Isnin, 17 Februari 2014

PANGGILAN PULAU PUAKA IV

volume II
kaset ni banyak sangat meninggalkan kesan dalam hidup aku hehe.ini kaset kompilasi terawal yang aku miliki,boleh kata masa memula dulu ini lah kaset wajid dengar.menghimpunkan berbagai band dan juga jenis muzik metal yang berbeza,dari death metal,black metal,melodik,speed..hampir sempurna ni kaset untuk selera aku masa tu,walaupun masa memula memiliki kaset ni aku tak lah memahami sangat tentang muzik metal ni,apa yang terhidang dalam ni aku ketegorikan black metal,memang ganas kaset ni,sound tak payah cakap lah memang power..alunan muzik kesatu lagu dan lagu seterusnya memang layan..

aku ada juga memiliki kaset PPP lain dalam simpanan,tapi yang ada tu,tak menandingi kehebatan volume II ni.mungkin sebab kaset ni aku dah beribu kali dengar dan sudah terhadam lagu2 dalam kaset ni secara rela dan paksa,menjadikan ini antara kaset metal yang paling aku ingati..

dah agak lama dah kaset ni dalam simpanan tapi sound memang tak berubah,aku tak perna servis lagi kaset ni,kaset seangkatannya banyak sudah yang terbelit dalam player,ada yang bunyi sudah lain.tapi kaset ni masih lagi mengekalkan sound yang bersih sperti mana aku memula beli dulu..dari kaset ni juga banyak lah band2 aku kenal,walaupun aku tak memiliki kesemua album dari band yang join ni kompilasi,namun ada 2 3 band yang aku perolehi kasetnya,memang tak dinafikan band yang terbabit dalam ppp ni cukup bagus bukan saja satu lagu dalam ni,tapi dia album mereka juga amat menghiburkan.plan memang nak kolek semua part untuk ppp ni,namun tak berkesempatan lagi nak memiliki...tak kan lari gunung di kejar jajaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan