Isnin, 24 Februari 2014

HAIL TO THE KING A TRIBUTE TO CROMOK

1987-2007
akhirnya dapat juga aku memiliki album tribute untuk cromok ni,seingat aku dulu aku perna memiliki cd cetak rompak tajuk dia cromok vs d cromok,terdapat beberapa lagu dari album ni dalam tu cd.yang paling aku suka lagu dalam cd tu farewell dendangan band Amethyst,memang layan juga masa tu,tapi tak teringin pula aku nak beli cd originalnya walaupun hati ada tergerak juga nak beli.masa tu aku masih lagi tak dapat menerima format cd., bagi aku sama saja macam cetak rompak huh...sekarang baru ada sikit penyesalan..dah rare lah versi cd untuk album tribute ni..versi kaset ni terus terang aku cakap ini pertama kali aku tengok,aku ingatkan album ni tak ada rilis dalam format kaset,kalau lah dulu aku terserempak dengan kaset ni sudah tentu aku milikinya awal.
inlay dan kaset
kaset terpakai namun kondisi tali kaset tak calar tak berhabuk,kira okey masih..dan sound juga masih tiptop,kira puas hati jugalah,inlay juga disertakan satu catatan sejarah mengenai cromok,ada diantara catatan tu aku baru ketahui,dicatatkan oleh zulhisham.memang padat dengan info,serta lirik lagu dan juga kata2 band yang join untuk album tribute ni..untuk band yang menarik minat aku dalam kaset ni,aku pilih band mantak - the other,dendangan mereka memang betul2 menarik minat aku..yang lain2 pun tak kurang hebatnya,macam sil khannaz  - metallurgical pun ok juga... senang ceta memang aku puas hati dengan kaset ni..terima kasih untuk yang menjual kaset ni kepada aku hwhw..

BUNGKUSAN YANG DITERBANGKAN DARI KULIM KEDAH
pos laju
deal dengan begitu pantas sekali,bila saja aku terlihat kaset band pujaan hati dijual dengan harga yang cukup menarik..combo price tak boleh angkat asing2 kena angkat sekali gus..aku amat puas hati deal dengan empunya bungkusan ni,menepati janji,bukan macam sesetengah tu..huhu..bungkusan ni yang akhir aku deal namun ianya dulu sampai ke genggaman.kalau pos register faham lah,ni dah tambah pos laju sampai sekarang tak sampai hehehe/luahan hati beb...huhu
tarahhh!!
rm60 untuk kaset ni termasuk penghantaran sekali.. memang puas hati sangat2 bila sampai dalam tangan benda yang diinginkan,walaupun dalam hati ada sedikit kerisauan takut bungkusan tak sampai,namun ianya terjawap dengan kehadiran bungkusan dengan selamat.next aku cerita kaset 2 ketul lagi tu...

TIPS UNTUK DIRI KU DAN JUGA SAPA2 LAH PEMINAT KASET
jika menerima kaset terpakai,pastikan kena servis dahulu,sebabnya kaset2 ni  kemungkinan dah bertahun tak di hidupkan,mesti berhabuk dalam tu.untuk mengelakkan bunyi yang tak best..terus saja di bedah kaset tu,
peralatan yang digunakan mudah saja cuma tisu dan juga pemutar skru yang bersesuai dengan skru kaset tu.
bila dah dibuka bersihkan kaver tu kedua2 belah,letakkan tali kaset tu dengan perlahan-lahan lalu lapkan dengan tisu kekotoran seperti,habuk dan juga kulapu hehehe... warna hitam tu juga kena lap kan..jangan lupa besi kat atas tu lap dan juga kapasnya.. bila dah rasa bersih tutupkan dengan berhati2...
BUAT NI KENA SLOW-SLOW DAN TAK BERANGIN KALAU TAK TANGGUNGLAH SENDIRI..
kehilangan skru juga bakal berlaku,jadi letak kan skru tu mengikut posisi dimana asalnya kita buka tadi,jadinya bila nak tutup nanti senang kaver kaset tak pecah... untuk tips lain nanti aku cerita lah dilain hari hahahaah...

5 ulasan:

  1. yeahh. Image Of Purity Remastered tu best sbb ada 2 lagu baru. Tribute to Cromok tu pada aku track yang menyerlah ialah dari Dragon Red, aggresif vokal nya.

    BalasPadam
  2. aku punya koleksi kaset majoritinya dah berkulat...memang malas nak bersihkan....rasanya pun memang untuk disimpan bukan dimainkan...maklumlah kaset player pun dah rosak....

    btw...nice collection...peminat tegar cromok ni...tabik!

    BalasPadam
  3. Menarik sangat ko minat Cromok camgini.
    ok more tips tentang penjagaan kaset please. Aku tak berani la bukak2 tu semua haha

    BalasPadam
  4. Kaset mi fungus je masalahnya..lain memang takda..apa pun mmg tebaik bro

    BalasPadam
  5. akan ada lagi menyusul pasni kaset cromok,macam rezeki aku pula tahun ni.. tips pasal tape player pula,sebab walaupun kaset ok,kalau tape tak servis bunyi teruk juga,.nanti ada masa aku tangkap gambar ikut susunan haha..

    BalasPadam