Rabu, 25 Jun 2014

Fun fair + lego dan macam2 lagi lah....

Sebenarnya banyak juga benda yang bermain kat kepala otak ku ni, aku luahkan saja lah kat blog ni, sambil2 menunggu masa rehat,. cerita awal pagi tadi, jam lebih kurang jam 3 lebih macam tu, aku tebangun dari tidor.. tgk tv masih hdp, pergh!! ni keja nya mizi lah.. aku terus ofkan.. lepas tu aku nak sambung tido, hati aku kuat pula berbisik, mak aiii ni berbisik ckp english plak tu, otak aku terus terusan, memikirkan maksud apa yang aku bisikkan tu, tefikir juga eh eh aku ni dah pandai cakap orang putih lah.. rasa macam tak dapat nak tido balik.. aku pun cari lah album yang best2, jam 3 pagi ni, volume aku kasih kecil lah, aku ambil cd sodom-in war and pieces, aku play sambil2 baca2 liriknya, perghh!! aku dah macam baca bahasa melayu lah, walaupun ada sedikit pekataan tu masih kabur namun aku dah mula lancar... dan makin pandai dah aku berbahasa english... macam mimpi pula... bila aku fikir2 rupanya ni kes tadi pagi lah masa kat tempat kerja, aku ikut training Lps, yang bagi training ni, dari Utm, prof madya dr ntah lupa aku namanya, ada dorang orang, mulanya aku tak faham apa kemaksud nama mereka ada prof madya ni, aku gi tanya selamba lah, dia explen ohh... katanya sebelum jadi prof madya kena jadi DR dulu, lepas tu baru layak jadi prof madya, tapi katanya level dia ni masih bawa lagi, ada lagi kat atas selain pro madya, aku pun dah faham hehehe... sebab banyak sangat guna nama tu aku dapat jawapan semalam, ohya mereka ni tanya nak cakap melayu ke ckp omputih, bos aku pula ni terus kata campur2, peliknya aku, dorang ni lebih berkeyakinan ckp english dari malay... boleh2 nya ada bahasa dorang tak faham, tapi bahasa english nothing ja... respek lah.. tapi tak kan lah bahasa melaysia kurang faham, maybe dorang ni dah kurang kot ckp malay... yang bestnya dia speking campur2 tu, aku ni pandang kat bibirnya memang faham lah apa dia nak sampaikan pasal LPS ni.. panjang ni kalau aku taip lagi... 
anak cina kat sebelah tu nangis beb, bila benda ni jalan hahaha.
selepa membebel pasal ceta pagi ni pula ceta pasal malamnya, bini ngidam nak makan kuey teaw, apalagi pergi cari lah, sempatlah singgah kat fun fair, mizi excited gila siap jerit2 gitu... dah lama tak nampak fun fair kan.. hahaha fun fair kat sini bebulan2 juga baru datang balik.. lepas tu adalah main dalam beberapa ringgit main lempar2 gelang, punya lah terukk.. tak satu pun gelang mengena.,.. hampa., lepas tu bawa mizi pi main putar bola, tarahhhh.... lihat gambar bawah.
akhirnya dapat tiga lego ni, rm3 yang tinggal duit siling kat kedai keling tu, selalunya memang payah nak dapatkan benda ni, kekadang tu hanya dapat macam sampah ja, semalam kiranya rezki mizi menjadi beb... dia ni dah teruja ngan mini2 lego ni, apa tidaknya dia tgk tu star wars, kat chanel XD.. sebelum ni pun perna dapat juga benda ni, tapikan memang makan duit, ntah semalam selepas kalah di fun fair dapat pula ni.. ok lah mizi pun puas hati.. dus dus dus...

cerita pasal world cup, pasukan fav aku dah tersingkir, japan huhu... lepas ni kalah mati dah, yang ni pasti seronok,... hohoho... ohya, esok aku nak cuti..banyak hal nak diuruskan.. nak jumpa polis jpj... apalagiya... tadi aku dah transfer duit utk kaset iron maiden, harapnya kaset tu mendarat dengan selamat.. itu sajalah nak rehat dah ni... kbai... ada sikit lagi lah.. semalam rasa nak tampal kat sini saja kaset2 yang tak best, nantilah ada masa aku catatkan... huhuhu

4 ulasan:

  1. fun fair dulu2 jugak yang best...ada konsert rock...

    BalasPadam
  2. Tu lah..fun fair masa aku bebdk tahan 80an dulu banyak band2 rock perform..dari situ la diorang ada yg jadi artis rok (sebutan dulu2)

    BalasPadam
  3. team asia aku expect Jepun go far, tapi tak kesampaian

    BalasPadam
  4. perna merasa sekitar tahun 2004 kat sandakan masih ada lagi fun fair rm6 sekali masukkk siap ada van masuk kampung buat promosi...

    BalasPadam