cerita mancing lagi.. kali ni aku trun rasai sendiri penangan kolam mancing. selepas kawan2 meracun aku bertali arus.. akhir nya aku tewas juga..
ramai juga pemancing dekat sini. ada 4 kolam. kolam yang aku turun ni kira mampu milik lagi. ada kolam dengar tadi rm700 dekat situ ikannya saiz gergasi. kolam aku mancing ni ikan saiz2 campurlah ikut rezeki gitu apa yang naik..
umpan aku pula aku beli belanak dengan udang hidup. guna plastik je. nasih kawan aku bawa mesin oxsigen hidup lah udang2 ni.
aku masuk jam 4 petang habis masa jam 7petang. guna punch card gitu kat kuanter sana. masa masuk bayar rm100 deposit rm30 masa balik baru kuanter bagi balik duit tu. kalau terlebih masa dia akan potong. haha
ok.. tak sempat snap apa2 sebelum balik. hasil hari ni memang tak ada rezeki lah. kena redho adat mancing gitu. lepas jam 7petang nak balik. kawan yang lain pula datang. terpaksa lajak masa sejam lagi. tambah sejam pun tiada hasil juga. aku pun ada hal nak setel terus ajak kawan aku balik. masa serahkan kad tadi ingat rm30 hangus. rupanya dia potong saja rm20. rm10 dia bagi. bererti rm90 lah untuk 4jam.
memang berbeza bila orang biasa mancing kolam ngan pertama kali mancing kolam gini. apa tidaknya tak lama balik kawan tadi sudah share gambar ikan kat grup whatsahp hahaha..
tengah fikir ni nak hala kesana atau hala pantai saja haha. maca kawan2 aku tu tak ada hobi lain hanya mancing ni saja jadi mereka tak terkesan langsung pun kalau tiap2 minggu turun. macam aku ada hobi lain yang perlukan bajet bulanan memang payah lah aku nak layan kegilaan kawan2 mancing mania mantap tu hahaha.. lucu juga mereka semua hari2 asyik fikir pasal mancing.. ok lah nanti aku hala mana2 mancing ada masa aku share lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan