Isnin, 30 November 2020

NOISY CRUSH

 

haloha..

jika kau tanya aku pasal grunge. aku akan jawap nirvana. untuk local band pula sudah semestinya butterfinger. Untuk info band ni adalah aku buat homework sikit. dorang ni asal dari tawau sabah malaysia. Memainkan irama grunge. senang cerita alternative rock gitu.. 

pada mulanya aku pun tak kenal dan tak tahu pun band ni main grunge. sekadar berminat dengan kaset gitu lagi2 bila kenalan2 punk aku dalam sosmed tu share kaset ni. maka aku bertanya lah apa band dan sebagainya.makanya dapatlah info sikit

untuk kaset ni. memuatkan 8 lagu. aku tak pasti ni album penuh atau kompilasi dari mereka. tak banyak info mereka selit dalam inlay. dan mereka ada mention laman media sosial mereka dalam inlay. mungkin nak kita cikidot. tak sama macam punk metalhead kalau boleh semua di mention dalam inlay haha.. 

untuk lagu2nya memang ada bau2 nirvana gitu terutama penyampaian vokal. kalau perna dengar lagu nirvana gitu lah feelnya. aku ada juga simpan dalam koleksi aku album nirvana nevermind tu. ada dua lagu bahasa melayu dan selebihnya bahasa english. layan juga lagu2nya tak kunafikan. 

kalau dilihat discografi band ni bermula dari 2010.. dari demo single kompilasi. dan rasanya lagu2 dalam ni diambil dari discografi mereka tu. susahkan kalau tak ada mention dalam inlay haha. apapun kalau nak layan pemuzik baru grunge tempatan boleh cuba juga band ni. 

ohya teringat juga aku ada aku perna beli zine grunge.. meriah juga scene mereka ni. cuma tak semeriah metal dan punk... 

ntah kemana sudah kawan aku dulu grunge sampai mati seluar jeans pun tak basuh hahaha.. 

1 ulasan:

  1. Tak tahu band ni. Tak berapa minat grunge ni. Tapi ada jugak la dalam koleksi beberapa keping kaset dan cd band2 ternama dalam genre ni

    BalasPadam