Khamis, 6 Februari 2014

DEATHEVOKER - TOWARD NOTHINGNESS

deathevoker
arghh!! satu lagi kaset yang ada dalam simpanan aku.masa aku beli,tak perna sekali pun aku dengar muzik mereka,disebabkan ianya rilis dalam format kaset ianya menjadi keutamaan..

deathevoker band berasal dari kota kinabalu sabah,memainkan irama death metal.kaset ni adalah demo kedua mereka mengandungi tiga buah lagu yang digarap dengan begitu baik sekali..dimulakan dengan lagu Witch Hunt Hysteria,aku terus tersentak dengan alunan muzik yang mereka persembahkan,melodi yang berat mengusai seluruh lagu pertama ni,dan lagu kedua pula Suicide Forest muzik hampir sama dengan trak pertama,,sound yang agak perlahan namun berat dan ditambah lagi dengan jeritan suara yang agak kasar sudah cukup membuat aku untuk terus bersama menghayati muzik bawaan deathevoker,sehinggalah kelagu terakhir dalam demo ni,Towards Nothingness,lagu ni antara lagu yang meninggalkan impak,cukup mengasyikkan irama beratnya,tak tahu nak kata apa,seolah2 tiga lagu ni terasa amat pantas berlalu dan terhadam sepenuhnya..

inlay dalam kaset dan juga liriknya
 bukan saja lagu yang mereka titik beratkan untuk rilisan ni,ilutrasi kulit album juga memang awesome,sekali lagi nak bagitau ini rilisan memang terbaik..puas hati tidak mengecewakan,walaupun status demo namun soundnya mengalahkan album...dapatkannya jika berkesempatan..

2 ulasan:

  1. ilustrasi seakan-akan lukisan ironworx gravefix

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro,hasil lukisan ironworx gravefix..

      Padam