hahaha maut punya tajuk entri ni ''kenapa tak percaya'' wahahaha...
aku mengenal cromok bermula selepas aku dah ketandusan kaset2 best untuk dimiliki,era kaset search pula sudah tak ada lagi yang aku nak beli masa tu kat pasaran..
maka bermulalah episod aku mengenal cromok,bermula masa aku tengah sok layan rock selamba,balik dari kerja dalam bas kilang,masa tu lagu i dont belong here berkumandang,driver pun layan siap dia bagi kuat lagi soundnya,aku yang tengah feel layan lagu tu,terus menanti hingga habis lagu tu,dan menanti dengan penuh minat apakah tajuk lagu tu,masa tu aku tak tahu tajuk lagu i dont belong here ni,
bila saja penyampai radio cakap itu adalah lagu cromok tajuk i dont belong here,aku pun terus set dalam kepala hotak..
keesokannya aku trun di bandar klang suruh driver tu turunkan aku kat sana,driver tu pun ok ja,sama negeri dengan aku fahamlah,lepas saja aku trun aku terus menuju.kedai kaset yang masih ada masa tu tahun 2005 or 2006 kalau tak silap aku.dalam kedai bila aku tanya awek yang bekeja kat kedai tu kaset cromok ada,dia tunjuk bahagian rock punya kaset2,aku pun pilih2 lah,dalam hati aku mana satu lagu semalam tu ya,aku cuba ingat tajuk lagu tu,namun aku lupa huh!hanya ayat belong saja yang aku ingat makanya aku mula mencari tajuk lagu dalam kaset cromok yang ada dikedai tu,semuanya aku perhati satu persatu,hinggalah aku terlihat ayat ''belong'' kat satu album,aku tak berapa yakin namun tiada sudah ayat yang sama seperti apa yang aku cari jadinya aku sambar dulu kaset tu..
masih mencari dan terus mencari |
lepas album ni aku tak beli lagi album seterusnya,aku masa tu lebih menggilai baju cromok,aku dah mula pakai baju cromok,apa saja yang aku lihat logo cromok dibaju aku terus beli.sayangnya semua baju tu saiz M dan sekarang ni aku dah mula pakai saiz xl asia,habis aku bagi baju2 tu dengan anak buah aku,jeles juga bila tengok anak buah pakai,tapi tak apalah..dah tak muat kat badan aku.
pandangan tepi |
gambar kat bawah ni aku sertakan dengan sedikit pandangan aku tentang album2 cromok yang aku miliki
hanya tinggal album image of purity aku belum miliki,tahun ni aku berazam akan mencari dengan bersungguh sehingga dapat memilikinya.forever in time |
cromok - forever in time
terus ke album pertama yang diriliskan tahun 1993 (disebabkan aku belum ada album image of purity). aku miliki album ni pertama kali pada tahun2005-2006,kaset dalam gambar ni aku baru beli tahun ni,disebabkan kaset pertama aku hilang ntah sapa yang kebas,album ni adalah album terbaik bagi selera aku,semua lagu dalam ni memang tak dah tandingan,solo2 gitar sangat mengancam kalbu..suara sam masa mula2 aku dengar dulu aku ingatkan dia ni babau,namun sangkaan ku meleset hehe.. dah aku buat kajian sikit,dalam thanks list album ni mereka ada bagi kredit untuk man kidal,tak pasti lagu mana satu man kidal ada menyumbang gitar solo,tak dinyatakan pula bagi pendapat aku man kidal memang tak dah main dalam album ni,cuma dia bagi solo saja dan karl yang memainkannya..huhu bagi peminat cromok musti wajib ada album ni,tak cromok lah kalau tak ada album ni.. wahahahaha...yours truly |
cromok - yours truly
mean, meaner, meanest |
cromok - mean, meaner, meanest
album keempat dari cromok rilis tahun 1999,bukan lah album penuh cromok,cuma ada tiga lagu baru saja dalam ni,antara album yang wajib ada dalam simpanan,tak kan didapati 3 lagu ni dalam boxset cromok tu. nak cerita dulu pasal kulit album ni,yang ni memang menarik,biarpun bukan unicorn darat namun ianya tetap unicorn,unicorn versi laut atau lebih dikenali kuda laut bertanduk kalu suku aku cakap (unduk-unduk),aku amat menyukai kulit album ni,tiga lagu baru dalam ni adalah - suffer, eclipes, nightmare tak percaya searchlah sendiri hahaha.. untung juga aku masa tu kaset ni ada jual,kalau tak memang payah nak cari versi kaset ni,kalau cd rasanya masih senang nak dapat,kira rare jugalah ni..aku ada terlihat poster untuk kaset ni dijual dengan harga rm60,huhu..what's left |
cromok - what's left
masuk era milenium,album ni rilis tahun deafening silence |
cromok - deafening silence
sapa kata cromok mati hahaha,cromok memang selalu buat kejutan diam2 terus rilis album,harapnya tahun2 akan datang ni adalah album terbaru hehe..album ni rilis tahun 2002,jika tahun 90an cromok tunggu 3 tahun baru rilis album,milenium ni setahun satu album,haha.. okey pendapat ikhlas aku,ini antara album yang tak meninggalkan impak kepada aku,susah sangat aku nak hadam lagu2nya,nasiblah cromok kalau band lain gerenti masuk polybox album tak bernilai,mengandungi 13 buah lagu,antara album yang paling banyak lagunya haha,kalau diikut tolak 3 lagu preface 20s, chapter IV 7s, appendix 24s ('s' tu saat) ni bukan lagu intro saja,sebab tu aku cakap lagu maram perapu kepunden param sekeper lagu terpendek cromok.engraved in eternity |
cromok - engraved in eternity
2003 cromok tak rilis album tapi merilis album kompilasi ni,lagu2 dalam ni dirakamkan sekitar tahun 2000-2003 mungkin hillary yang main dah,sebabkan lagu unicorn sudah lain soundnya begitu juga dengan survival dan farewell,koleksi yang wajib ada dalam simpanan,cromers cromers,termasuklah aku hehe..untitled |
cromok - untitled
jika tahun sebelumnya cromok hanya rilis kompilasi,tahun 2004 mereka kembali dengan buah tangan baru,tak bertajuk untitled,apakah ini tanda ucapan dari cromok kepada peminatnya,bahawa ini adalah album terakhir dari mereka,itu semuanya akan menjadi teka teki peminat,bagi aku sendiri,aku memang mengharap yang ini bukan album terakhir dari cromok.album ni aku boleh katakan album ni antara album terbaik bersama hillary,kesemua lagu terhidang dalam ni cepat saja aku hadam,dimulakan dengan lagu pertama i do,terus saja aku terhibur.dalam album ni juga cromok dengan lagu terpanjang mereka dying to live berdurasi 11minit,tetap layan,tak boring...kulit album pula nampak biasa2 saja,namun kalau dilihat lama2 agak unik juga,heheuntitled+raw |
cromok - untitled+raw
tahun 2005 EMI meriliskan semula album untitled 2004,dengan penambahan 3 lagu live dan 3 lagu raw,rakaman live ni dibuat masa gig cromok di seven hill's,sydney,november 1989,lagu journey dan misty manakalah euthemia pula intro,lagu2 ni memang special untuk keluaran ni saja,mesti arwah din yang beraksi time ni,untuk lagu raw pula adalah rakaman raw in smith garage wollongong may 1988..tiga lagu untuk raw prophecy dan sanity,manakalah merceda intro, lagu sanity ni tidak perna dirakamkan semula dimana2 album cromok,yang peliknya lagu ni sama macam lagu colour of truth dalam album forever in time.bagi aku album ni special juga...the great a metal manifest |
cromok - the great: a metal manifest
tidak ada lagi album penuh selepas untitled,cromok rasanya dah tamat kontrek dengan EMI atau pun syarikat ni sudah berkubur.2006 ni adalah tahun2 paling teruk untuk syarikat rakaman.tak mau ambil kisahlah pasal tu.tahun 2006 ni sempat lah aku beli kaset ni,dan sekarang hanya tinggal sekeping saja,kaset satu lagi tu dah dimakan tape player.cover pun aku dah buat sendiri hehehe.. cd pula aku beli awal tahun ni,terlihat depan mata,dan barang yang dicari tak ada,maka cd tu aku sambar,kompilsi ni kira yang terbaik dari cromok,menghimpunkan lagu2 dari album awal.kalau baru nak mengenal cromok aku rasa kompilasi ni yang terbaik,walaupun inlay tak dah apa sejarah disertakan,itu boleh dibaca di mana2,sekarang ni mudah saja, hehe...cromok live at life centre 1992 |
cromok - image of purity and live
live at life centre 1992 full konsert
lagu2 dalam cd ni beserta durasinya,aku copy dari ntah mana aku dah lupa,kredit lah untuknya...
1.
Intro (0.00 - 5.34)
2. La Crosse (5.34 - 11.28)
3. Journey (11.28 - 18.05)
4. The Other (18.05 - 24.00)
5. Memories (24.00 - 29.40)
6. Prophecy (29.40 - 36.00)
7. Obsessed (36.00 - 40.35)
8. Unicorn (40.35 - 47.15)
9. Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper (47.15 - 48.50)
10. Another You (48.50 - 51.52)
11. Misty (51.52 - 59.07)
12. Seedling (59.07 - 63.00)
13. Metallurgical (63.00 - 71.09)
2. La Crosse (5.34 - 11.28)
3. Journey (11.28 - 18.05)
4. The Other (18.05 - 24.00)
5. Memories (24.00 - 29.40)
6. Prophecy (29.40 - 36.00)
7. Obsessed (36.00 - 40.35)
8. Unicorn (40.35 - 47.15)
9. Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper (47.15 - 48.50)
10. Another You (48.50 - 51.52)
11. Misty (51.52 - 59.07)
12. Seedling (59.07 - 63.00)
13. Metallurgical (63.00 - 71.09)
anthology |
cromok - anthology
2009. box set cromok mengandungi 6 album penuh mereka.sayangnya boxset ni tak disertakan dengan apa2,hanya ada 6 cd saja,rasa ramai peminat cromok tak berpuas hati dengan rilisan ni,apa boleh buat,sam sendiri pun mengakuinya bahawa ini adalah rilisan bersifat keuntungan semata2.alangkah indahnya kalau ada diselitkan sedikit gambar2 band dan cerita band ni,macam search terunggul tu pun kira ok lah,ni hanya kertas yang tak ada apa huhu...tapi aku kira beruntung juga sebab album image of purity rilisan EMI ada dalam ni, hehe..rasa teringin juga nak beli satu simpan buat koleksi lebih,tapi aku tak suka beli kat speedy doarang buka plastiknya..huhu
orait maka itu saja koleksi cromok yang ada dalam simpanan buat masa ni
kalau berpeluang mendapatkan album tribut dorang pun ok juga,dulu memang dah ada versi cetak rompak dalam koleksi namun itu pun hilang ntah kemana, perna juga terlihat cd tu masa memula diriliskan,namun aku belum berminat dengan cd,sayang juga kalau fikir balik,apa yang ada sekarang ni pun kira oklah,ada rezeki tak kemana gunung dikejar wahahahaahaha...
tujuh tahun tujuh hari |
D'cromok - VII years VII day collection
ni bukanlah cromok,namun aku rasa patut juga kot di ceritakan.album kompilasi ni adalah cromok versi perlahan,dan amat menarik melodinya,bayangkan saja metallurgical II,kesinambungan lagu dari metallurgical dari album image of purity,andai arwah din terus bersama cromok,mungkin muzik cromok tak kan sama macam hari ni,apapun ini adalah peninggalan yang berharga buat genarasi baru macam aku ni.
AL FATIHA BUAT ARWAH DIN
ohya lagi satu tentang isu karl cromok dengan peminat tu,aku ada juga terbaca kat fb,macam2 dorang maki cromok,yang tak tahu menahu pasal cerita pun fuck cromok,bodoh ke apa..malas nak ambil port huhuhu..apapun aku sokong cromok HAHAHAHA
masa aku tengah menaip ni aku tengah deal dengan satu mamat kat toko,ada kaset image of purity dan tribute cromok, hehe..kalau dapat memang untung.entri ni dah terperap dalam drap ntah berapa hari dah...gambar pun ambil guna camera henpon murah ja,kualiti tak cun..huhu.. harap korang terimalah ceta aku pasal cromok ni.see you dalam ceta image of purity pula JAJAJA
Forever In Time memang Man Kidal ada main...tapi satu lagu ajer part solo tengah lagu Misery...
BalasPadamAlbum Yours Truly pun ada guna gitaris undangan...ada beberapa solo yang Khalid Mobin (Rusty Blade) yang main...
ohyaka.. terima kasih untuk infonya.
BalasPadamterbaik koleksi kamu
BalasPadamKalau kaset kamu masih kualiti, belum banyak fungus ke hapa ke, ada tak cara terbaik transfer kan semula ke digital format untuk koleksi peribadi kamu sendiri. Sometimes ni lagi kick dari terus beli cd kat kedai..
Hampir lengkap diskografi ko ya bro?tgl lagi satu album je lah..kalo cromok baca entri ni mesti dia terharu punya..heheh
BalasPadamdeaf - aku tak tahu cemana cara nak transfer lagu dari kaset ke cd,tak pena tefikir.. ohya untuk semua kaset ni aku memang beri keutamaan,dan aku dah dapat satu cara cemana nak servis kaset ni..
BalasPadamrafi - haha.ye bro lagi satu album,semalam aku dah deal kaset image of purity dan hail to the king tribute to cromok, tunggu sampai saja ni..
ALbum Image Of Purity ReMastered ko ada tak? yang ada bonus track "survival" dan "back to back". sound album tu sedap sebab di remaster balik dgn jayanya.hahah
BalasPadammetal brain asylum - dalam boxset album tu ada... aku suda deal versi kasetnya tunggu kedatangan saja ni hehehe..
BalasPadamkarl patut salut sama lu bro
BalasPadampc kokak..hehe..aku salute sama karl,biarr dia tak salute aku,cromok tetap dihati..jajaja
BalasPadamWOW! aku hanya ada album Untitled+Raw aja. huhuhuhu! anda memang maniac Cromok!!
BalasPadamBro...last reunion trash 2014 dah pergi...tgh tuggu next konsert cromok....bila ek...tak sabo nak headbanging lagi
BalasPadamTompang lalu....mane nk carik cd2 cromok? Kennyakkan tiada la....mohon pencerahan
BalasPadamboleh cari kat campbell kl sebelah sogo. tingkat 2.
BalasPadamCromok kaset Image Of Purity album VSP 1990 xde
BalasPadamada bro, masa entri ni ditulis belum di miliki lagi. boleh lihat entri lain rasanya aku ada tampal dlm blog ni
PadamKalau ada boleh upload tak lagu cromok ulek mayang another metallurgical suite,yg ada dialog sebelum intro, bos
BalasPadamCromok memang terbaik! Itu je gua nak bagitau
BalasPadam