Suffercation day of darkness cassette vsp 1992
Arghhhh.... Aku tak boleh lelap tidur selepas melihat iklan kaset ini beredar kat wall facebook aku. sebenarnya aku nak beli sekali dengan kaset Braindead from the excstacy tapi sayangnya kaset tu sold out. jadi aku terpaksa beli satu ini sajalah. tak payahlah aku nak ceritakan album ini lebih detail bagi sesiapa penggemar muzik metal kat tanah malaysia ini pasti tahu akan sejarah album klasik metal tempatan ini. aku begitu teruja dapat memiliki album asal ini. dengan kondisi masih lagi seperti baru. sound juga padu.. aku ada juga beli rilisan semula cd ini beberapa tahun lepas. memang kualit sound tetap berbeza. aaarghhh memang aku gembira memilikinya.. walaupun harga untuk sekeping kaset ini agaklah keras namun jika difikirkan semula benda ini bukan rilis semalam. ianya sudah menjadi benda artifak muzik berat negara. tak apa bayar lebih. lagi2 macam aku ini pencandu muzik berat tanahair maka wajiblah aku menyimpan album2 klasik tanahair ini. masih banyak lagi album2 klasik yang aku ingin miliki cuma waktu dan bajet saja tak mengizinkan.. pelan kayuh saja. okey kita layan gambar2 kaset ini. aaarghhh!!!!!!
Siapa sangka benda2 macam ni jadi mahal sekarang... Tapi untuk aku kalau aku ada pun memang bukan untuk di jual la...
BalasPadamrespek bert ngam kamu. aku kadang terpaksa gali lobang tutup lubang. kecuali koleksi yang memang aku betul2 sayang aku tak kan jual haha.
Padam