja yg bleh
menjernihkan keadaan ni,MOHON MAAF.. aku mmg tak dpt nak lihat post tu dan tak
bleh komen tapi ada rakan yg bleh copypaste,dan aku lihat mereka mmg begurau
tapi jika kita mengerti mmg pedas dia punya maksud hahaha.. tak sangka ada juga
salah seorg yg masih tak mau melihat perkara ni berpanjangan dan dia tolong
explen semuanya kepada pihak yg tesinggung,nasiblah mereka sudah lama dan bleh
memaafkan kesilapan yg telah terjadi,rakan aku ni pun dah minta maaf kepada
pihak yg terlibat,huh! namun begitu keadaan mmg diluar kawalan perkara yg telah
menjadi pertelingkahan diantara rakan2 di dlm klhb menjadi amat parah.. mcm2
perkara yg berlaku selepas tsunami part 2 melanda.. apa yg berlaku biarlah
rakan2 klhb saja yg tahu... dan kita simpan utk dijadikan pelita di waktu
keadaan tak berletrik nanti di masa akan datang..huh!
|
flyer rasmi |
terus ke tarikh 1 DECEMBER 2013
1 DECEMBER 4pagi aku telah tersedar dari tidur disebabkan minpi yg agak tak
best.. huhu aku telah bermimpi gig yg berlangsung menyebabkan pertumpahan darah
perghh!! dasyat mimpi tu,mungkin aku byk
fikir pasal gig yg bakal berlangsung esoknya dan sampai terbawa2 ke mimpi..
nasiblah minpi kalau betul mmg ketali gantunglah aku huhuhu....
10pagi aku bangun dari tidur dan terus pasang lagu metallica utk memberi
semangat dipagi hari..lepas dgr 2 lagu aku pun terus mandi dan bersiap sambil
pekena 3in1 secawan..
11pagi aku jemput sahabat aku trash angle,dah janji dgn dia aku nak gerak
awal sbb aku ada hal nak setel dulu kat amcop mall pagi tu..sampai kat amcop
mall jam12 dan aku pun jumpa rakan sorang ni dan buat trade kaset dan sempat
aku beli 2 ketul kaset lagi..trash ajak aku makan,dan aku pun terus on,walaupun
selera aku mcm tak ada namun aku paksa juga makan sebab lepas ni ada pesta
mudamudi yg bakal berlaku hehe,aku pekena daging kambing dan nasi putih dan
secawan air kosong save bajet hehe..akhirnya trash yg belanja makan,thx blood
for the great lunch with you jajaja...selepas makan kami pun gerak pergi sunway
dgn jalan susur masuk ke mentari court agak perlahan pergerakan kereta mmg
cukup menyakitkan hati,nasib lah trash byk cerita,sbb malam tu dorang pi
bepesta liar tampa ajak aku..so sad!!:(
1.30ptg selamat sampai ke penylane sunway,masa aku nak cari parking aku
terlihat kelibat max shayuti dari band cry0 inferno duduk kat restoran bersama
rakan2nya dan ada juga yg berdiri di pintu masuk penylane agak sikit kelihatan hadirin
yg dtg,maybe masih awal kali.
aku dan trash pun duduk kejap dlm kereta sambil minum2 @#$^^ jeje,kelihatan
amin turun kebawah menghisap rokok dan aku horn kereta dan lambai tangan kat
dia suruh dia join kami sekali,amin dtg dgn senyuman dan kami bersalaman dgnnya
sambil bercumbu rayu hahahaha.
selepas cerita ngan amin kami pun naik keatas,dan mengambil tag crew huhu
aku jadi crew rupanya...dan aku terus masuk dalam venue kelihatan band bacteria
tgh soundchek,dan sempat bertegur dgn doo,bertanyakan baju yg aku order
jejeje,lepas tu aku keluar jap borak2 kat luar,aku ada tefikir juga dlm hati
hanya ini saja kah yg dtg bleh hitung dgn jari,namun sangkaan aku meleset,satu
demi satu metalhead dtg dan masuk kedalam venue,
2.30ptg kehadiran crowd sudah cukup utk memulakan acara,aku rasa gig ni
tersasar 40minit mungkin sbb crowd blum ramai dan band pembukaan tunggu crowd
masuk kedalam.dan emce hari tu digalas oleh abg bob..
Band pertama yg beraksi,band berasal dari kuala
lumpur,BACTERIA yg diketuai oleh man16 dan juga barisan line up dari band
slaydeath,hehe,hanya tinggal man16 saja ahli asal band bacteria ni,setahu aku
lah..aku rasa teruja juga nak lihat man16 beraksi,sbb ni kali pertama aku
berpeluang. Band ni memainkan irama thrash/death metal,lagu pertama bukan man16
vokalis,saudara angah yg menjadi vokalis utk lagu pembukaan,man16 hanya banging
kat tepi drum macam mau cari satu tenaga..angah membawakan lagu yg aku sendiri
tak tahu tajuknya,permain alah thrash sambil nyanyi sambil main gitar,aku yg
disebelah kanan berdepan dgn gitaris kedua anuar wai, tampa banyak fikir aku
terus headbang gilababi punya sampai aku rasa mcm nak pitam saja dilagu pertama,ditambah
lagi oleh suhu panas didalam venue mmg totally mandi peluh lah baru lagu
pertama… aircond mmg ada tapi tak cukup utk menyejukan ruang venue yg makin
dipenuhi oleh pembanging tegar yg sudah hilang akal,selesai lagu pertama abg
man16 sudah mengambil ahli vokalis sambil mengucapkan ucapan yg aku dah lupa
haha…lagu kedua dari demo silentdeath klu tak silap akulah sbb man16 ada
ckp,bila saja sound berkumandang lagu tu mcm perna aku dgr,mmg sah lagu dari
silent death tajuk aku tak tau tapi music nya mmg sah dari band tu,apalagi aku
yg dah separuh basah oleh peluh terus headbanging mengikut rentak lagu yg
mereka persembahkan…baru 2 lagu aku dah rasa mcm nak pitam,mungkin sbb aku dah
3 bulan tak headbanging menyebabkan aku cepat pancit… sebelum aku pengsan aku
memutuskan keluar venue utk mencari
udara segar…aku tinggalkan bacteria begitu saja disebabkan aku dah tak mampu
utk meneruskan perjuangan hahaha… aku duduk luar sambil minum air,dan terus
teman sipenjaga tix,bini si amin,aku tgk dia pun sorang saja,aku buat2 lah jaga
pintu buat seketika aku kan crew hehe.makin ramai juga dtg yg beli tix..selepas
saja tamat band bacteria.. ak masuk semula dgn tenaga yg baru peluh pun dah tak
ada jejeje
Band kedua yg aku plan mmg nak tengok sangat band ni
beraksi,ini kali kedua aku tgk mereka,apa yg menarik band ni mereka bawa cover
lagu sepultura mmg kaos lah.band CYRO INFERNO memainkan irama groove /thrash
metal ,berasal dari petaling jaya..memulakan persembahan mereka dgn lagu dari
sepultura arise klu tak silap klu salah harap maaf lah ye..tampa diduga crowd
terus menghempas kepala semuanya serentak termasuk aku,apalagi yg bleh aku
katakan keadaan dlm venue sudah betul2 huruhara.lagu kedua mereka menjemput
vokalis jemputan ntah dari band mana tapi aku mmg perna tgk,berbangsa cina tapi
suara mmg GRGRGRGR habis… mereka persembahkan irama death metal dilagu kedua
mmg sesuai sangat dgn vokalisnya,sebetulnya lah aku mmg sukar nak ikut rentak
headbanging lagu kedua ni,sbb pukulan drum dia mmg laju ditambah lagi dgn kelajuan
gitar mmg payah utk aku mengejar dan menghayunkan kepala,rasanya lagu kedua ni
best kalau buat mosh baru ngam,habis lagu kedua mereka teruskan dgn lagu cover
sekali lagi dari band sepultura,kali ni mmg lagu yg betul2 buat huruhara,crowd
makin padat dibahagian depan aku yg tadi dibarisan hadapan kebelakang sedikit
mencari posisi dan juga metalhead yg mosh hahaha.. ROOTs BLOoDY ROOTs pun
berkumandang sambil diikut dgn lompat setempat sambil headbanging,sempat juga
aku melihat ketengah dan ada sudah kelibat yg tgh mosh..aku yg tgh dirasuk oleh
music cryo terus melompat kedalam sambil melompat2 hahaha mmg amat menghiburkan
seolah2 aku tgh menari mengikut rentak lagu tu,tolak menolak langgar dilangar
sudah mcm tak dah rasa sakit lagi disebabkan lagu yg dipersembahkan memberi
satu kekuatan yg aku sendiri tak bleh nak jelaskan hanya yg kaki mosh saja
mungkin tahu apa rasanya..selesai lagu ketiga,lagu terakhir klu tak silap aku 4
atau 5 lagu aku dah ingat2 lupa,lagu terakhir sempena max pakai baju agent
orange maka lagu terakhir mereka diambil dari album tu remember the
fallen..warrrgrgrgr aku yg sudah basah oleh peluh makin menjadi2 sudah
headbanging tampa henti disepanjang lagu tu sambil sing along bersama remember
the fallen the fallen waarrrkk,persembahan yg mereka berikan mmg cukup
memuaskan.. harap ada masa dapat lagi menyaksikan mereka beraksi…
selepas persembahan band cryo inferno aku keluar sekejap utk mendapatkan
rehat dan udara segar dan disitu juga aku terasa sakit belakang mcm ada org
tendang time mosh tadi mungkin juga sebab pelanggaran antara satu sama
lain.selang beberapa minit kedengaran sudah sound didalam venue dan band yg
beraksi adalah band PUAKERYSM band thrash metal dari rawang.aku blum masuk lagi
masih merehatkan diri kat luar sambil merokok sebatang,habis saja aku merokok
aku masuk balik kedalam venue,dan baru lah aku sedar venue makin sesak dan
headbanging dimerata tempat kelihatan,aku yg hanya melihat dari belakang
persembahan puakerysm hanya dapat bertahan 2 lagu,dan aku terus keluar sekali
lagi,kali ni aku turun kebawah,memang betul2 nak kan udara yg segar,depan pintu
pun hampir sama saja bahangnya dgn didalam...jadinya aku tak sempat layan band
ni sampai keakhir persembahan mereka..tak apa safty first bilang org hehe..hari
tu aku dah all out masa kat kl thrash layan band ni.(LIHAT SINI)
tak sangka pula aku kat bawah ramai juga metalhead yg melepak dan aku lihat
disatu penjuru rakan2 lain tgh melepak ,aku terus lepak dgn mereka..kalau
mengikut kertas list band kat luar pintu band selepas puakeryem beraksi,adalah
band ABMS 696,tapi disebabkan mereka tak dpt beraksi maka band GATAGAXIAN band
ni aku tak dpt sebarang info dan maaf juga lah sbb aku tak dpt lihat band ni
beraksi disebabkan sudah melekat dgn cerita kawan2 kat bawah..aku ada tanya
joey gitaris abms 696 kenapa tak jadi main,katanya kat aku drumer mereka tak
ada sbb ada hal peribadi,aku respek juga kat dorang ni walaupun tak beraksi
hari tu mereka dtg support juga gig ni... jumpa lagi joey dilain acara kalau
aku jadi trun blackfest nanti...
Aku rasa agak lama juga aku lepak kat bawah dan tenaga aku pun kembali
normal dan ditambah dgn minuman yg memberikan tenaga yg luar biasa,sebanarnya
aku nak ajak rakan2 ni naik keatas tapi segan juga lah jadi aku putuskan utk
naik sorang diri dan mereka menyusul kemudian.firasat aku memang kuat mengatakan
band black seed akan beraksi ni,kalau aku tak naik,pasti melepas aku dgn irama
thrash metal bawaan mereka yg menjadi pujaan hati aku jejeeje..sampai saja aku
kat atas dan masuk kedalam band CAFERGOT tgh beraksi band ni berasal dari shah
alam kalau betul lah band cafergoat takut salah pula band gatagaxian sbb kat
list band cafergoat ni main selepas band gatagaxian,nasib aku ada tanya seorg
membe yg dia kata band CAFERGOT band ni main irama grindcore/death metal,dan
aku sempat headbanging 2 lagu,2 lagu yg tak sampai seminit rasanya haha....
Dengan kepala aku yg tgh pusing dan tenaga yg luar biasa dpt aku rasakan
aku tgh DRUNK hahaha.. suara aku pun sudah kuat aku siap menjerit2 lagi,selepas
tu bob pun mengumumkan band seterusnya didatangkan dari melaka BLACK SEED band
yg memainkan thrash metal yg betul2 thrash sejati bagi pendapat aku lah,aku
siap menjerit we want black seed destroy em all ahhhhh!!masa black seed ni
beraksi crowd mmg padat,lagu pertama mereka hari tu dipetik dari ep terbaru
mereka kalau tak silap lah sbb aku time mereka beraksi ni sudah gila dan tak
waras lagi aku headbanging berabis dan tak ingat dunia nyata lagi,selepas 4
lagu mereka persembahkan dgn begitu baik sekali dan headbanging beramai2 mmg
black seed dapat support yg tak berbelah bagi dari metalhead yg ada dlm
venue,aku yg headbanging didepan sebelah kanan berpindah kesebelah kiri
disebabkan tempat aku headbanging ni mmg sesak habis,aku menarik nafas dan
kebetulan ada kipas kecik kat sebelah aku rasa nyaman juga.. bila black seed
sampai kelagu akhir,vokalisnya si amy siap bagi pilih lagu antara master of
puppets atau creeping death,maka crowd semua menjerit lagu creeping death
walaupun ada segelintir nak dgr lagu master,amy mengalah dan mempersembahkan
cover dari metallica creeping death dan mengakhir persembahan mereka...walaupun
masih belum cukup namun kepuasan terpancar diwaja2 black seed dan juga crowd
termasuk lah aku... selepas mereka ni beraksi energy aku turun naik rasa pusing
juga kepala aku huh,,,lepas tu band seterusnya pula
sepatutnya klu mengikut pengiraan
masih awal lagi utk masa rehat,maka dgn itu bob sebagai emce mengumumkan yg
band BACTERIA akan beraksi lagi,kali kedua.. mungkin ramai dari crowd yg dtg
lewat tak sempat lihat bacteria beraksi,dgn ketiadaan band WYKEN DEL,yg tak dpt
beraksi juga pada hari tu disebabkan ada masalah yg mereka tak dpt nak
elakkan.. aku terus buat keputusan terun kebawah utk mengisi perut,rasa lain
dah mulut aku huhu
dekat bawah mmg ramai jugalah yg sudah duduk memenuhi meja2 restoran,sempat
la aku merokok dan tanya kawan2 nampak thrash tak,mereka tunjuk kesatu meja yg
ada kat kedai subaidah,segan juga nak jalan kesana sbb aku tgk ada band
disobeyed,lepak bersama2 mereka,hehe..aku beranikan diri dan terus duduk sambil
memesan roti kosong dan air coke utk mengisi perut,seleasi saja aku makan aku
terus ajak thrash ambil minuman kat kereta bagi lan capek utk band desobeyed
tanda sambutan dari kami lah,sikit pun tak apa janji merasa... rehat dekat
belakang kereta sambil bercerita dan menikmati rokok aku mmg tak bleh dah nak
minum kalau aku minum kompom muntah lah jawapnya..tak lama lepak..semua crowd
sudah turun ke bawah dan beretur utk makan..oh ya gig ni disediakan makan2
hehe.. aku hanya sempat makan buah saja,sbb aku dah rasa kenyang tadi makan
roti kosong...
7.30ptg mcm tu masa break sudah habis dan kelihatan juga ramai sudah naik
balik keatas venue,aku yg memang dah tahu band antaboga yg akan beraksi lepas
break ni,aku terus naik keatas,bagi support utk band ni,antara band pujaan hati
aku juga ni..daulat nusantara..!!masuk saja aku kedalam venue antaboga sudah
berada diatas stage tgh final soundchek..sambil menanti crowd masuk kedalam
musik makin kedengaran dan crowd pun sudah mula mendapatakan posisi masing...
ANTABOGA band dari klang yg memainkan irama black metal,acuan
nusantara,memulakan dgn intro,kali ni antaboga ada bassist baru yg memakai
topeng ninja hanya mata saja yg kelihatan dan aku sendiri tak dpt cam waja
sebenar disebalik topeng tu..aku yg dibelakang tadi terus kedepan dan kelihatan
juga eko disebelah aku tgh bagi support utk band ni,lagu pertama mereka aku
lupa tajuknya,dan sempat aku headbanging utk satu lagu ni dan terus kebelakang
semula disebabkan otak aku mcm rasa nak terkeluar sudah,aku putus kan utk fokus
kearah mereka saja tampa headbanging,lagu demi lagu mereka persembahkan dan
disambut headbanging oleh crowd hari tu...sampai kelagu terakhir..persembahan
antaboga sgt konsisten walaupun dgn bassit baru mereka dan aku total daulat utk
band ni...dan dikabarkan kesinambungan mayang mistik akan rilis tahun depan,tak
sabar aku menantikan alunan dari kuburan... daulat!!!
selepas band antaboga.band BATTLE HYMN dari petaling jaya,dianggotai oleh
tiga orang.. gitaris disebelah kanan kasut dia memang mantap kalau bikin sepak
org kompom tembus rasanya..okey band ni memainkan irama black metal,dan
pengaruh kuat mereka ni rasanya band marduk lah,masa mereka main ni aku hanya
duduk disofa dan sekali2 sekala aku berdiri utk melihat persembahan
mereka..respek juga kat pemain drum dia ni,dia siap jadi vokalis sambil main
drum,lagu freezing moon permintaaan dari crowd aku time ni terus kedepan,dan
headbanging separuh lagu dan kebelakang semula.. lagu terakhir yg mereka beri
lagu cover dari marduk panzer divesen marduk.. yeay crowd bergila semua!!!
sekali lagi band dari melaka,bakal beraksi kali ni bukan irama thrash metal
tapi melodik black metal.TRIUMP OV FIRE aku rasa band ni nda payah
diperkenalkan lagi lah sbb mereka ni betul2 menggunakan medium fb sepenuhnya
utk mempromosikan band ni,dan dari apa yg aku tahu band ni akan menganas lagi
di indonesia,dan beberapa flyer local yg
aku tgk nama band ni tersenarai... sama nasib dgn antaboga band ni juga
memperkenalkan bassit terbaru mereka.. aku yg dah tak larat nak headbanging
hanya mampu utk duduk disofa sambil melihat persiapan mereka,bila lagu pertama
berkumandang supporter dari crowd masih tak luntur,aku yg duduk dari tadi
bangun dan terus kedepan lagu ketiga kalau tak silap mereka bawa lagu cover
dari rotting crisht bersepena tour asia band ni kerantau asia tenggara..
malaysia tak tersenari lagi so sad...
walaupun rasa mcm nak pitam aku gagahkan juga utk headbanging dan support band
ni,namun tak sampai habis lagu cover tu aku da tak larat dan aku ambil
keputusan utk menyimpan tenaga akhir ni utk band dari sabah.persembahan tof mmg
tak berubah total melodic..dan sukses selalu utk tof
selesai saja band tof,band yg terbang dari kepualauan borneo sabahel black
detah metal DESOBEYED.. antara band yg ditunggu oleh s6b6h6n bangers yg bekerja
di semenanjung..aku rasa semua bdk2
sabah ada didalam venue time ni dan tak lupa juga metalhead semua yg masih
menanti hingga keakhir gig... walaupun ada masalah teknikel gitar kedua
disebelah kira yg mungkin agak terlambat namun crowd tidak berganjak pun
dibarisan hadapan,masalah dapat diselesaikan dgn sempurna dan dimulakan dgn
irama black death bawaan mereka aku hanya mampu melihat lagu demi lagu mereka
persembahkan dan sampailah kelagu terakhir aku gagahkan diri terus masuk dan
headbanging bersama rakan2 lain support band ni..persembahan mereka bagi aku
mmg amat bagus terutama sekali vokalisnya dia pandai mengawal stage dgn gaya
tersendiri.. taniah buat desobeyed,dan hail kerna sudi join gig klhb ni megathx
to lan capek...aku lihat waja s6b6h6n bangers
puas hati dgn persembahan dari band kelahiran ni.. harap tahun depan makin byk
lah lagi band2 dari sana dtg kemari.....
band terakhir NEKRAD melodic black
metal band kedua memainkan irama ni,band berasal dari ipoh perak... sebetulnya
selepas band desobeyed beraksi aku mmg dah nak pitam,aku tinggalkan rakan2 dan
juga nekrad dan terus kebawah dan masuk kedalam kereta utk berehat,sambil aku
rasa mual mcm dah nak muntah..aku cuba bertahan tapi tak bleh,aku tgk dorang
bun laiho disebelah masih lagi meneruskan akitviti mereka walaupun aku
dihulurkan aku mmg tak dpt sudah nak join... aku terus muntah di tepi mereka
HAHAHAHAHA nasiblah ada cola,punyalah pahit tekak aku,aku rasa semua yg aku
minum petang tadi terkeluar ohhhhh lepas saja aku muntah aku kembali normal,nak
juga aku minum tapi kawan pesan tak payah lah, mungkin dia tahu aku bawa
kereta,lepas tu aku tinggalkan mereka ni dah duduk cari air teh bak kata bun
laiho minum air teh baru rasa mual tu hilang wakakakaakakaka
duduk dgn rakan2 dimeja sambil cerita2 menunggu gig berakhir,tak lama
kemudian semua sudah kelihatn trun kebawah dan menandakan gig klhb sudah
berakhir dgn jayanya.... sukses!!!
|
model utk baju klhellbangers 2013 |
lepas tu thrash ajak aku balik,walaupun masih awal namun thrash ckp dia
kerja aku terpaksa fhm dan terus bersalaman dgn rakan2 klhellbangers dan semua
kenalan2 fb ku jejeje TAMAT
taniah buat semua rakan klhellbangers kerna sanggup bertahan walaupun
tsunami melanda dan juga inilah tandanya yg metalhead dimalaysia tak berdendam
dgn kita thx for the support,stay unite tahun depan kita buat lagi... jumpa di
solaris ya....
kredit gambar dari rakan2 fb...
maaflah gambar band yg lain tak ada sbb itu ja yg aku jumpa
dan catatan ini adalah pandangan peribadi sahaja....!!696