Isnin, 16 November 2020

Penaney pek buleh tumpang, Benudoh pek buleh hi ajar

 


Penulis Rammy Azmi

Habis dibaca dengan jayanya. tebal juga buku ni ingatkan makan masa aku nak habiskan. koleksi buku2 yang terdahulu memang aku habis baca semuanya jadi aku mencari buku2 baru untuk dibaca dan buku ni antara ada dalam list aku. 

ohya banyak masa aku sekarang ni. job makin kurang kekadang jalan kekadang tu tak. dari aku tunggu kat yard baik aku balik sama juga bohongnya. itu pasal blog aku ni semakin rancak. banyak masa aku kat rumah sekarang ni. mungkin ini lah kata orang bersyukur dengan apa adanya.. tak payah merungut bila job tak ada. bila job banyak sampai tak balik rumah merungut juga. haha. aku memang jenis ikut arus kehidupan andai gitu kerjanya aku buat dengan senyuman dan bersyukur.

buku ni menceritakan pengalaman 27 bulan di kampung orang asli. oleh penulis buku ni. mulanya aku baca kami tu merujuk pada ramai orang.aku lupa masa memula halaman pertama memang penulis sudah terangkan. lepas aku cuba untuk memahami kami tu kata ganti penulis seorang.

wow itulah ayat pertama aku lepas mula menusuri kisah dalam buku ni. aku makin teringin nak tahu apa yang bakal buku ni hidangkan hingga kehelaian terakhir. 

gombak aku macam perna lalu tempat ni. tapi aku cuba ingat2.. lepas terbaca karak genting sempah maka senanglah aku untuk memahami keadaan tempatnya macam mana. aku lalu tol gombak nak ke pahang dan terengganu hahaa. aduh itulah walaupun jarang2 lalu tempat ni. tapi aku ada pengalaman hidup mati disini. semasa aku hantar kontena ke jerantut sana. bayangkan 4 pagi aku sampai kat puncak genting sempah tu. lori hilang brek dari atas sampai ke tokong cina sana. apa yang aku ingat tidak terselamat lah aku kali ni. hanya kematian di hujung sana. aku mohon keampunan atas dosa2 silam dan mohon jagalah anak2 ku dengan baik. sebelum impak kuat melanggar penghalang jalan. semasa impak tu keadaan seperti filem matrix kaca2 berterbangan lalu terhenti. fuhhh gara2 buku ni aku boleh ingat dengan jelas peristiwa tu. syukurlah aku masih hidup dan diberi peluang melihat anak2 kecil ku membesar.. dan dapat membaca buku ni.

Ada 30 bab dalam buku ni. macam2 pengalaman penulis kongsikan. dari kegilaan kesakitan muzik memang sarat dengan info. selepas membaca buku ni aku baru tahu sedalamnya bahawa begitu kehidupan orang asli di malaysia ni. sebelum ni fikiran aku anggap orang asli ni sudah maju.. aku selalu juga beli umpan punpun untuk mancing ada satu perkampungan orang asli kat pulau indah sana. aku tak pasti suku apa. bayangkan pulau indah tu ada pelabuhan sana kira tempat tu lubuk rezeki di selangor ni. tapi mereka orang asli tak ambil peluang tu untuk memajukan diri. mereka selesa dengan hidup serba kekurangan gitu. 

Ada juga kes melucukan seperti pengalaman penulis buku ni hampir sama kisahnya disabah sana. seperti tempat aku sandakan kami tak panggil orang asli. panggil orang sungai. orang sungai ni kalau ke bandar apa saja polis memang tak tahan zaman tu mereka memang tak ada dokumen. tengok pada rupa mereka memang berbeza ngan orang asli sini.. ada satu kes tu masa sekatan jalan raya. orang timur dari indonesia ni mengaku dia orang sungai. sedangkan orang timur dan orang sungai jauh benar bezanya haha. dia nak tipu polis. tapi sayang dia kena angkut. tu kira cerita popular juga kalau di taip memang tak lucu tapi kalau cerita depan2 ianya kelakar haha. itulah hebatnya orang asli ni ya. patut pun mereka tak nak berubah sebab mereka sungguh spesial.

selepas membaca buku ni banyak benda yang aku tahu pasal orang asli. dan baru aku tahu layanan kerajaan atas mereka ya. tapi heran juga orang2 luar pendatang yang buat rumah kat tanah adat mereka tu tak kena tangkap ke. atau orang asli tak mengamuk. itu je soalan aku. 

3 ulasan:

  1. Nice!...
    Aku baru nak start baca... nasib ko tak spoiler...haha..

    BalasPadam
  2. "sedangkan orang timur dan orang sungai jauh benar bezanya haha"

    sebagai seorang sabahan, ok ini lucu...

    BalasPadam
  3. Tak sangka bro pernah lalui detik hitam di situ. Syukurlah masih diberi kesempatan untuk berada di dunia dalam ketaqwaan. TQ krn ulasan ini.

    BalasPadam