Sabtu, 14 November 2020

DEN - BISA

 

seterus.... den bisa

Ini adalah album ketiga dari den. selepas 2 album dibawah naungan universal muzik. akhirnya den menubuhkan syarikat rakamannya sendiri Skyline Enterprise dan menguruskan sendiri lagu2nya yang bakal dia riliskan akan datang. dari album ni juga den. mendapat gelaran nama den bisa dan mengunakannya di album2 seterusnya.. sampailah sekarang den dikenali sebagai DEN BISA.  tidak diketahui oleh aku bila tahun kaset ni rilis sebab tak ada tertulis kat inlay lupa letak kah apa haha. 

album ni cukup istimewa buat den bisa. inilah album yang mengangkat namanya hingga dikenali dipelusuk kampung2 tempat aku. dengan beraninya dia memasukkan lagu2 bahasa suku dlm album ni. album ni memuatkan 12 buat lagu. 2 lagu bajau 2 lagu bajau kb 1 lagu tagalog dan selebihnya lagu bahasa melayu. kat inlay tu mention lagu bajau ubian. lepas dengar baru tau itu lagu bajau kb sebab aku ada kawan bajau kb dia selalu nyanyi lagu ni. 

KENANG KEMBALI... kalau tak salah ingatan aku. sekitar aku tingkatan 2 atau 3 dalam tahun 2001 2002 gitu. ada seorang abang dari KK datang rumah mak dia kat kampung aku tu. masa tu dia main gitat kapok memang wow gitu dia bawa lagu den bisa ni. ingatkan dia yang cipta. tak lama gitu meletuplah lagu2 den bisa di hifi seluruh rumah di kampung aku tu. memang lagu wajiblah lagu2 den bisa ni masa tu jika main gitar time melepak. karoke jangan cakaplah kenduri kawin apa semua tu. macam tsunami melanda kampung aku gelombang den bisa. hingga kini masih layan lagu2nya. banyak lagi album den bisa ni. nanti aku tampal lain entri. huhuhu

1 ulasan:

  1. Tak pernah tau tentang Den Bisa ni kalau ko tak cerita... 👍👍👍

    BalasPadam