Isnin, 10 Februari 2014

SANTAU - SANTAU TUJU TUJU



album pertama santau,rilisan tahun lepas 2013,santau yang memainkan irama black metal atau lebih tepat eastern black metal,penyambung legasi band eastern terdahulu seperti as sahar dan lain2 haha.
santau tuju tuju
muzik untuk album ni walaupun black metal pekat namun masih boleh didengar  alunan muziknya,mengandungi 7 buah lagu dan kalau ditambah intro dan outro mengadungi 9 lagu kesemuanya.lagu pertama easterian metal majesta,antara lagu kesukaan aku dalam album ni,rentak alunan dan susunan lagunya memang menepati selera black metal aku.

lagu2 lain pun tidak kurang hebatnya,dipenuhi dengan lirik menceritakan alam mistik dengan pengunaan bahasa melayu memudahkan lagi untuk menghadam muzik bawaan santau,lirik disertakan sekali,rilisan terbaik bagi genre estern black metal bagi pendapat aku,walaupun banyak rilisan seperti ini rilis tahun lepas namun tak menandingi rilisan santau tuju tuju ni.
 
dalam
ianya didatangkan dengan digipack pro cd,dan inlay serta gambar2 band,memang puas hati. muzik juga menghiburkan apalagi yang tak kena dengan rilisan ni,ianya memang bagus dari semua sudut ,ini adalah rilsan yang baik,walaupun mereka bukan band black metal kata2 kufur,ianya tetap black metal. acuan timur..jangan takut nak mendengar muzik dalam ni,sebab ianya tiada unsur pemujaan setan..hahaha

lagi istimewanya,sapa sangka aku baru saja mengenali band santau ni.tampa aku jangka dan harapkan,nama aku juga tersenarai dalam list ucapan mereka,terharu jugalah hehe!!..bukan sebab itu juga aku nak puji melangit band ni,disebabkan apa yang mereka lakukan untuk album ni itu yang aku ambil kira.. semoga band santau akan terus berjaya dalam mengharungi scene muzik bawahtanah tanahair dengan sukseSnya... HAIL SANTAU FROM D'ARSIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan