Ahad, 22 November 2020

KILATUS - SILENCE IN THE NIGHT WINDS (promo 1998)

 

Sebelum tu cerita dulu kisah aku dan kilatus ni. sekitar tingkatan 2 gitu. aku ada kawan sekelas abang dia memang black metal. dia banyak cerita kat aku pasal aktiviti abangnya dan black metal ni. memang mengujakan ada juga kami dia bawah ke rumahnya sayangnya mak dia tak bagi kami masuk dalam haha.. antara yang dia cerita band kilatus ni lah. jika sesiapa perna dengar gerakan black metal di sandakan kilatus ni lah antara band yang akan disebut2. walaupun masa tu pengetahuan aku pasal black metal sekadar dengar cerita saja. sampailah tahun berikutnya ada seorang goatfather of black metal kat kampung aku. walaupun dia ni macam kena pulau tapi aku suka tengok cara pakaiannya yang serba hitam dengan baju venom tiap kali dia muncul di kampung tu. aku jatuh suka dengan ayat welcome to hell tu. siap cari kamus tu traslate haha. kat buku meja jangan cerita lah logo mayhem tu aku boleh tulis sebijik haha. pastu nampaklah kegilaan aku pasal black metal ni apa yang aku tahu kat sekolah tu aku bawa ke kampung tempat kami lepak tu habis lah contengan berkaitan black metal. pastu ada kawan aku ni yang selalu ke bandar dari situlah mula dengar lagu2 black metal baca zine tengok dvd konsert makin berkembang. dan aku perna sekali join ngan budak2 black metal generasi baru selepas era barbalans dan kilatus ni.

kaset promo ni rilisan semula oleh label derangement projek 2018. rakaman asal pada tahun 1998. terhad kepada 150 salinan saja. ada 7 trek lagu dalam kaset keluaran baru ni ditambah dua rakaman live pada tahun 2001. walaupun sound kedengaran agak raw tapi masih boleh di terima oleh halwa telinga. sedap dengar. nak dengar kejahatan band2 black metal awal sabah kena dengarlah rilisan2 lama dorang ni. bagus juga label2 baru sekarang ni meriliskan semula benda2 lama ni. generasi baru yang macam aku ni dapatlah memiliki secebis sejarah muzik gelap tanah kelahiran ku. hail 666 

1 ulasan:

  1. Tak pernah dengar aku band ni... Tapi memang walau di ceruk mana pun kita... Kalau dah minat memang akan terus minat... Tapi memang kalah lah dari segi info2 dan material nya kalau nak banding geng2 yg duduk bandar..

    BalasPadam