Ahad, 8 November 2020

DEFENESTRATE THE BELLWETHER Demo 2020

 

Wow.. selepas aku melihat iklan kaset ini lalu dekat wall fb aku tampa fikir panjang aku terus nak memilikinya. untuk info band ini diasaskan di negeri perlis dan memainkan irama grindcore. untuk demo 2020 ini 13 lagu dalamnya.. kalau perna layan muzik grindcore akan tahu lah lagu2nya berdurasi pendek saja. tiap lagu dalam ni diselitkan suara2 latar dipermulaan lagu. yang menariknya aku suka dengan sound yang terhidang dalam demo ini walaupun bunyi agak mentah tapi masih dapat didengar dengan jelas dan tak menyakitkan telinga.. 

kasetnya ada dalam walkman aku tengah dengar HAHA... apa yang bestnya dengar walkman ni sound tu dapat didengar dengan jelas tampa gangguan anasir2 bunyi2an luar. terus dapat menikmati setiap bunyi yang keluar dari alunan band ini. memang mentah dan menghiburkan.. baca saja gambar tu untuk info penuh. di ingatkan kaset ini terhad 50 salinan saja. jadi pantaslah bertindak untuk mendapatkannya. copy no aku 2/50 .....

2 ulasan: