Khamis, 6 Februari 2014

UNLIGHT DAWN - MAYHEM TERROR

sabah black metal terror,ep 2009 yang diriliskan semula dalam format kaset.. keluaran yang agak istimewa disertakan patches dan juga t shirt dengan harga rm60 saja.mulanya aku nak kan kaset ni saja disebabkan harga ofer baju sekali aku pun order lah,tak tengok lagi design bajunya,bila dah diriliskan baru tengok,sebijik macam kulit ep ni,belakang pula memang total dengan kata2 kufur,seram juga nak pakai.hanya sekali saja aku pakai baju tu,lepas tu aku dah simpan,perna nak letgo,tapi kawan2 pun seram juga nak pakai huhu..

untuk lagu2 dalam kaset ni memang pure war brutal huruhara black metal,agak laju sound yang terhidang di 4 lagu terawal,rasa macam dimedan perang,huru hara,tapi menghiburkan bagi selera akulah,lepas 4 lagu tu,lagu2 cover dari band pujaan mereka,yang ni bunyi dia lagi kasar mentah dan menyakitkan hati,jika tak biasa dengar muzik metal yang kejam,jangan lah dengar lagu dalam kaset ni,ianya amat menyiksakan,penuh dengan kemarahan dan cacian...rasanya ini adalah kaset yang paling kejam soundnya dan juga semuanyalah memang kalau orang normal dapat ni kompom mengucap hahaha..

bagi aku muziknya saja tu yang menarik,apa yang mereka ingin sampaikan tu aku tak mau ambil kisah,dengar dan hanyati saja alunan muzik yang penuh dengan kebencian tu,tape ni memang sesuai didengar bila time mood tengah marah..boleh jadi bertambah parah kemarahan bila layan kaset ni..hahaha

aku perna jumpa vokalis band ni di metalcamp masa destruction hari tu,ingatkan dia ni bengis orangnya rupanya frenly juga lah,sempat ambil gambar kenangan2 dengannya...hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan