Sabtu, 26 Disember 2020

NUNSLAUGHTER - HEX

 



Satu lagi kaset Nunslaughter yang ada dalam koleksi aku. album ketiga dari mereka rilis tahun 2007. mengadungi 17 buah lagu. untuk sound yang terhidang aku memang layan dengan alunan muzik death metal bawaan nunslaughter ni. untuk versi kaset ni diriliskan oleh label Diabolic force terhad 250 salinan. hellyeah 666

Jumaat, 25 Disember 2020

PAGANFIRE - WREAKING FEAR AND DEATH

 

Fuh.. tak menjadi harapan aku untuk posting satu entri satu hari... haha. itulah kalau sudah job makin banyak maka masa tu makin suntuk untuk berblog. hari ni aku nak bawakan pula cd terbaru yang aku sambar hari tu bersama2 cd pathogen. 

Paganfire band ni memang aku ada nampak rilisan mereka di jual oleh distro2 tempatan. tapi tak tergerak hati nak mendengarnya. selepas aku beli kaset kompilasi fulltime thrasher rilisan Old goat corpse.. aku dapat rasakan band ni wajib aku follow. sebab aku jatuh suka dengan alunan muzik mereka dalam lagu yang terhidang dalam kompilasi tu.

band ni berasal dari phillipines. memainkan irama thrash metal.. kalau di lihat discografi mereka memang gila banyak. dan ini adalah album sulung mereka. rilis pada tahun 2013. band ni masih lagi aktif ditubuhkan sekitar 2003.

melihat pada trek lagu yang tertulis dalam inlay album ni hanya 8 lagu saja. tapi ada penambahan lagu live mungkin untuk versi cd ni. sebab versi kaset adalah rilisan pertama band ni diriliskan oleh label malaysia afterlife. lagu pertama saja dimulakan dengan lagu berbahasa tagalog. bakal sa bakal laman sa laman. baca translite nya besi jadi besi sampai jadi darah daging. ntahlah betul ke translite tu. lagu pertama saja aku sudah mula teruja dengan kelajuan muzik thrash bawaan mereka bersama dengan jeritan sang vokalis yang agak mengujakan halwa telinga aku. lepas tu sampai trek terakhir aku ingatkan memang habis dan rupanya ada bonus trek. seperti yang aku nyatakan diatas. live 20minit lebih lamanya.. bagi aku memang jenis telinga suka rakaman live memang tak ada masalah. memang enjoy dengarnya. ohya aku nak cari versi kasetnya tu. sebab dulu aku memang perasaan ada distro jual.. harap dapatlah nanti memilikinya haha. layan.. hellyeah

Isnin, 21 Disember 2020

PATHOGEN - ASHES OF ETERNITY

 

Satu lagi kaset yang aku beli tanpa tahu asal usulnya haha.. selepas diselidik sedikit infonya. ini band asal philippines memainkan irama death metal.. band ni ditubuhkan pada 2001 sampai sekarang masih aktif. sudah mengeluarkan 5 album penuh. album ashes of eternity ni album ke empat mereka rilis pada tahun 2017 dan tak terkira rilisan split demo dan compilation. album ni diriliskan oleh label tempatan hellfire record untuk versi kaset. 

Memuatkan 10 lagu termasuk intro. muzik death metal bawan mereka memang ngam dengan selera halwa telinga aku. dimulakan dengan alunan pembukaan yang agak suram.. terus meledak dengan irama death metal yang padu.. lepas saja mendengar berulang album ni terus jatuh suka tanpa prejudis haha.. aku mula menyukai band2 dari sana. rasanya sudah 3 band dari philippines yang ada dalam koleksi aku. ketiga2 band aku suka. lepas ni kalau aku jumpa lagi album mereka memang aku akan sambar tanpa ragu-ragu.. hellyeahhhh

Ahad, 20 Disember 2020

the pilgrims - away from the numbers

 


baju the pilgrims.. lama juga baru siap baju ni pre order tu hari.. jarang2 aku beli baju warna selain hitam. sebabkan aku suka tengok kulit album ni. terus beli tanpa ragu-ragu....

Sabtu, 19 Disember 2020

METALUCIFER - HEAVY METAL BULLDOZER

 

okey setelah aku periksa koleksi metalucifer dalam simpanan. rasanya ini yang terakhir untuk setakat ini. 

kaset ni rilisan thrashingfist prod 2016 terhad kepada 100 salinan saja. tidak banyak yang nak diceritakan. jika sudah jatuh suka dengan metalucifer apa saja belum ada dalam simpanan memang mengidam terus nak memilikinya

Jumaat, 18 Disember 2020

DUSTHALL DESECRATORS LIVE PENANG 2015

 

IMPIETY / INFERNAL EXECRATOR

dua band jahat dan kufur bakugabung dalam kaset live ni... sound terhidang memang mentah dan terus diambil dari rakaman langsung mereka masa gig di penang.

tak banyak nak diceritakan.. bagi penggemar impiety wajib simpanlah kaset ni buat koleksi gitu...inlay pun cantik tulisan ink emas gitu.. sekali snap jadi gelap haha....

Rabu, 16 Disember 2020

NOCTURNAL VOMIT - CURSED BELICS

 Satu lagi kaset yang dibeli secara rawak. selepas mendengar kaset ni beberapa kali makin suka dengan muzik yang mereka hidangkan...

band ni berasal dari Greece, ditubuhkan pada tahun 1999. Memainkan irama death metal. cursed belics ni adalah satu2nya album penuh mereka. rilis pada tahun 2012.. untuk versi kaset ni label tempatan afterlife production yang meriliskannya.

mengandungi 8 trek lagu termasuk intro dan outro. masa pendengaran pertama aku sekali dengar gitu memang tak mengujakan. mungkin masa tu banyak pilihan kaset2 lain yang baru diterima jadinya aku dengar gitu2 je lah. tapi bila aku play semula tanpa terburu2 aku dapat rasakan muzik bawaan band ni memang padu dan ngam dengan halwa telinga aku. menghiburkan.. aku suka. untuk kaset ni rilis terhad saja 300 salinan. kaset aku punya bernombor 178/300 tulisan tangan.

Selasa, 15 Disember 2020

koleksi lagu-lagu terbaik AWIE

 

Awieeee... seingat aku beli kaset ni masa aku beli kaset band torturer. alang2 gitu jual pun murah aku sauk sekali jalan.. yang mengujakan lagi kaset ni ada stiker RIM tu. aku memang teruja bila nampak stiker tu dekat kaset2 haha..

menghimpunkan 14 lagu terbaik awie. memang terbaik. siapalah tak kenal awie. golden era nya masa aku sekolah rendah lagi tiap kali naik bas pasti saja kedengaran lagu2nya belum lagi campur era dengan wings. pastu meletup dengan filemnya sembilu. sampaikan dekat kampung aku tu muncul jelmaan awie copy ori. gaya apa semua awie sampaikan orang panggil awie. asal nyanyi mesti lagu awie.. tu lah penangan awie.. bagi aku mendengar lagu2 awie ni membawa aku terbang ke masa silam zaman kanak2 dulu. nostalgia betul...

Isnin, 14 Disember 2020

MANTAK - EYE OF DEVIANT

 

Ini adalah album pertam mantak rilis tahun 2002 oleh label nebiula production. bagi yang tak mengenali mantak. ini band asal sabah memainkan irama thrash/black metal. berlirikan kata2 kufur dan sex alcohol cacian tanpa belas..

album ni mengandungi 8 buah lagu. masih kuat kedengaran irama eastern metal dalam muzik mantak untuk album ni. selepas dari itu album2 seterusnya dan rilis baru2 ni. aku ada tampal boleh lihat. lagu2 mereka memang total laju dan jahat serta kufur.

walaupun band ni penuh dengan kontroversi namun disebabkan muzik yang mereka hidangkan amatlah menghiburkan peduli apa dengan masalah melanda ahli bandnya. belakang cerita gitu. album ni pun boleh dapatkan dalam format cd rasanya rilis beberapa tahun lepas. jika aku ditanya apa 10 band terbaik di malaysia. aku akan jawab Mantak salah satunya. hail mantak. amput rogol dan sodomi 55555

Ahad, 13 Disember 2020

Oi! THIS IS DYNAMITE !!!

 

huh! tak boleh buat entri sehari satu. haha terlepas aku sehari lepas. aduii tak apalah buat je apa yang sempat gitu!

SKIN & PUNK COMPILATION

Nak cerita pula berkaitan kaset 4way split membabitkan 4 band punk dan Skinhead. kaset ni aku beli sebab ada promosi tu hari. nampak menarik dihati ku. dan muzik2 punk skinhead ni pun halwa telinga aku boleh hadam jadi kaset ni memang aku layan muziknya.

 4 band dalam split ni. antaranya band FUNERAL DRESS memainkan irama punk berasal dari belgium sekitar tahun 1985 mereka sudah mula mengganas di pentas2 gig. Band MOPED LADS pula punk dari switzerland 1993.. dan band ketiga THE TEMPLARS memainkan irama Oi!! berasal dari USA ditubuhkan sekitar tahun 1992. band terakhir ZAKARRAK memainkan irama Oi! berasal dari spain.

kaset ni memuatkan 31 buah lagu untuk 4 band ni. boleh tengok inlay kat atas tu. ibarat 4 album di sumbatkan dalam kaset ni. apa yang menariknya sound terhidang amatlah memuaskan walaupun lagu2nya di ambil dari rilisan2 lama band ni yang boleh dikatakan sound bawahtanah gitu. aku terhibur.. dan membaca sedikit sejarah band ni yang disertakan dalam inlay amatlah memuaskan..

Jumaat, 11 Disember 2020

THE BOLLOCKS / OPPOSITION PARTY

 

split kaset antara the bollocks dengan opposition party. memuatkan 4 buah lagu. dua lagu untuk satu band. lagu2 menghiburkan. 

kaset ni rilisan label GLORD RECORDS tahun rilis tak disertakan. cuma dalam inlay 4 lagu dalam ni dirakamkan sekitar tahun 2014. mengikut info yang aku baca split ni dua kali dirilis 1st 2014 dan 2nd 2015. ikut jangkaan aku rasanya kaset aku miliki ini rilisan 2015. 


Khamis, 10 Disember 2020

SCORPIONS - ANIMAL MAGNETISM

 

Band yang tak payah di perkenalkan lagi.. ada beberapa keping kaset scorpions ni masuk dalam koleksi aku. nanti aku tampal kemudian terlalu padat rasanya koleksi masuk yang aku tak tampal dalam ni. ngamlah sekarang ni aku ada banyak masa terluang. aku akan cuba tampal seberapa banyak haha. untuk bulan ni memang aku target sehari satu entri. 

album ni rilis tahun 1980 walaupun lagu2 kesukaan aku tak ada dalam album ni. aku puashati dan terhibur. pertama sekali aku suka lihat kulit albumnya kedua ianya versi kaset. aku sudah lupa berapa harga kaset ni rasanya bawah rm50 gitu. tak ada lirik disertakan. apa yang lagi bagus. kualiti kaset ni memang terbaik. sound pun padu. memang kaset ori lah gitu. 

k itu je hahaha

Rabu, 9 Disember 2020

ORANG-ORANG BIASA Andrea Hirata

baca punya baca tak sangka tak sampai berapa hari saja aku habiskan buku ni.. kisahnya dalam buku ni betul2 macam tengok movie label kena fikiran tu. bermula dengan agak perlahan dan di pertengahan cerita makin mengujakan dan pengakhiran sampai kehelain terakhir makan masa dua tiga hari bermain dalam fikiran kenapa jadi begitu begini menjadi pertanyaan. hinggakan aku buat keputusan yang perancang segalanya seorang yang genius dan berhati murni dari kecil hinggalah ke besar. masakan dia boleh merancang sesuatu yang tak akan boleh dilakukan oleh orang orang biasa. jika ada peluang korang baca lah buku ni. ...

Selasa, 8 Disember 2020

UNLIGHT DAWN - MAYHEM TERROR

 

kebencian kepada semua agama.. kata kata kufur.. gitulah jahatnya band ni. jika band2 paling jahat lirikal muziknya di bumi malaysia ni. band2 dari borneo sabah sana lah yang jadi sang juaranya. 

kaset ni dulu aku perna miliki. masa memula rilis dulu aku beli sekali dengan bajunya. rasanya sekali saja aku pakai baju tu ke gig. pastu aku simpan. sampailah aku buat pengosongan almari dan baju tu aku bagi pada kawan aku. ayat kat belakang baju tu memang jahat dan kufur HATE TO ALL RELEGION. hahaha sebab utamanya aku pakai baju tu vokalis band ni ada turun gig di kuala lumpur masa tu. 

band ni berasal dari kota kinabalu sabah malaysia. memainkan irama black metal berlirikkan perihal keganasan dan kata kata kufur. ditubuhkan pada 2009 dan Ep ni adalah satu2 keluaran dari mereka. sebelun rilis kaset ni pada 2013. ep ni dirilisakan pada 2009 versi Cd. 

memuatkan 9 lagu yang sangat laju dan kejam penuh dengan jeritan makian. jangan berani2 dengarlah album ni jika tak minat muzik black metal yang jahat. bagi halwa telinga aku memang layan lagu2nya. dapat dirasai kebencian mereka sampaikan. salah satu line up band ni adalah anggota band hellstorm sabah. diriliskan oleh label dari sabah juga hellfire record. dari dia juga ni aku dapatkan kaset ni dulu. nasib juga dia ada simpan lagi haha. terhad kepada 200 salinan. dan kaset kali ni aku bernombor 157 tulisan tangan. 

nota.. rasanya aku ada tampal kaset ni dalam blog ni ntahlah malas dan aku nak skrol tahun 2013 lagi tu haha...

Isnin, 7 Disember 2020

METALUCIFER - HEAVY METAL DRILL cassette version


Metalucifer lagi.. ya istimewa juga kaset ni. album ni rilis tahun 1996 buat pertama kalinya. album pertama metalucifer.. 


pada tahun 2015 label dari malaysia. Thrashingfist meriliskan versi kaset ni terhad 200 salinan saja. dapat versi ni pun puashati juga.. susunan lagu2nya memang menghiburkan... 

Ahad, 6 Disember 2020

ZIDIZ - SATAN ESTE CON VOSOTROS (LIVE IN CAYAMBE 08/14/2010)

Haloha.. 

Sedikit info.. Zidiz band ni berasal dari ecuador. memainkan irama speed metal berlirikkan perihal syaitan kejahatan dan kata kata kufur.. ditubuhkan pada 2008 hingga kini status masih aktif lagi. 

macam mana aku boleh miliki kaset ni. hari tu aku ada nampak jualan lot kaset. jadi aku berkenan dengan 2 kaset band tempatan yang dulu perna aku miliki. jadi nak dapatkan balik senang cerita aku angkat sekali jalan lah kaset ni. nanti aku tampal kaset2 tu nanti kemudian.

untuk kaset ni baca tajuk sudah pun tahulah ini bukanlah album studio dari mereka. seperti tertera ini adalah rakaman langsung dari persembahan mereka. memuatkan 10 buah lagu sound mentah tampa edit. kedengaran suara2 peminat bercakap sekali.. bagi halwa telinga aku. tiada masalah aku menghadam album live ni. sudah biasa dulu2 all out di gig sekitar kuala lumpur.

walaupun soundnya agak mentah dan kotor masih kedengaran bagus. jahat dan kufur.. Satan speed metal taitas...

Sabtu, 5 Disember 2020

METALUCIFER - HEAVY METAL MALAYSIAN CHAINSAW


Untuk 3 bulan berturut2 ada saja entri berkaitan metalucifer hahaha. sudah menjadi ketagihan baru untuk aku memburu seberapa banyak rilisan mereka. dan akan bersambung di entri mendatang.


ini adalah albun istimewa buat penggemar mereka di bumi malaysia ni. sebab gezolucifer sendiri yang meminta letak tajuk album ni sebegitu. album ni diriliskan oleh label tempatan yang tak perlu diperkenalkan lagi kegilaan pemiliknya bila dia buat promosi gila2 untuk cd2 yang di jual. hail 666 untuk label thrashingfist production malaysia.


album ni disertakan sekeping patches untuk 100 pembeli terawal. aku bukan dalam 100 tu jadi aku berhuhu lah tak dapat patches tu haha. memuatkan 8 buah lagu dalam album istimewa ni. lagu2nya memang sama je dengan rilisan yang aku beli sebelum ni cuma yang ni istimewa sikit lah untuk maniac mereka di bumi malaysia ni. layan heavy metal chainsaw siakkk.. terhad 500 salinan ok.

metalucifer 2001 / thrashingfist prods 2018

Jumaat, 4 Disember 2020

DARKTHRONE - TRANSILVANIAN HUNGER

 

Dulu aku sudah perna memiliki hampir lengkap album2 darkthrone ni. disebabkan kekangan kewangan masa tu aku terpaksa melepaskannya. sekarang aku plan kumpul balik semua album2 darkthrone versi kaset ni. tapi dalam radar aku hanya perlu cari 4 kaset saja. 2 sudah jumpa lagi 2 bakal menyusul nanti.

darkthrone tidak payah lah di perkenalkan pada metalhead semua pun sudah tahu siapa mereka ni haha. kalau tak tahu tu memang bukan metalhead lah. transilvanian hunger ni adalah album ke 4 dari mereka. muzik memang total black metal pekat gitu.bagi halwa telinga aku memang aku senang hadam black metal bawaan darkthrone ni. sebab tu aku menyukai gila2 band neftaraka.. 4 album awal darkthrone perna diriliskan oleh label gergasi metal tempatan VSP. memang mengujakan kalau dapat kumpul semuanya. harap2 aku akan ketemu lagi dua kaset yang perna aku jual dulu. walaupun harga sekeping kaset ni agak yahudi sikit. memang patut pun letak harga gitu cuma aku dulu gila jual 11 keping kaset tak sampai rm200. kalau fikir2 balik memang nyesal. tapi apa boleh buat. tengah perlu duit itu jelah harapan terakhir. haha

norsk arisk black metal 666

Khamis, 3 Disember 2020

NUNSLAUGHTER - HELL UNHOLY FIRE

Devil Metal memang jahat band ni.. cukup2 menghiburkan muzik bawaan mereka untuk halwa telinga aku. Hell unholy fire ni adalah album pertama mereka rilis pada tahun 2000. band ni ditubuhkan sekitar tahun 1987 lagi perna mengeluarkan demo split dan pada tahun album ni rilis barulah mereka meriliskan album pertama mereka. lihat saja pada kulit albumnya. penampakan disitu aura kejahatan jajaja..

album ni mengandungi 19 buah lagu. nampak gila situ untuk band yang memainkan irama death metal jahat.. untuk info lagu2nya berdurasi tak sampai 3 minit. sebab tu album ni memuatkan 19 buah lagu. dan lirik juga simple saja terus terang tanpa berselindung gitu.. 

lirik pun disertakan tanpa raguragu memang bagus band2 begini. aku suka. sambil mendengar dapatlah mengetahui dengan jelas mesej yang mereka nak sampaikan. 

sedikit info tambahan. band ni perna mengganas di bumi malaysia suatu masa lalu. dibumi sabah dan johor. aaaarghh harap suatu hari nanti mereka datang kembali kesini.. 666 gitu untuk album ni...

Rabu, 2 Disember 2020

official neftaraka tshirt 2020

 

depan

belakang

baju baru rilis dua hari lepas order kat shopee pantas sampai haha.. baju neftaraka ni antara yang aku tak boleh skip nak beli. 


Selasa, 1 Disember 2020

HEAVY METAL HISTORY IRON MAIDEN

 

haloha... Sudah masuk bulan terakhir untuk tahun ni.. fuh rasa macam terkurung kehidupan semenjak wabak covid19 ni melanda dunia.. aktiviti luar dengan anak2 memang jarang2 sudah berlaku. apapun syukur malaysia masih aman.. 

Ini adalah buku yang aku beli itu hari. selepas joad info ada promosi kat lawan bigbadwolf. suruh kawan aku kat tempat kerja tu belikan sebab aku mana ada acc bersambung untuk belian online ni haha.

berat juga buku ni.. simpan buat koleksi je cantik. memang ngam untuk bacaan sesiapa yang tak kenal iron maiden.. 

tak banyak nak diceritakan.. aku terfikir bulan ni aku tak nak ponteng untuk posting setiap hari satu entri. hehe.. tengoklah cemana sebab kerja ni kadang2 tak menentu baliknya. 

hidup harus diteruskan.. hala terus tanpa ragu ragu.. 🤘

Isnin, 30 November 2020

NOISY CRUSH

 

haloha..

jika kau tanya aku pasal grunge. aku akan jawap nirvana. untuk local band pula sudah semestinya butterfinger. Untuk info band ni adalah aku buat homework sikit. dorang ni asal dari tawau sabah malaysia. Memainkan irama grunge. senang cerita alternative rock gitu.. 

pada mulanya aku pun tak kenal dan tak tahu pun band ni main grunge. sekadar berminat dengan kaset gitu lagi2 bila kenalan2 punk aku dalam sosmed tu share kaset ni. maka aku bertanya lah apa band dan sebagainya.makanya dapatlah info sikit

untuk kaset ni. memuatkan 8 lagu. aku tak pasti ni album penuh atau kompilasi dari mereka. tak banyak info mereka selit dalam inlay. dan mereka ada mention laman media sosial mereka dalam inlay. mungkin nak kita cikidot. tak sama macam punk metalhead kalau boleh semua di mention dalam inlay haha.. 

untuk lagu2nya memang ada bau2 nirvana gitu terutama penyampaian vokal. kalau perna dengar lagu nirvana gitu lah feelnya. aku ada juga simpan dalam koleksi aku album nirvana nevermind tu. ada dua lagu bahasa melayu dan selebihnya bahasa english. layan juga lagu2nya tak kunafikan. 

kalau dilihat discografi band ni bermula dari 2010.. dari demo single kompilasi. dan rasanya lagu2 dalam ni diambil dari discografi mereka tu. susahkan kalau tak ada mention dalam inlay haha. apapun kalau nak layan pemuzik baru grunge tempatan boleh cuba juga band ni. 

ohya teringat juga aku ada aku perna beli zine grunge.. meriah juga scene mereka ni. cuma tak semeriah metal dan punk... 

ntah kemana sudah kawan aku dulu grunge sampai mati seluar jeans pun tak basuh hahaha.. 

Selasa, 24 November 2020

ANTACID - STEEL THRASHING MASSACRE

 

Dengar saja nama antacid sudah semetisnya kajang thrash metal hunterrr bermain difikiran.. seingat aku pada tahun 2017 mereka perna mengeluarkan Ep force of thunder. memang menghiburkan ep tu rasanya aku sudah tampal dalam blog.. ini adalah cd kompilasi keluaran terbaru oleh thrashingfist production 2020. mengandungi 13 trek lagu. yang dia ambil dari kompilasi,demo 2006,demo 2004 dan split 2009. lagu yang dipilih sendiri oleh cs wild pemilik label thrashingfist. 

kualiti sound sedap dengar sebab ianya di ambil dari sumber perbagai..maka soundnya agak tenggelam sikit namun masih boleh dilayan. 

band awal arwah sen. sebelum arwah menubuhkan labotomy..