Jumaat, 29 Ogos 2014

ADNAN SEMPIT SAWADIKAP


kali ni aku nak ulas pasal filem plak..hahaha.. ulas lah sangatkan...aku memang tak reti bab2 mengulas ni, ni ceta, hanyalah pandangan aku saja, kira pengalaman aku lahkan..semalam aku g pasar malam, sempat tanya kat brader jack, harga sekeping dvd ni filem.. katanya rm8, aku skip, tanya kat satu lagi brader jack ni, yang ni rm7, selepas aku tanya dia punya kualiti ok, aku bayar,, kalau tak ok aku datang balik juga haha..

berbalik kepada filem adnan sempit sawadikap ni, aku tertarik nak tgk ni movie sampaikan sanggup melabur rm7.. sebabnya aku dah tgk kedua2 filem awal adnan ni, kira ada bagus sikit lah.. dan aku pun dah lupa cemana jalan cetanya..

untuk filem ni, tamat saja cetanya aku terus fuck.. tiada angin tiada ribut ceta abis, ending cam soii... jalan ceta dari mula tiada apa yang menarik minat aku, babak2 yang diingat pun tiada, nak tiru ceta ombak ka apa.. nak tunjuk negara thai ka.. amat menghampakan ceta ni.. ni kali kedua aku beli dvd jack ni, hari tu ada beli dvd abang long fadil.. cakap ja lucu, ceta pun ntah2 apa2.. lagi soii nya.. abis ja ceta ni.. lagu kacang pula penutup,, gila petama kali aku tgk mtv kacang..

oklah itu sajalah yang nak dicetakan pasal filem ni, bagi aku memang tak bestlah.. tak tahu lah pula selera orang lain... kalau ceta ni best, kompom aku beli ori nanti.. ohya.. aku dah bertahun tak tgk wayang.. teringin juga aku nak tgk filem lucy tu.. besok.. seorang diri..ckp ngan orang uma jumpa kawan HAHAHA.....KBYE

Rabu, 27 Ogos 2014

Wordless Wednesday, baju KLHELLBANGERS


-konon tak mau beli baju dah.. baju klhb ni da 3 helai kat simpanan.. jarang pakai juga...

part 2.. 

Isnin, 25 Ogos 2014

FTG - KUASA

ALbum ftg yang pertama aku beli guna duit sendiri, pertama kali dengar ftg ni, dari kaset abang aku, tajuk album ftg tahun 2000 http://uvianhell696.blogspot.com/2013/10/ftg-ftg.html album ni.. haha... aku nak tampal album ni sini sebabnya ianya pemula aku juga lah dalam mendengar muzik secara serius, tahun album ni rilis, band2 mainstrem masih lagi rilis kaset termasuk lah search gothik malam edan tu, sayang juga kalau aku ingat2 balik tahun tu, aku hanya beli 1 2 ketul saja kaset sebulan, mungkin masa tu aku duk hostel lagi.. hmmmm..

bercerita pasal lagu2 dalam ni, lagu2nya kira ok lah nampak macam satu kesatu lagu tu hampir2 sama saja rentaknya kecuali lagu senja kota yang rentaknya lebih perlahan.. lagu ni cukup sedap dengar, masa balik keja atas motor sambil nyanyi memang mendamaikan.. demi keinginan dan tuntutan hidup..ohyeee... sebelum senja jadi malam, peluang datang sekali sekala, hanya yang mengerti tahu hargai nilai, hidup senja di kota rayaaaaa....

lirik2 dalam ni menceritakan ketidakpuasan hati dan juga kesedaran pasal syaitan dunia dan macam2 lagi yang membabitkan kuasa... ya.. menaip mengikut kata hati skg ni, banyak aku snap gambar kaset semalam masa aku layan.. nanti ada masa aku coretkan kat sini mengikut rentak hati ku wahahaha...

Jumaat, 22 Ogos 2014

AVRIL LAVIGNE - THE BEST DAMN TOUR


Ni Aku nak ceta pula pasal dvd yang aku beli kat cash n converter ngan harga rm8, dvd ni aku ada tgk juga kat speedy, harga boleh tahan,, tak sanggup diriku mau membelinya, kalau harga murah no hal haha, sebabnya aku ni bukannnya fanatika avril ni, sekadar mendengar avril ni satu album saja, yang boleh aku katakan album terbaik perempuan yang aku perna beli selain dari ella.. jap jap, nanti aku tampal kaset avril yang aku beli satu masa lalu, ceta secara terperinci cemana bleh meminati avril ni.. hahaha

dvd ni pula rakaman konsert tour keliling dunia masa album the best damn thing rilis, kuala lumpur pun ada tersenarai utk tour ni, tapi aku tak turun juga, samalah macam tahun ni tak pergi juga huhu.. walaupun dalam hati ku membuak2 nak tgk, last minit aku cancel sebab ada benda lagi bagus dari konsert avril hehehehe.. next time.. sbab avril senang saja masuk mesia ni hehehe

ohya hampir lupa plak pasal dvd ni, ya dvd ni macam dvd konsert lain, cumanya dalam ni dvd avril tak all out, mungkin keletihan kali, tapi lagu2nya memang best.. hampir kesemua lagu2 dalam album the best damn dia bawa, avril ada juga main drum, piano.. sempoi lah, tapi kurang mengujakan... ok lah itu sajalh.. WAhahahha.. tutup mata sambil tekan publish........

Khamis, 21 Ogos 2014

Throwback ; geng langgar pintu... Metallica HAHAHA

Ternampak entri ijau hari ni http://kucinghijau.blogspot.com/2014/08/throwback-thursday-selamat-thank-you.html terus pula aku teringat..haha sebenarnya lupa sudah aku tarikhnya, ingatkan lambat lagi, huhu sayang plak kan aku tak tersnap pula surat kabar metallika yang aku beli tahun lepas.. esok2 lah aku share dalam ni hahaha.. apa yang menarik jika aku fikirkan balik pasal konsert ni, aaarghhh!! teruja gila2 juga.. jap aku fikir2 apa yang menarik dalam memory otak aku ni.. hahaha


kenangan lah juga kan... apa yang aku tak bleh lupa pasal saman parking tu, tahun ni aku bayar rm250 siakk.. pastu plus ngan duit rasuah jaga gate masa konsert tu rm50 total rm300 hahahaa tak apalah janji ada kenangan tengok metallika.. pengajaran utk aku, tak mau naik kereta masa konsert besar.. naik moto saja ok.. huhu... itu sajalah cetanya... ceta konsert ni boleh baca kat sini http://uvianhell696.blogspot.com/2013/08/metallica-live-in-malaysia-2013.html yang ntah2 apa2.. teruja punya pasal hahaha.....


Rabu, 20 Ogos 2014

DREAM THEATER - SYSTEMATIC CHAOS


Satu lagi cd yang aku rembat dari cash and converter, harga rm9 ja baru lagi tu.. hehe sebetulnya aku hilang akal nak menaip pasal cd ni, sedangkan cd ni yang terawal juga aku rembat bersama2 ngan cd trivium... apa yang menariknya cd ni aku rembat, mungkin sebab nama band tu, sebelum ni aku mana perna dengar DT ni, kira ni 1st dengar lah lagu2nya, tak kiralah dari youtube ke mp3 ke, aku memang tak perna dengar lagu2 band ni.. kira beli ni teruja juga lah cemanalah jenis muzik dorang ni, adakah ganas cam trivium tu.. haha sangkaan aku meleset lagu2 dalam ni ada yang laju ada yang mendayu2 suaranya.. kira album rock juga lah kan plus metal hahaha

kalau mengikut pendengaran pertama aku, uikk juga lah, sebabnya aku mengharapkan yang gilababi punya laju kan, tapi aku layan lah juga,.. dalam beberapa kali tu, cam juga megadeth kadang tu menusuk kadang tu suam saja.. hahaha... kira ok lah, ambil masa nak hadam album ni, kalau dengar sebulan terus, siang malam rasanya boleh jadi album a matter of life and death kot.. huhu...

cd ni didatangkan bersama inlay punya tebal.. setiap lagu satu muka surat.. lepas tu ada gambar2 lagi.. kira mantap juga lah.. ok lah sampai sini saja taipan aku ni.. ada lagi dvd cd yang sangkut tak da edia nak menaip huhuhu.. kbai

Selasa, 19 Ogos 2014

MAYHEM - GRAND DECLARATION OF WAR

kaset ni hasil trade dengan kawan, tak sangka pula soundnya memboringkan aku, hari tu aku rajin sikitlah nak snap gambar kaset2 yang aku ada, lepas aku snap tu aku mau catatkan lah sedikit coretan pandangan aku pada setiap kaset ni.. bila fikir2 balik rasa nyesal juga aku trade kaset aku toxic holocaust yang tersangat rare kat malaysia ni. nasib saja kawan kalau tak aku tak bagi kaset tu.. huhu ,,, seperti aku taip kat atas kaset ni tiada roh lagu2nya.. tiada entri yg nak di publishkan ada pula entri ni dalam draf huhuhu

Isnin, 18 Ogos 2014

BELLIGERENT INTENT -ETERNITY OF HELL AND TORMENT

belligerent intent band ni berasal dari australia, memainkan irama black death metal, ada 9 lagu yang dihidangkan dalam kaset ni, lagu2 yang cukup padu buas dan penuh dengan kemarahan..total layan bagi sapa yang meminati muzik yang padu.. bagi aku aku terhibur dengan kaset ni,

kalau ikut hati nak taip banyak2 tapi bila fikir, tak elok aku taip,biarlah mereka2 yang lebih arif membahaskannya,, ni je lah yang dapat ditaip hahaha, yang pasti kaset ni memang layan, nak ja ku taip isu band ni, malaslah aku, nanti disalah tafsir pula, dah lah kebanyakan yang anti band ni dari kenalan aku, hahaha.. kaset ni boleh didapati di http://faithcraftmobile.blogspot.com/ limited 200pcs. 

Jumaat, 15 Ogos 2014

NAJWA LATIF

CD NAJWA LATIF

ini adalah ep najwa latif mengandungi 5 buah lagu satu darinya duet ngan sleeq, bagi aku ep ni mmg sedap didengar, lagu2nya pun sudah rilis dalam utube, jadi bagi mereka yang minat najwa cd ni patut kita beli, kerana dengan pembelian kita dapatlah menyumbang kepada karya2 najwa selepas ini, kalu nak harapkan mp3 saja baik tak payah jadi peminatkan..

najwa ni antara artis baru wanita yang aku minat, pakej yang dia bawa semua sempurna, aku jatuh hati ngan alunan suaranya, merdu semacam je gitu... apapun aku harap najwa akan terus berkarya sampai bila2 hehehe....

Khamis, 14 Ogos 2014

BAJU - HELLSTORM, LEGION OF DESTROY

Baju bersempena promo 2014 dari hellstorm... haha baju ni aku ordering sebelum raya lagi time puasa..sampai kat rumah time tu aku cuti raya lagi, hehe poslaju, jarang2 sekali aku dapat sain sendiri bungkusan aku, dalam bungkusan ni ada 2 helai baju satu kawan aku punya, dapat plak tu patches free hahaha..
buka saja terus basuh, pesan kawan yang rilis ni baju suruh cuci dan sterika dulu baru pakai, memang patut cuci lah, masih berbau kedai kurang enak rasanya.. ohye tag baju ni gildan made in bangladeath.. lepas ja aku cuci ok ja baju ni, tak ya sterika pun..ok lah dengar kabar MCD hellstorm ni tak rilis tahun ni, kena tunggu tahun akan datang lah jawabnya..

ayat kat belakang baju ni memang evil.. baju ni tak sesuai dibawa jalan2 ke tempat awan, kakaka.. aku selalu saja beli baju yang aku tak pakai pun, masa turun gig saja pakai baju evil2 cenggini, ok lah baju pun aku nak ceritakan HAHAHAHA

Rabu, 13 Ogos 2014

MEGADETH - SUPER COLLIDER


Yes satu lagi cd yang ku sambar ngan harga rm9, masa memula rilis tu ternampak lah juga rakan2 fb rebiu album ni pergh!! aku pun ada gak pergi Cc buka utube dengar lagu2 dalam album ni, sebelum beli kan baik dengar dulu, harga cd ni kat speedy masa memula rilis boleh tahan juga, lepas aku layan kat utube beberapa kali, hmm aku tak berani nak angkat kat speedy, sampai lah terjumpa hari tu kat kedai terpakai, tapi cd ni baru lagi masih berbalut.. terfikir juga aku nak beli megadeth atau koRn, last2 aku pilih cd ni..

sebetulnya aku memang tak masuk sangat ngan muzik megadeth ni, ada juga rilisan lain dalam koleksi aku, tak masuk juga, ada satu saja lagu megadeth ni aku masuk, itu pun te dowlod secara kebetulan dan masuk selebihnya sedap didengar tapi tak meninggalkan kesan macam suruh aku dengar balik, kira ikut album ni pun sama juga, masa dengar tu layan gak lah, tapi untuk aku memilih dijadikan play list ianya tidak akan disenaraikan hahahaha

bagi aku album ni ok lah lagu2nya pun menarik, disebabkan aku dah dengar sebelum beli album ni, aku dah menjangkakan ianya biasa2 saja.. mungkin ada ketikanya juga lah cd yang aku selalu beli hari ni memang tak layan, esok2 lain pula rasanya.. jadinya simpan buat koleksi... itu sajalah ceritanya hahaha

EDIT
p/s terima kasih to ijau.. klu tak sampai bila2 pun aku akan taip cakap DEATH
WAHAHAHA...

Selasa, 12 Ogos 2014

TRIVIUM - VENGEANCE FALLS


cd ni aku beli dengan harga rm9 ja, beli kat cash and converters bukit tinggi, kedai ni kira jual barangan terpakai, selalu juga aku singgah ke kedai ni,sebab bersebelahan saja ngan bank tempat aku ambil gaji huhuhu.. cd dvd memang ada jual, hari tu aku kesana, terkejut juga aku stok baru sampai tersusun kat rak, dengan perasaan teruja aku pun selongkar tengok, kot2 ada cd2 best, ada yang baru ada yang tepakai cdnya, berbagai jenis muzik ada kat kedai tu.

ok bercerita pasal cd ni, aku sebenarnya beli saja2 tak mengharapkan sound yang mantap, disebabkan nama band ni kira ada tercatat juga dalam otak aku, makanya album ni aku sambar, sampai rumah aku play.. perghh!!! ianya amat mengujakan, sound tak ya cakap, walaupun aku tak tahu lagi jenis apa muzik yang dorang main ni, aku jangkakan metalcore dan heavy metal, tak sempat aku nak google metal arkib, line cam siput huhu.. aku inbox kawan aku tanya band ni main apa, katanya new age of american heavy metal, apa2 sajalah, bila aku google tadi ohye mereka memainkan irama metalcore, thrash/heavy metal, memang benar jangkaan aku..hahaha..

aku dapat album ni buat pertama kalinya aku mendengar lagu trivium ni, jarang2 juga lah dapat album 100% layan, untuk album ni aku boleh katakan ianya amat memuaskan halwa telinga aku, kelajuan sound serta vokal yang berselang selih grow ke clean, memang sempoi, best giler album ni kata hati ku, terhibur sangat aku dengan muzik dalam album ni, kiranya aku jatuh hati pada pendengaran pertama pada band ni,

ohya, ada beberapa keping cd aku beli kat kedai second ni, nama saja second tapi cd2nya masih berbalut,  import lagi tu.. aaaarghhhh bersambung entri lain kbai..

Isnin, 11 Ogos 2014

Tanggal satu bulan lapan 2014

kelihatan kaki kecilnya. gambar ni aku snap baru beberapa jam dilahirkan.
Detik yang mendebarkan dalam hidup sekali lagi, sepatutnya aku dah kongsikan cerita ni awal, disebabkan cuti serta aktivi2 harian yang membataskan serta bermacam2 lagi halangan maka kisah gembira ini aku lambat publishkan kat blog ni, haha hari ni aku ada masa free sikit, sepatutnyalah kan aku publishkan hasil2 cd2 yang aku rembat semasa cuti raya, dah ada siap pun aku taip, dah terperap dalam draft beberapa hari, kononnya hari ni nak publish, tersedar dalam kereta henpon plak tinggal, gambar ada kat sana huhu, tu aku kongsikan terus lah kisah ni hehe.gambar kat atas tu aku ambil dari fb hahaha..

al kisah bermula begini, pada 1 syawal hati ini pun gembira, sapa tak heppy kan satu bulan berpuasa tu, tiba2 esoknya dah tak puasa lagi, gembira bercampur sebak gak, apapun raya berjalan cam dirancang, pada pagi satu syawal tu, keluarga nak ajak ke cheras, jauh gak tu kalau dari klang, bini aku dah cakap perut cam sakit, aku pun cancel nak bawa jalan jauh, takut2 teberanak kat tengah higway mampus aku huhu..

nak cerita dulu lah pasal raya, sikit ja sebelum berbalik ketajuk entri ni, raya pertama aku tak jalan, duk umah ja, last2 ramai pula keluarga yang datang punya lah kelang kabutnya aku, ditambah lagi oleh bini yang sarat mengandung tunggu masa nak beranak, bukan alang2 kejap2 datang lagi tamu, sampai kan pinggan mangkuk gelas tak cukup dah hahahaa.. kesian aku tengok bini aku tu bertungkus lumus memasak. padan ngan muka aku tak join jalan g cheras, tapi ada hikmahnya juga. abis ceta pasal raya.,

masuk raya ke 5, plan kali ni nak keseremban, walaupun hati aku berat nak g sana, bini aku ni bekeras juga nak kesana, jumpa pakcik dia lah kan, selalu memang beraya kat sana pun, tahun ni dorang balik kampung raya kelima baru datang balik, kami dah bersiap ni, tinggal nak gerak kesana, tiba2 air dah pecah, apalagi aku terus bawa ke hospital walaupun isteri ni cakap tak apa, gilaa...

jam 12 tgh hari detik2 debaran makin terasa, aku rasa panik juga, ohya hanya tuhan saja yang tahu perasaan suami bila melihat isteri nya menjerit kesakitan, aku tak habis2 berdoa dalam hati, rasa nak mengalir airmata aku, anak pertama aku tak macam ni, yang kedua ni, sungguh mendebarkan, hari jumaat beb, aku dah tak gi solat jumaat, aku tepaksa ada disisi, masa bini aku meraung tu, nurse2 ni cam buat bodoh gak, siap begurau2, rasa sakit hati aku tu kalau ikut kan aku terajang saja semua nurse betugas hari tu, orang tengah sakit dorang bleh2nya begurau.. tak apalah terima kasih juga utk mereka,

dalam jam 2 aku g surau, bawa mizi sekali, kesian juga mizi kali ni, ulang2 alik beberapa kali ke hospital ampuan rahimah klang, bayangkan paking punya jauh, kekadang mizi tak nak jalan, tarik2 aku, minta di gendong, aku gendong juga, rupa2nya mizi dah tekupas kaki dia oleh seliparnya, kesian betul, rasa bersalah aku tak angkat dia terus, selesai solat zohor, aku berdoa sehabis nya.

alhamdulillah, lepas ja aku solat tu, bergegas balik keatas, isteri aku selamat melahirkan bayi perempuan yang sungguh comel gitu, rasa terharu sangat mendalam saat itu, melihat isteri tersenyum dengan mendakap anak kecil yang kedua, awek plak tu.. huhu, cam biasa aku azankan, dan selamat semuanya. ohya isteri tak bleh keluar plak, tunggu bayi kencing berak dulu.

malam tu aku ngan mizi, mizi cari mak dia siakkk.. hahaha dah biasa ngan mak dia, aku pun pujuk2 dia buat kan susu, last2 tetido gak dia, excited gak mizi dapat adik, sampai orang lain tak  ble pegang, esoknya datang balik kehospital pagi tak bleh keluar lagi petang jam 4 baru boleh keluar, selesai saja aku bayar bil rm13 ja, total semua rm28 huhu, kalau hospital swasta mau beribu tu, tak palah janji selamat syukur,..

aku ngan isteri dah janji, kalau anak lelaki aku berikan nama, anak perempuan dia bagi nama, haha, mak dia letak nama panjang gila, aku siap buang satu nama lagi, sampaikan JPN pun cakap panjang nya nama anak, nanti susah orang nak sebut, aku diam saja,.. ok itu sajalah utk al kisah nya.. haha..

nota / aku kongsikan lah nama anak kedua aku ni. Elliyana Norashikin Arsil 

Khamis, 7 Ogos 2014

YEy!! aku kembali lagi...

hahaha..rasa rindu gila aku nak mengupdate kan blog ini hohoho... salam semuanya diharap korang dalam keadaan sehat walafiat... aku disini cukup gembira selepas bercuti panjang, tak lah sepanjang mana pun cuma beberapa hari sajakan, tapi dalam beberapa hari cuti yang aku lalui, macam2 cerita yang aku alami, menarik mendebarkan rasa marah gumbira, dan macam2 lagi aku sendiri pun sudah lupa, klu aku ingat nanti aku catatkan kat entri akan datang JAJAJA...

rasa gigil bak kata bro deaf, memang ada lah rasa teringin menaip tu, aku dah cuba log in pakai henpon., nak update blog lah katakan, line pula hmmm hampa, jadi aku batalkan niat tu, ada juga lah aku masuk baca entri2 blog yang aku follow, rasa mengidam dalam hati nak membaca tu, memang tak bleh tahan siakkk... tapi aku tak bleh komen lah faham2 sajalah kan pakai henpon cap ayam line pun pakai kredit..

tak mau panjang cerita, nanti aku ceritakan cd2 kaset yang aku dapat masa cuti beraya, orang excited nak beraya aku excited cari cd2, ada khabar gembira juga yang nanti aku catatkan dalam ni.. ok lah sampai sini saja catataN sekembalinya aku menaip ni..waawawawa.hhahaha.. sok sendiri siakkk...

last but not less cam tu ka haha.. aku pun baru datang keja ni, cuti tambahan lah katakan... belambak juga keja tertangguh tiga hari ni.. hmmm ok lah cukup cukup, klu aku taip ni musti makan masa berjam2 keja tak jalan plak.. kbai.. see u tomorow never die...WAHAHA...