Isnin, 29 September 2014

Luahan hati part ntah lupa lah HAHAHA

SALAM pagi isnin, pagi yang buat aku lewat g kerja hari ni, nak ceta pasal kejadian pagi tadi, lepas subuh dah bangun mcm biasa, tapi hari ni tertido plak, last2 aku tebangun sudah jam 8.15am, dipendekkan ceritanya, datang keja isi borang kelewatan, HR tanya sbb lambat kan, jawaplah dengan iklas hati ni, lewat bangun.. alasan aku tu tak boleh terima, aku tak boleh nak buat apa, tak kan aku nak menipu pagi2, tebal juga muka aku kawan2 lain dengar, rasa terharu terkilan jugalah, bukannya selalu datang lewat pun, dalam satu tahun maybe 2 3 kali saja lewatnya, tak apalah kata hati ku dengan penuh sebak di dada aku berlalu pergi..huhuhu.

ditambah kan lagi cerita semalam serta hari sabtu, sabtu bersempena dengan store day cassette, aku ada menerima bungkusan pada pagi sabtu, heran juga aku, rupanya bungkusan dari faithcarf buka2 ada kaset, ngam time betul kaset tu sampai, nanti kaset ni aku cerita kat entri lain. pagi sabtu yang indah, ramai kawan2 dalam grup cassette passion mengucapkan selamat hari kaset kan, dengan adanya tahun ni sambutan diadakan di subang, maka aku plan nak kesana, mana tahu dapat kaset2 pujaan hati,

hari kaset ni, sebenarnya aku sudah plan cantik2, lepas kesana terus ke gig charity for syria dan gaza tu, disebabkan last minit aku tukar plan, bawa family gi jalan2 lagi best, sbb gig tu pun hampir semua band2 aku dah tgk, bab nak derma tu bila2 pun boleh..

CASSETTE STORE DAY 2014, berlangsung di subang jaya, lupa lah pula aku nama kedainya, lokasi memang senang saja nak cari, sampai kesana, memang ada peniaga2 jual kaset, ada yang murah ada yang mahal, dapatlah beberapa keping kaset kat sana, aku lupa nak snap gambar lah hahaha....jap aku nak cari satu gambar kat fb tu.. sambutan tak tahu lah meriah kah tak, sbb aku datang awal lagi, singgah kejap aku terus gerak ke kl jalan2.. malam nya aku g klia pula ambil kawan datang dari sabah.. cukup memenatkan, esoknya pula jalan2 lagi, patutpun hari ni aku penat semacam, huhuh..

bungkusan minggu lepas belum habis lagi aku publiskan, masih banyak kaset2 yang belum terceritakanl, rasa aku nak publiskan satu entri saja, bila fikir2 simpan dalam draf saja lah, sehari satu publish, ok lah itu saja utk pagi ni.. huhuhu... 

Jumaat, 26 September 2014

HUMILIATION - BATTALION

Apa lagi yang nak dikatakan, band ni begitu pro aktik, dengan rilisan2 yang tak perna ada hentinya, terbaru ni album penuh kelima dari humi dengan judul battalion, menyerang lagi dengan dentuman2 bom old skool death metal.. menghidangkan 11 lagu satu intro the malayan emergency, lirik masih lagi memfokuskan perang perang dan mungkin tidak akan berenti disini, jika album tahun lepas soundnya kedengaran agak bersih, utk battalion ni soundnya kembali ke sound asalnya, raw sedikit, gaya vokal pun sedikit berubah, hampir menyamai album kedua mereka, yang aku anggap album terbaik setakat ini yang aku dengar dari humi ni, aku tak kata album ni tak bagus, ianya belum dihadam sepenuhnya, masa pertama kali aku dengar, ianya sudah memandai untuk aku katakan wow.
sebetulnya aku tak sabar nak menyaksikan album ni dipersembahkan live depan mata, sapa yang perna tengok mereka live musti tahu cemana dasyatnya sound yang mereka hidangkan, kalau cd sudah sedap bayangkan sound live yang berlipat kali ganda bisingnya,.. aaargghh!!!

tak payah cakap banyak ayuh support tentera death metal tanahair kita ni, semoga tour mereka tahun ni sukses dengan jayanya.. Hail HUMILIATION MILITARY DEATH METAL.

Cd ni aku beli byhand saja, disebabkan aku excited nak memilikinya aku sanggup merempit ke kL masa gig september moon hari tu, lepas saja beli ni aku terus balik, rm30 byhand pos rm36.. hahaha

Khamis, 25 September 2014

AS SAHAR - BOMOHYMNS OKULTIKA

Ini adalah rilisan istimewa dari as sahar, aku ingatkan album kompilasi lagu2 dipetik dari album penuh mereka. rupanya ini adalah album live dan split as sahar, side A rakaman live di penang tahun tidak dinyatakan pula, ada 4 lagu, sound memang sebijik macam tgk mereka live, manakalah side B pula 4 lagu yang diambil dari split bersama hayagriva - beyond firmanent sesuatu yang menarik minat aku, sebab aku tak ada album split tu, harga kaset ni rm30, aku minta diskaun dpt lah rm20, tak masuk pos, nasiblah aku ada beli kaset iron maiden, terus saja cakap kat penjual ni, selitkan saja kaset ni dalam bungkusan kaset pertama aku beli kami terus deal total rm37 utk 2 kaset cukup mahal rasanya tapi tak apa janji puas memiliki kaset ni.,.. itu sajalah cetanya, banyak juga kaset aku beli bulan ni,.. tunggu akan ku publishkan satu persatu.. rasanya sampai bulan depan kot tidak abis.. haahaha simpan dalam draf dulu, sehari publish satu ye dok hahaha

Rabu, 24 September 2014

Con-Damn The Corruptor

self title.
Band ni berasal dari sabah, dan memainkan irama punk rock, apa yang aku boleh katakan album ni cukup bagus, sound yang dihidangkan tak lah raw sangat, sesedap rasa boleh aku katakan seisi kami sekeluarga layan dengan lagu2 dalam ni hahaha terutama mizi, (anak ni suka muzik punk rupanya), ianya penuh ngan mesej kesedaran, aku ni bukan lah pendengar tegar punk, cd ni pun adalah cd punk yang pertama dalam koleksi aku, haha, tapi aku boleh bezakan muzik yang bagus dengan tidak.
ada 12 lagu dalam ni, tiga lagu bonus, dimainkan accoustic live, lagu2 bonus ni kalau tak ada pun rasanya album ni ok saja, 9 lagu satu intro ni, cukup utk hati aku keriangan, cd ni berdurasi tak sampai 30 minit, mendengarnya sekali rasa macam tak cukup, kena play 2 3 kali round baru puas,, album ni pasti akan tersenarai dalam playlist aku,
lagu trek ke4 menjadi pilihan utama story from our land, muzik punk ni vokal kehadapan manakalah muzik dibelakang, macam tu lah aku rasa. tak payah banyak cakap, bagi yang pertama kali nak dengar album punk lirik dalam bahasa, aku rekomend cd ni.

Selasa, 23 September 2014

HUMILIATION - DAWN OF WARFARE

Asyik..
risau juga aku tak dapat memiliki album ni, setelah aku terlihat kat page band ni, mengatakan album ni dah sold out, perasan risau tu kian membara, nak kepastian lagi aku inbox tanya album ni kot2 masih ada, katanya memang sold out lah,, huhu... aku belajar sesuatu lagi, lepas ni no more tunggu tunggu..

aku ada tanya beberapa distro kat fb tanya album ni kot2 ada, ada satu distro tu, kata dia tengok dulu, aku yakin macam ada saja dengan dia, bila di balas msej ku, ternyata dah dijual juga.. hampa kecewa hati wahahaha.. lepas tu aku tanya kawan seorang ni, dia ada tapi utk koleksi dia saja, bila aku tanya dia pun nak jual, tak tunggu lama deal dengan harga rm30 siap poslaju, kalau dia ckp 50 pun aku bayar hahaha...terima kasih kawan..
dawn of warfare ni album pertama humiliation rilis 2010, lagu2 dalam ni memang old skool death metal.. setelah dapat ni lengkaplah cd mereka dalam koleksi aku hahahaah.. rasa gembira juga, keinginan utk beli vinyl 7'' dorang tu ada juga, tengok lah cemana,.. album baru pun aku dah rembat awal2 nak hadam dulu baru publish kat sini.. Hail....

Isnin, 22 September 2014

M NASIR - CANGGUNG MENDONAN

Ini adalah album m nasir pertama aku beli, haha beli kat speedy ja yang murah2 janji dalam fomat cd ori, kalau ikutkan hati nak dowlod saja lagu2 dalam ni, masalahnya aku kurang bekenan dgr dari mp3 huhu.. laburkan rm13 kot lupa plak aku.. sebab utamanya aku beli ni album aku terbaca dari blog sapa lagi kan kalau bukan berteromber dia punya ulasan tu buat aku tertarik utk memiliki album ni, lama dah aku baca cuma hari tu saja ada peluang dapat cd ni, pena juga terserempak sekali, lepas tu datang balik dah tak ada,

apa yang dikatakan dalam blog berteromber tu, memang terbaik, aku hanya perna mendengar lagu semerah padi ngan bonda saja, yang lain2 tu aku pertama kali dengar, yang paling melekat sekali dalam hati dan aku ternyanyi kan dalam hati saban hari adalah lagu anak2 kita.. yang lirik main lastik dan berpestolan pestol pestolan... liriknya sempoi, menyedarkan aku juga sedikit,,, panggil anak kita bapa nak ajar tentang kurang ajar..pergh!! hebat album ni.. lagu2 lain pun ok..

seminggu juga jadi playlist aku album ni, cer rekomend lagi album apa yang best m nasir ni.. hahaha..

Jumaat, 19 September 2014

Warranty 2 tahun

Aku nak cerita pasal warranty, hari tu aku bawa mini compo aku ke kedai dimana aku beli (sengheng) aku dah lupa berapa rm aku beli, mini compo seperti gambar kat atas ni, gambar ni masih ok lagi, sebenarnya ni kali kedua aku tukar mini compo ni, pertama aku pakai selama 6 bulan, aku repair sendiri2, last2 rosak, aku terus bawa kedainya, tak banyak ckp selepas mereka periksa, terus ganti ngan baru.. masa tu model JVC ni ada lagi..

kali kedua ianya menampakkan tanda2 rosak, yang ni aku tak sentuh apa2, tiba2 susah nak play, tekan saja ianya berenti, kena tekan beberapa kali baru boleh play, sudah lah aku ni jenis yang suka habiskan masa2 lapang ku dengar kaset, bila ada masalah macam ni, aku memang tak senang hati, rasa macam nak hempas saja mini compo ni., tak tahu aku dah berapa lama, aku pakai mini compo ni, surat warranty pun aku sudah lupa mana letaknya.,

aku mula hilang sabar, balik keja hari tu, aku terus mandi, lepas magrib aku gerak ke kedai sengheng, sampai saja kat sana, aku tanya kalau2 warranty utk mini compo ni masih ada, katanya ya masih ada, kamu ada bawa ke, aku cakap ya, ada kat keta, terus saja aku ambil.. dalam hati aku debaran makin kencang juga, lepas tu bila dia tekan memang tak play, kalu cd on radio on, cuma kaset saja yang tak on... aku risau juga bila mana dia tekan terus on, hahaha... lepas tu dia suruh aku pilih yang mana aku bekenan mini compo yang ada kat kedai tu, sebabnya Jvc ni sudah habis stok,

dengan teliti aku lihat satu persatu, aku teringin juga nak ambil mini compo warna putih tape player dia kat atas, bila dia kira2 aku kena tambah rm60,, puikkk.. mana akau mau, lepas tu dia cadangkan hifi kaset ni, gambar kat bawah ni,, haha,, yang ni memang khas utk kaset2 saja, ni tak payah tambah duit, sebab harganya sama macam harga mini compo aku..
aku ada cakap kat saller tu, aku tak kisah kalau cd rosak, ni tape yang rosak, cemana aku nak dengar kaset2, aku ni pencinta kaset, cd aku boleh pasang kat mini hifi aku.. hari tu aku ada beli kan.. seller tu angguk saja.. dia cadangkan ni.. apalagi nak tak nak tambah duit atau ambil saja player ni, dengan perasan bercampur2 aku setuju...

hahaha.. itulah ceta pasal warranty, kira untung lah kan ada warranty ni, lepas ni.. warranty utk hifi kaset ni 2 tahun dari tarikh aku ambil.. dekat2 nak tamat nanti aku bagi rosak lagi,, dapat tukar baru lagi wahahahaha jahat sungguh aku ni.. tak lah saja aku begurau.. tapi kalau rezeki hifi kaset ni.. bertahan sampai bepuluh tahun pun aku akan jaga.. klasikk gitukan.. 696 lah abis cetanya,

kesimpulan ringkasnya yang aku belajar, warranty ni amat penting sekali dong.. hahaHAHAHAHA.

Rabu, 17 September 2014

TERRORIZER - WORLD DOWNFALL

kaset ni aku beli dengan harga rm10, sekali pos ngan kaset analog pscycho #2, sebetulnya kaset2 yang dijual oleh faithcraft amat murah, sayangnya aku asik lambat saja, nasib lah kaset ni ada tinggal onsale, tak banyak cakap aku beli terus, tak banyak yang aku tahu pasal band ni, cuma perna terbaca kat majalah band ni perna meriliskan album masterpiece, ada juga kawan2 yang up gambar2 kaset ni, kalau bab sound dalam album ni, cukup old school death metal, sempoi, tak sangka suka aku dengar album ni, terbaik dari ladang bak kata orang... wakakakaka.. 

Isnin, 15 September 2014

SIL KHANNAZ - GERBANG KAYANGAN

kaset gerbang kayangan, begitulah yang aku lihat dalam list kaset jualan kawan aku, kaset ni aku angkat sekali ngan kaset as sahar casus luceferi tu, aku ingatkan kaset ni yang 1press punya rupanya kaset ni pula, ada sikit nyesal juga sbb tebeli kaset ni, apapun segan dah nak tolak balik, bukan apa, album gerbang kayangan ni, sudah ada dalam koleksi aku dalam format cd, huhu.. cover album ni langsung tak menarik, kalau ada yang nak trade kaset ni aku akan trade tak pun jual balik.. hahaha.... 

Jumaat, 12 September 2014

HUMILIATION - SEEK TO SURVIVE

Masa trun gig ada depan mata tak teringin aku nak rembat cd ni, sibuk nak kejar stuf lain, skg baru nak beli guna pos, ni bukan dari band aku ambil, dari distro, walaupun hari tu aku ada beli baju tour tak pula aku beli ni sekali hah., campur cd ni ada 4 sudah album humiliation ni dalam peti besi aku, hajat dihati nak lengkapkan,buat koleksi..yang parahnya album pertama dah sold out itu yang aku risaukan mana nak beli mana nak cari benda tu, harap2 satu distro ni ada stok lagi album tu...arrrgghhh!!
seek to survive ni album kedua humi, lagu2 dalam ni kedengaran menarik bagi aku, sound total death metal lah kan, aku ni tak banyak album death metal, jadinya humi ni lah band death metal yang begini muziknya yang pertama aku dengar, tak kisahlah kan, acuan muzik macam ni dah belambak kat luar, sekurang2nya mereka ni diterima disana, yang paling bestnya tema perang dorang ni..
ceta ikut suka hati aku lahkan.. sebetulnya aku start beli album ketiga, lepas tu baru aku beli yang lain2 ni, walaupun dah berapa kali aku tgk band ni beraksi, kenapalah aku tak beli saja album2 awal band ni, sekarang ni memang payah betul aku nak cari, tengoklah aku nak beli 7 inci tu nanti kalau sempat, dan kejar band ni seberapa yang boleh, aku nak jadikan band ni cam cromok atau search hahahaha.. ok lah.. ayuhlah kita support tentera death metal kita ni.. mari berperang ngan dorang ni hahaha... lagi satu teringin pula aku nak beli baju askar tu, yang cam jaket sodom tu, wahahaha ok lah bye...

Khamis, 11 September 2014

AS SAHAR - CASUS LUCIFERI


intro...as sahar adalah salah satu band yang unggul dengan irama black metal acuan nusantara, siapa yang tak kenal as sahar jangan ngaku black metal lah hahahaha.....
kaset ni aku beli dari kawan, sama seperti kaset impiety hari tu, disebabkan aku nak lengkapkan koleksi kaset2 as sahar aku, makanya kaset ni menjadi pilihan utama, harganya rm15 ja byhand, walaupun terpakai, soundnya masih ok, kira puas hati lah, ni sebenarnya demo as sahar,dirilis semula, sound dalam ni cukup berhantu, sound 90an gitu.. total hail lah bagi aku,. ok itu sajaLAH cetanya..jajaja.

Rabu, 10 September 2014

MILITARY FORCE TOUR 2014

haha azam tahun ni nak kurangkan beli baju, tapi nampak gayanya terbeli juga baju2 ni, satu lagi baju yang menarik minat aku utk dimiliki.. disebabkan baju ni utk tour, aku sanggup keluarkan bajet utknya.. haha aku ada juga beli baju tour 2012, masih dalam simpanan dan aku suka memakainya..

lagi, utk baju ni agak nipis juga banding ngan baju 2012 tu, harga baju ni rm35 masuk pos sekali.. hmmm apalagi ya, band ni cukup pro aktik, setiap gig tour pasti keluar baju, aku pun sampai tak terfollow sudah.. sukses lah nanti buat tour mereka... kbai.

Selasa, 9 September 2014

TRIVIUM - SHOGUN

Seperti yang perna aku taip kat sini TRIVIUM aku dah jatuh hati ngan band ni, hari tu aku terlihat ada jual cd ni, harganya rm30 ja masuk poslaju, kira ok lah bagi aku, kalau harga rm50 mungkin aku tak beli kot.. macam album yang lain2 aku ada lihat org jual rm50 terus hilang mood aku, hahaha kalau harga bawa rm30 aku pasti sambar, kiranya cinta ku ngan band ni, tak lah sekuat mana alah kadar saja...
shogun ni album ke 4 trivium rilis 2008, mengikut apa yang aku rasakan pertama kali dengar album ni, ianya tak sehebat vengeance falls tapi menarik juga, kira gitar hero punya muzik juga lah ni, laju sangat muziknya, ada 10 lagu dalam ni, sayangnya lirik lagu tak disertakan, inlay memang tebal juga, penuh ngan lukisan2, yang paling menarik gambar awek tu, cam selena gomez plak jajaja..

Isnin, 8 September 2014

MAJALAH EMPAYAR

Bahan bacaan, majalah ni lama dah, aku pena memilikinya, ntah hilang kemana, sapa ambil pun aku tak tahu, majalah2 lain tak hilang, yang ni juga hilang adoiilah... hari tu kat toko fb ada jual majalah ni dengan harga rm10 tambah duit pos rm5, bila aku lihat aku terus pm nak kan majalah ni, sebab utamanya ada satu artikel dalam ni yang buat aku terus bermetal, bukan metallica, tu lihat ada tulis sana BLACKFIRE, haha dari majalah ni lah aku kenal sepenuhnya blackfire, sebab tu aku beli semula..
bagi sesiapa yang nak mengenal blackfire atau tak tahu sapa blackfire tu, artikel ni, cukup sempurna utk mengenal mereka, disertakan juga biografi mereka yang warna merah tu, ada ceta menarik bila mana masa konsert mereka ada segenlintir fanatik sujud kepada mereka, dan membuatkan azmi hampir tidak lagi melakukan konsert, boleh datangkan syirik katanya gitu.. memang terbaik ni majalah bagi aku.. salute!!, sayangnya tak lama majalah ni, lepas tu keluar majalah karisma, lagi satu aku nak cari majalah, yang ada tebiu ceta pasal rator, yang tu pun hilang juga dalam koleksi aku.. sialan.. itusajalah cetanya kbye..

Jumaat, 5 September 2014

CROMOK - IMAGE OF PURITY AND LIVE

Hari tu kawan aku update status kat fbnya, katanya dia nak tolak kaset2nya dgn harga rm20 siap pos, aku g komen minta list, dia inbox gambar2 kasetnya, aku terlihat kaset ni, dan berminat, haha walaupun aku dah ada kaset ni, kalau aku tgk2 kondisi kaset ni masih baru banding ngan kaset yang ada dalam koleksi.. sampai saja kat rumah aku cukup berpuas hati.. hail bertambah lagi koleksi kromok ku hahaha
lihat gambar ni, ianya cukup menggebirakan aku, kalau ada lagi yang aku jumpa dengan harga mampu milik aku akan rembat, buat koleksi peribadi.. hahaha.. ohya ada juga kaset2 cromok lain dalam list jualan tu, tengok lah cemana nak rembat ka tidak., sebab aku nak kejar satu band lagi ni.. dah jauh tertinggal adoiii.. oklah itu saja ceta utk kaset ni,.. 

Khamis, 4 September 2014

THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2

Kaset kompilasi yang membariskan 17 band bawahtanh dari pelusuk dunia, dengan pembawaan stail muzik yang berbeza, kaset kompilasi ni diriliskan oleh faithcraf production dengan kuatiti terhad saja,.. dapatkan lah sebelum stok habis haha... sebetulnya aku memang suka sangat dengar lagu2 dari kaset ni, lagu metal lah terutamanya, bagi aku rilisan begini memang sempoi, aku suka dan support, jarang2 mana2 distro kat mesia ni nak riliskan kompilasi dalam format kaset, utk distro ni aku total respek....

sebenarnya aku belum menghadam keseluruhan lagu dalam kaset ni, ada 2 3 kejutan bagi aku dalam kaset kompilasi ni, yang pertama au revoir dengan lagu menafi kematian, band sial buat pertama kali aku dengar lagunya cemana, walaupun sudah beberapa kali aku lihat flayer utk rilisan band ni, tak teringin pula aku nak sambar... lepas dengar lagu dalam kompilasi ni aku terus teringin nak beli rilisan band sial.. kembali kepada band au revoir tadi, rasanya lagu dalam kompilasi ni hanya khas buat kaset ni saja atau lagu lama yang aku belum miliki lagi, hmmm mengikut apa yang aku baca, lagu ni khas buat pengayuh basikal ke gitu..

yang ketiga adalah band neftaraka, sempoi, aku suka band ni, bila dorang masuk dalam kompilasi ni, sesuatu yang menggebirakan aku, hail neftaraka jajaja... band lain2 pun ada gak buat kejutan dengan sound yang begitu mengasikkan, kiranya kaset ni, hampir sama saja nikmatnya dengan kaset pertama...
ohya.. lupa pula aku ada 2 label yang terbabit dalam pscho #2 ni, setiap label membariskan 9 lagu, sayangnya label nusantarajim hanya menghidangkan 8 lagu, satu lagu hilang haha... dan lagi satu, untuk inlay kaset ni agak tebal kalau di lipat, boleh pecah kotak kaset dibuatnya, kalau nak banding ngan yang no 1 punya, lagi sempoi dari ni, tefikir pula aku nak beli satu lagi buat stok, sebab kaset ni klu keluar masuk dari kotaknya bleh rosak terus..

apapun last lah bagi pencinta kaset rasanya wajib support kompilasi ni, biar kita nampak lepas ni ada psycho no #3 #4 #5 dan seterusnya... total support....yey

Rabu, 3 September 2014

CENTRAL DISPOSAL

CD ni memang dah ada dlm list order aku, disebabkan banyak sangat pilihan sekarang ni, maka cd ni lambat sikit utk dimiliki. mulanya beli guna pos saja, last2 vokalis band ni nak bagi byhand saja, lokasi rumah aku ngan rumahnya pun tak lah jauh sangat, sempatlah melepak kejap ceta2 pasal scene ug mesia ni.. haha

bercerita trus sajalah pasal band ni, band ni main thrash metal, dari klang.. line up ada 4 orang gitu, campur satu katun tu. berlima kot..jajaja... cd ni berharga rm20 saja byhand, ada 10 lagu yang dihidangkan dalam ni, dengan durasi hampir 40minit lebih.. cukup utk thrash yang dahagakan thrash sebenar melompat kepuasan...
aku ni bukan lah penggemar irama thrash ni, ianya alah kadar saja, support band2 lokal, ohya tak sangka pula aku, sound utk album ni menarik, masa memula aku play susah juga aku nak kejar alunan rentak lagu2nya, bila dah beberapa kali play, baru lah aku dapat follow dan merasakan nikmat lagu2 yang dihidangkan dalam cd ni, thrash metal ya.. sesuatu yang baru bagi telinga aku, suara vokalisnya comel gitu, hahaha nak kata menjerit tak juga, memang thrash lah...

band ni dah 2 kali kot aku tgk perform, memang thrash, tak perna pula aku terfikir akan berbicara face to face ngan vokalisnya, walaupun aku ni jenis yang segan2 gitu ngan orang lama.. tapi sempoilah,,, memang frenly gitu... oklah nak taip2 banyak2 pun boring jugakan.. satu saja aku nak pesan kat sini, aku ni ada gak beli rilisan2 lokal.., banyak juga yang mengecewakan dari segi harga yang tak berpatutan tak setimpal dengan apa yang dihidangkan, utk cd ni aku berani rekomen 100% ianya amat memuaskan dalam semua aspek..

itu sajalah support thrash metal tempatan, support lokal scene.. jumpa kat kuala lumpur thrash 2014... \m/