Sabtu, 7 November 2020

HUMILIATION - FACE THE DISASTER tape version

 


Yang di hajati akhirnya muncul jua.. akhirnya ep humiliation ni diriliskan dalam bentuk kaset buat pertama kalinya.. sebelum ni mereka meriliskan dalam format cd dan 7inci. bagi pencandu sound dari kaset macam aku. rilisan ni memang mengembirakan hati. 

melihat pada inlay tiada penambahan apa2 termasuk lagu bonus apa semua tu. masih mengekalkan seperti rilisan sebelum ni. lirik pun ada. untuk kaset ni mamat records yang bertanggungjawap meriliskannya untuk tahun 2020. dan keluaran pertama pada tahun 2009 oleh nebiula. dan ep ni lah juga pemula untuk legasi humiliation.

ada sinar semua album humiliation akan dikasetkan tak lama lagi. dengan sambutan dari kaset maniac mesti label teringin meriliskan album2 lain humiliation. bagi aku satu saja aku hajati lagi. harapnya dapatlah humiliation meriliskan lagu2 dalam split 7inci tu kedalam cd kompilasi tak pun kaset.. kesian angkatan battalion humiliation ni tak merasa dengar lagu2 tu sebab macam aku mana ada player piring hitam. apapun kita tunggu dan lihat.

2 ulasan:

  1. Sila beli player piring hitam... Haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku nak fokus pada kaset lah. rezeki belum mengizinkan beli player Lp

      Padam