Rabu, 30 April 2014

OMEN - GUIDED BY THE SIGNS / INVOKING THE UNSEEN STRENGTH

ep 2009 yang mengandungi 6 trak, dimulakan dengan trak pertama, prologue, guided by the signs, yang agak menyeramkan.. disambung terus trak kedua into diabolical ancientness, lagu yang cukup dark dengan alunan black metal, sound yang begitu memberi aku ketenangan walaupun dengan sound yang sebegini bagi aku ini adalah muzik yang mendamaikan hati, aku amat menyukai jeritan vokalisnya. trak ketiga pula the devil incarnate, masih mengekalkan alunan yang sama, kira totalpure black metal lah kedua lagu ni,trak ke 4 wrath of the black witchery, apalagi aku nak katakan, lagu ni juga terus mengekal kan sound yang hampir sama, ianya betul2 menepati kemahuan halwa telinga aku, trak ke 5, kaver song dari nebiras - blessed be thy, dibawakan dengan stail muzik band ni, cukup menghiburkan dan trak terakhir, epilogue-the journey begins. mengakhiri ep ni, kesimpulan ringkasnya, aku amat menyukai ep ni, dan aku terhibur, dengan lagu2 yang terhidang. amat berpuas hati.

promo 2011, yang mengandungi 4 trak, dimulakan dengan intro - invoking the unseen strength, alunan yang cukup pilu dan gelap selama 2 minit, trak kedua, dimulakan dengan alunan bass dan terus mengganas dengan alunan black metal. enternal towards infernal,menghidangkan lagu yang mempunyai sedikit melodi, tapi tetap sound black metal, aku menyukai rentak sound lagu ni, untuk suara vokalisnya agak berbeza sedikit, apa kah ini disebabkan kerja mixing, ada perbezaan sedikit dari ep 2009,walaupun begitu aku tetap menyukai lagu ni sekali lagi bohahaha. trak 3 lagu yang agak buas soundnya, untuk demo ni agak berbeza sedikit dengan  ep kat atas tu, kelajuan sound amat ketara perbezaannya, 2 lagu saja untuk demo ni, 2 lagu yang cukup menghiburkan, sekejap saja rasanya habis didengar, dan diakhiri  trak terakhir instrumental,  hellstorms insurrectuon. lagu terakhir ni walaupun tampa vokal, masih menghiburkan..total layan hail omen.

kedua2 cd ni di beli dengan harga rm20 temasuk poslaju,disini DEATHSALES,



Isnin, 28 April 2014

XPDC - LIVE IN CONCERT 2014


konsert bersempena 25 tahun penubuhan xpdc,yang agak mengecewakan bagi aku, ini adalah 1st aku menyaksikan band ni beraksi, jadi aku mengharapkan lebih dari mereka pada malam tu, namun apa yang berlaku tak seperti apa yang aku bayangkan, sepatutnya konsert ni akan menjadi konsert yang paling gempak bagi aku,namun ianya tidak memberi kepuasan langsung, dan buat aku terfikir pelaburan aku untuk ke konsert ni sia2 saja. apakan daya nasi dah jadi bubur, aku tak salahkan xpdc 100%, atas kehambaran konsert ni,


aku gerak dari klang 7pm, bersama 4 orang rakan, memandu ke sepang internasional circut, rasanya sejam lebih perjalanan diambil untuk kesana, sampai kaki aku sakit, mungkin sebab dah berapa bulan tak jalan jauh, sampai ke sepang, jam 8 lebih macam tu, sempat juga aku terfikir, mungkin kami datang ni show dah bermula, tak banyak juga kelihatan, peminat kat depan pintu, dan kereta pun tak sesak sangat masih banyak paking, lokasi ni bagi aku memang sesuai untuk mengadakan konsert, sebab senang nak cari paking, duit untuk paking pun rm10 sekali masuk.


semasa berada diluar menunggu kereta kawan lagi, kami sempat melepak kat depan pintu, aku tertanya2 juga, kenapa tak masuk, namun aku diamkan, sebab rakan2 masih menunggu rakan yang belum sampai, kedengaran juga sound berkumandang dalam tu, jam 9 macam tu kami masuk, lepas saja tiket kena scan dan dibenarkan masuk, perasaan gundah gelana terus hilang, sebabnya kejap lagi bakal menyaksikan band lagenda main buat pertama kalinya. rock n brutal...!!



dalam perjalan menuju,ke stage, kelihatan peminat yang agak mengejutkan aku, aku ingatkan paling kurang pun 10k, apa yang aku lihat malam tu, lebih kurang 2k macam tu, rasanya tak patut band sebesar xpdc ni mendapat kehadiran peminat macam tu, kebanyakan peminat sedang duduk bersila dihadapan stage,dan ada juga yang duduk ditepi, bila sound man ni memainkan irama tecno, macam tak ngam pula, ditambah bunyi bising lumba kereta kat sebelah pagar,punyalah membingitkan telinga, kepala aku naik sakit juga dibuatnya.

menanti sesuatu yang tak pasti rasanya jam dah masuk 10 malam, masih tak kelihatan juga xpdc, maka banyaklah peminat2 ni yang menjerit memekik memaki hamun, namun tiada juga xpdc, seolah2 konsert ni bakal dibatalkan, siksa juga menanti bila dalam flyer tertulis konsert bermula 8.45pm sudah lewat dari masa yang sebenar, agak mengecewakan.

jam10 lebih baru kelihatan mc diatas pentas menenangkan peminat, dan mc ni mendapat makian dari kebanyakan peminat,lepas tu baru kelihatan 3 kereta masuk dan terus menuju belakang stage, bercerita pasal stage nya memang cikai sangat, tak ada cover belakang nampak lori kat belakang tu puiik.. lepas tu baru lah sound man ada otak sikit, pasang lagu metallica enter sandman dan sad but true, ada enjoy sikit lah, jika dari tadi dia buat macam ni kan best juga, ni pasang lagu clubbing, ingat yang datang ni kaki clubbing kah!!, sound man suck.


jam 10 lebih dah masuk jam 11 dah, baru kelihatan ahli xpdc,kat atas pentas, yang aku kenal cuma izo saja, bass nya aku tak kenal, dan juga ada gitaris muda, yang membantu,drumer pula bukan amy, lepas tu mereka memainkan instrumental 3 lagu, amy dan mael belum kelihatan diatas pentas, rasanya 3 instrumental ni final sound chek kali, buang masa dan agak membosankan, rasanya kalau terus mainkan lagu2 dapat lah juga merasa enjoy,.

jam 11 baru lah amy masuk dan peminat yang hadir memanggil2 namanya, kalau tadi peminat banyak memaki, kali ni mereka sudah rasa teruja, namun ada juga segenlintir yang sudah panas sambil menjerit nak kan show dimulakan terus, bila saja mael naik kepentas, dan dimulakan dengan lagu ntah apa apa ntah memang total bomm.. rasanya inilah xpdc, tahun 2000 ramai orang serebuh, macam tu lah liriknya, aku pun turut sama menyanyi, dan semestinya headbanging, haha, kami yang 12 orang lebih banging bersama, lepas saja lagu tadi lagu heavy lagi dorang bawa, lupa aku tajuknya rasanya lagu ni dari timur barat, tak pun brutal, sebab dua album ni aku dah selalu dengar, (henpon aku habis bateri masa ni,tak sempat nak taip nota2 penting,apa yang aku taip sekarang ni mengikut pengalaman terus semalam) 3 lagu heavy tak pun 2, lepas tu baru lah mael berbicara, dan peminat menjerit2 nak kan lagu taknak dah cakap2, dah lewat sangat dah, masa pun terhad saja, show ni akan berakhir jam 12 sebab permit memang macam tu rasanya.

lepas saja mael berbicara, mereka membawakan lagu2 slowrock mereka, di medleykan agak tak patut baru saja bermula sudah dihidangkan dengan lagu berentak slow yang di sambung2. untuk lagu heavy tadi aku memang tak peduli sangat pasal vokal mael ni, namun bila dah lagu slow, baru lah aku percaya yang mael tak sesuai nyanyi live, kelauuut dia punya suara, bila lagu hentian ini cinta kenangan silam didendangkan aku agak terhibur juga, walaupun suara vokalis memang timbul tenggelam, nasiblah alunan melodinya menusuk ke kalbu. jadi layan.

bila lagu medley habis, aku dan rakan2 yang lain nak kan lagu selendang merdeka, atau lagu heavy yang lain, namun tidak menjadi, mereka membawakan lagu2 yang tak malar segar untuk fan yang follow mereka alah kadar, disebabkan sound yang heavy banging saja lah janji enjoy. lagu apa nak dikata, di tepi pantai ada juga mereka bawa, memang menghiburkan sekali lagi walaupun suara mael tak sedap huhuhu tetap enjoy.

dalam enjoy tadi tiba2 mael cakap, show ni memang kalau boleh dah dibatalkan, demi peminat mereka yang hadir mereka tak sanggup mengecewakan peminat mereka,jika benarlah cakap mael dorang tak dibayar oleh orgenizer show untuk konsert ni memang sesuatu yang amat tak patut,kemungkinan rugi besar kot, macam tak percaya juga, band xpdc dan masuk lagend macam ni deal ngan organizer yang tak berpengalaman, buka mata lah sebelum buat deal ka, ni tengok apa dah jadi, dah macam tengok kat fun fair pun ada, tak meriah langsung.

bila mael cakap masa sudah diberhentikan untuk show ni, agak hambar juga, ada yang kata mereka akan bawa 30 lagu, tapi tak sampai 10 lagu dah masuk lagu penutupan, hadoiii.. dah lah menanti punya lama dapat dengar 12 lagu saja macam tu, memang agak mengecewakan, masa sudah jam 12 lebih rasanya, jadi mereka terpaksa memberi 3 lagu untuk penutupan, lagu terakhir tu, aku lupa lah tajuknya, heavy juga muziknya bila dah dicakap lagu terakhir, maka kaos lah dengan moshing dari budak2 metalhead hahaha melepaskan kemarahan mereka dengan lagu terakhir ni, aku lihat izo macam tak dah mood dah nak petik gitar, lepas saja lagu tu terus habis dan tak banyak kata mereka lemparkan mungkin terlalu hampa dengan konsert ni, mael pun terus turun stage, pergggh banyak kekecewaan dari kenangan manis menyaksikan konsert ni.

jika dikatakan show ni berjaya, rasanya tak, sebab bagi aku ini show sudah gagal, tiada kepuasan, main agak lambat, lagu 11 ke 12 saja rasanya itu pun dimedleykan, peminat yang hadir tak memberangsangkan, mungkin pemilihan lokasi yang agak jauh jaraknya, kan elok buat saja kat kl, buat dalam stadium tertutup ke, ni open air, sound pun tak siuk sangat, kalau lagu heavy semuanya ok lah, walaupun vokal hancur tetap layan.

aku balik pun dah malas dah nak bawa kereta, sempat lah bergambar2 ngan, kawan, untuk bro deaf, aku minta maaf sebab tak dapat tape satu lagu, ada aku tape setengah lagu guna henpon kawan, tangan aku lenguh, sampai dua minit,.. nanti lah aku tanya rakan aku kalau dia ada rakam video, nanti kalau ada aku bagi masuk youtube,

 sampai saja aku kat rumah dah nak jam 3 pagi, dah lah tak ada air memang parah bertambah2..  tamat

Jumaat, 25 April 2014

ESOK KE KONSERT XPDC 2014

cerita hari jumaat,dan salam jumaat buat rakan2 blogger sekalian,, haha aku nak cerita pasal hari ni lah, bulan lepas aku ada terfikir nak turun kreator atau xpdc, fikiran aku berkecamuk juga dibuatnya, lepas tu aku buat keputusan, aku tak turun dua2, senang, 

hoye...semalam, kawan mesej aku, katanya nak tiket presale xpdc ke, aku apalagi, on sajalah, suruh dia bayar dulu tu tiket, time konsert nanti aku bayar balik, hohoho// aku nak pergi ke konsert xpdc lah, macam tak percaya lagi ni, namun pagi ni aku ada tanya dia, jam berapa gerak esok, katanya jam 6, hehe dan menguatkan lagi, dia dah ada 9 tiket huhu...

last sekali, harapnya esok macam dirancanglah, dapat tengok band xpdc, buat pertama kalinya, hehe, kalau tak jadi pun tak apa, ni bukan band pujaan hati, dengar alah kadar saja, sebab lagu xpdc malar segar dan lagu jiwangnya tahap menusuk kekalbu, dan paling best lagu2 nya senang nak bawa karaoke.

malam ni aku nak dengar dua album xpdc yang ada dalam koleksi timur barat dan brutal harapnya ada lah lagu2 dalam 2 album ni mereka persembahkan,dapat lah nyanyi bersama 

oh oh sukarnya aku mengerti hidup penuh ranjau duri
pilu rasa dihati
oo oh
bila kah datang menjelma kedamaian
la la la..

itu saja yang aku ingat,lagu ni aku selalu nyanyi bila aku dilanda masalah hehe

dengar kata mereka nak bawa 30 lagu malam tu dan ada lagu cover dari metallica,macm best jer!!
tamat.....

Khamis, 24 April 2014

KREATOR LIVE IN MALAYSIA CANCEL

semalam punya cerita,hajat dengan kawan nak pergi ke lokasi kejadian berlangsungnya konsert kreator di kuala lumpur, cerita dululah sebelum kejadian ni,aku memang plan tidak mahu turun disebabkan tiket tak ada,namun kawan2 mengajak juga kesana, aku pun layan sajalah,lagi pun ramai juga kawan2 metalhead yang turun,dapatlah berjumpa nanti sambil minum2,huhu,tak lupa juga aku nak ambil sekali cd neftaraka aku dengan seorang rakan dekat sana nanti.

jam 5.30pm bunyi saja sirem kilang aku keja ni,aku terus meluruh keluar tampa punch card sebab kawan aku nanti tolong punch card kan haha..dalam perjalanan kerumah selalu makan masa lebih kurang 30 minit sampai,janji ngan kawan,gerak jam 6pm huhu,sudah lah hari ni aku tak mandi,disebabkan air kena catu,nasiblah sampai rumah air dah hidup,dalam perjalanan aku drive mengalahkan penjenayah dikejar polis nasib selamat sampai kerumah.

sampai saja di rumah terus mandi,belum habis aku pakai baju,dan towel masih kat atas kepala kawan aku dah depan pintu,dengan pantasnya aku bersiap,dengan rambut masih basah dan perut masih kosong,tadi dalam hati nak makan dulu,disebabkan rakan dah berada diluar,aku pun lupakan hajat nak makan,huhu,kat kl nanti baru makan,lapar!!

dalam kereta rakan,dia bagitau ambil dua orang lagi rakan dilokasi berlaian,hmm aku pun tak apa juga,lagi pun kami tak ada tiket,saja nak lepak luar nanti,sampai saja di tempat rakan seorang ni,dia pun masih mandi juga,kalau aku makan tadi kompom sempat,hampir 30 minit juga tunggu,last2 di call katanya ada kawan inform,konsert gagal,aku ingat rakan seorang ni begurau,rupanya betul lah,akhirnya kami mengambil keputusan untuk lepak.

di gerai bakso,rakan2 ni masih lagi melihat fb tengok perkembangan,dan ternyata benarlah konsert kreator cancel..dengan segera kami pekena bakso,soto,huhu makan dan bercerita sampai jam 9 lebih,kawan seorang ni ajak pergi juga,sebabnya ada sesi bertemu peminat, namun pemandu ni,dah tak sanggup nak kesana,maka hajat tadi dilupakan,kalau aku yang bawa kereta tadi aku gerak juga kesana, apakan daya nasi dah jadi bubur.

terfikir juga aku dengan nasib rakan2 yang dari jauh datang,seperti dari sabah,memang kehampaan berlipat kali ganda, disebelah utara selatan, yang kelihatan sudah dalam fb memperlihatkan tiket masing2 akhirnya hampa, nasiblah aku tak beli tiket, dah trauma masa gig dark funeral,bukan takat gagal,duit tiket pun kena kebas sekali, harapnya rakan2 yang beli tiket pre sale tu,tak kan mengalami nasib macam mana pembeli tiket pre sale gig dark funeral.

lupa aku nak bagitau,konsert ni gagal,sebabkan jakim datang serbu sebelum show bermula, mengikut apa yang aku baca dalam fb lah..huhu... sampai rumah aku pasanglah kaset kreator yang satu2nya dalam koleksi ni,sambil berfikir, esoknya mesti trending kes ni..huhu

itu sajalah aku nak taip untuk konsert yang gagal ni,pengajaran untuk diriku,jangan beli tiket presale,belilah kat door,takut benda dark funeral kembali huhu... terbaca satu post rakan fb, katanya siapa suruh tayang2 kamu punya tiket,nah apa kamu rasa,banging lah kat luar tu huhu.. pedas sungguh status ni,kalau orang yang beli tiket baca memang naya kena bahan dia ni... bersabarlah ni kali bukan rezeki kita, aku ingat aku saja tak dah rezeki tengok kreator, rupanya ramai lagi huhuhu. kita ramai2 support muzik overdose dadah tak pun pesta bikini,sebab show2 macam ni tak kan dibatalkan dan mendapat kelulusan dari JAKIM. 

pagi ini
setakat ni aku dah selidik,macam2 versi cerita,yang ada, ada yang kata jakm serbu sebab konsert black metal,dan ada juga yang kata venue tak bersesuai,disebabkan jalan berdepan terus ngan lokasi,ramai yang diluar melepak baju hitam,ada cakap ni perjumpaan tuhan harun hahaha dan banyak lagi, namun aku tetarik dengan pos salah seorang dalam pren list fb aku, seolah2 ni salah organizer sebab tak dah permit artis luar kah macam tu lah bunyinya,.. sebab tu jakim dbkl p serbu.. huhu


Rabu, 16 April 2014

CROMOK

koleksi kaset cromok ku hehe.. lepas ni aku nak kumpul cd pula, kalau dapat separuh pun ok lah. sebab nak cari cd2 cromok sekarang ni agak payah,ada pun harga boleh tahan,tapi aku tak teruja sangat lah,sebab bagi aku nanti cd tu,saja buat koleksi,kaset saja ni pun dah bagi aku kepuasan yang tak perna aku bayangkan.

Selasa, 15 April 2014

WINGS - LIVE 1991 STADIUM NEGARA


tidak banyak yang aku nak taip,sebab vcd ni dah agak lama aku beli, jadi aku cari2 lah rebiu pasal ni vcd, aku terjumpa blog ni yang cerita pasal keseluruhan dalam ni, rasanya dia ni fan tegar wings,nak lebih detail lagi pasal ni vcd terus sambung baca kat link ni..tekan sini ye!!.. hehe!!

Rabu, 9 April 2014

AU REVOIR - MYSTIKULT

cd au revoir,walaupun aku dapat free kasetnya namun aku mahu juga memiliki cdnya sekali buat koleksi lebih..harga cd ni rm20 temasuk kos penghantarannya sekali,dan dapat free cd kompilasi,stiker,dan seperti dalam gambar haha.. au revoir ni antara band yang aku follow selepas saja aku mendengar album mereka,sekarang ni apa saja yang band ni riliskan aku akan support, tak banyak nak dicetakan tentang bungkusan ni,untuk sound dan lagu bleh cek kat post yang lepas haha..

Selasa, 8 April 2014

AL AZAZHIL - KARAK PUAKARH


band yang memainkan irama eastern black metal dari kuala lipis,band ni antara band yang aku minati,sound mereka ni memang menepati apa yang aku inginkan,irama yang cukup gelap dan alunan sedikit melodi mewarnai lagu2 yang mereka hidangkan,jika band yang memainkan irama eastern generasi baru yang unggul,aku bagi dengan al azazhil sebab utamanya,hanya band ni yang memiliki keaslian sound yang tersendiri,yang perna aku dengar setakat ini.
al azazhil
karak puakarh ni ep terbaru dari al azazhil bersempena ulang tahun kesepuluh penubuhan band ni,kaset ni rilis dalam kuantiti yang agak sedikit,hanya 25 pcs saja diriliskan,dan aku amat bertuah kerana memiliki satu,dalam kaset ni ada lima lagu 1 intro dan 1 outro, lagu2 dalam ni dirakam sekitar july 2013 hingga december 2013,menariknya lagu2 dalam ni begitu menyerlah dengan alunan easten black metal..dengan melodi yang begitu mengasikkan mewarnai lagu dalam kaset ni,satu saja aku nak cakap ep ni memang menghiburkan.

ohya kaset ni aku ambil byhand saja,mulanya aku dah transper rm15,bila aku bagi alamat aku dia terus cakap,bagi byhand saja,kerana mungkin lokasi rumah kami dekat ja kot hahaha.. dan sempat melepak beberapa jam dengan vokalis band ni bercerita kosong dan ditemani oleh anggota band dari antaboga,dan kebetulan pula mereka cerita pasal nak buat split,apa lagi dikesempatan itu aku terus berpesan,minta simpan satu untuk aku,kerana 2 band yang bakal split ni antara band2 yang aku follow,itu saja kot..

Isnin, 7 April 2014

TARANTULAH - WAR BRUTALITY

tarantulah - war brutality
melihat nama band ni agak kompius juga kan,namun jangan disalah tafsir pula, band ni berasal dari kuala lumpur,memainkan irama punk dan dicampurkan sedikit elemen metal. dan ini adalah demo kedua dari mereka,demo ni mengandungi 6 lagu yang begitu berat untuk didengar,haha.. lagu pertama war brutality memang cukup brutal,brutal kearah sound punk yang raw,aku cukup kagum dengan susunan lagu ni, ini bukan tarantulah yang aku dengar dalam demo pertama mereka dulu,muzik untuk demo ni cukup bagus dari segi lagu2 sound produksinya pun menepati apa yang aku harapkan,lagu kedua apa erti kita kawan,lagu ni memang layan,lagi hebat dari lagu pertama tadi,intro saja kau ni kawan jenis apa nak berkira dengan aku..hahaha..seperti aku cakap rentak lagu ni memang layan,mungkin kalau lagu ni dibawah secara live,kompom chaos dengan pelanggaran sesama sendiri. demokrasi itu dusta,lagu ketiga,dimulakan dengan intro dipetik dari filem tiga abdul,adengan semasa pembahagian harta selepas ayah mereka meninggal.. lagu ni seperti 2 lagu diatas tadi, lagu ni pun sama juga dengan irama punk yang menberontak,aku rasa lagu2 tarantulah ni memang ngam dipersembahkan secara live,terasa pula aku nak moshing bila mendengar lagu2 mereka ni,selepas lagu ni mereka meneruskan dengan lagu provakasi itu dusta. dan disambung dengan lagu hellbangers,tribute untuk budak2 klhellbangers,dan juga semualah hellbangers kat muka bumi ni.dan diakhiri dengan lagu mati hidup semula,dengan lagu terakhir ni,aku rumuskan demo ni memang terbaik dari tarantulah,tidak rugi pelaburan aku untuk support band ni,jika sesapa yang inginkan cd ni bleh berhubung dengan mereka,harga untuk cd ni rm15 siap poslaju.. dan untuk tarantulah teruskan perjuangan,satu lagi aku harap demo ni harapnya diriliskan semula dalam format kaset,sebab bagi aku sound macam ni akan menyerlah kalau dalam format kaset hehe...

Jumaat, 4 April 2014

RATOR - EVIL SYMPHONY

rator
akhirnya aku dapat memilikinya juga,lagu2 demo asal rator diriliskan semula dalam format asal,selepas label afterlife meriliskannya dalam format 7 inci (boleh dibaca disini).ini adalah kaset yang ku impikan suatu masa lalu,mungkin dulu perna terlintas dalam fikiran aku tak kan mungkin merasa demo kult ni dalam format asalnya,bila mana yang memiliki kaset asal demo ni tak ingin melepaskan dari koleksi mereka,tapi sekarang aku dah genggam dan  mendengarnya HAHAHA, macam tak percaya juga,mega salute untuk label dari sabah ni bomberhead,kerna meriliskan semula demo klasik ni..

kaset ni diriliskan semula terhad 300 pcs dan aku punya bernombor 038.kalau tampa bantuan kawan dari sabah mungkin susah juga aku nak dapatkan kaset ni,nasiblah dia tolong,aku dah kontek label yang rilis ni kaset,namun mesej aku tak dibalas hmmmm,terima kasih lah untuk rakan dari sabah ni,tampa mu payah lagi lah aku nak dapat kaset ni.

ada 4 lagu dalam kaset ni sepertimana  kaset yang asal,lagu dalam kaset ni total raw,dan keasliannya masih kedengaran dengan kuat,mungkin juga lagu dalam 7 inci tu macam ni soundnya hehe, 4 lagu ni memang cepat habis kena ulang beberapa kali baru kepuasan dapat aku rasakan..mungkin soundnya agak raw namun bila didengar dengan dibaca lirik lagunya barulah dapat difahami apa yang disebut oleh vokalis aaaaargh!

lepas ni aku nak beli seketul lagi lah nak simpan buat koleksi lebih,seronok pula aku menatap lama2 kaset ni haha..ada tertulis kat tape ni,this tape is for rator maniacs only if you not,dont try to get one.. sama juga tulisan ni kat 7 inci tu.. okey lah tu jelah aku bleh cetakan tentang kaset ni,terus terang aku betul2 gembira dengan kaset ni,seolah2 aku berada dalam era kegemilangan rator suatu masa lalu,bila mendengar kaset ni... total klasik betul... hail rator..

Khamis, 3 April 2014

CROMOK - IMAGE OF PURITY

image of purity
hehehe.....akhirnya dapat juga aku miliki kaset ni,setelah hampir berbulan deal ngan rakan fb,dah ku iklankan cari kaset ni,tanya orang2 lama2,mereka upload pic,kasih tag sama aku,bila aku tanya harga berapa,dorang diam2,kompom mau kasih nangis hati aku,namun aku sabar,berkat kesabaran dan usaha yang tak putus2,serta rancangan membalas mesej2 nak mengelak,akhirnya sekali lagi aku berjaya.....yessss!!!

kaset ni adala kaset terakhir yang aku cari untuk band cromok ni,dan ini adalah pelengkap untuk koleksi aku,walaupun ada satu kurang,demo mereka kat australia tu,yang tu memang dimalaysia ni hanya satu saja aku tengok,ada kat blog krenmaut.,aku tak harapkan kaset tu,sebab bagi aku mustahil nak dapat benda yang sudah nyata mustahil..tapi kata search dalam lagu album karisma,tiada yang mustahil biarpun melastik kebintang..dengarkan teman jeritan sanubari ku semoga bangkit kembali...piwiiittt!!!

oh...untuk deal kaset ni memulanya dia upload dalam satu grup koleksi kaset lah,dalam fb,aku saja ja bagi komen andai kaset ni dia sudi lepaskan,tolong inform kat aku,dia pun balas dia cakap dia memang ada hajat nak tolak,dan dia rela nak tolak kat aku,apa lagi aku yang tengah teruja terus inbox dia,cakap rm berapa dia nak tolak,dia jawap rm7 ok ke katanya,aku macam kompius pula,rm7 ke rm70,hmmm bila dia kasih terang barulah aku yakin rm7,makanya aku kata kat dia ni,aku banyar rm20 lah,hantar poslaju,tiba2 dia cakap rm20 tu mahal sangat.. aku pun ikut dia saja lah, rm10..pastu senyap...

hari berganti hari,aku pi tagih juga,pastu dia cerita pula dia dah jual kat orang lain,hadoiii..lepas tu dia jawap lagi jangan risau dia ada simpan satu untuk aku,bersemangat aku balik dengar ayat tu,banyak juga lah masa2 berlalu,deal kaset ni,sehinggalah dia tag aku gambar kaset ni ngan kertas lukisan tu,katanya dia akan pos sekali,aku pun ianyakan saja,,minta acc bank dia pun dia tak bagi katanya dia nak hantar dulu,duit nanti kemudianlah. aku on sambil jig dengan dia kaw2 punya...

dipendekkan cerita,masa aku deman,kat rumah hari jumaat,jumaat aku cuti,biasa 4 hari seminggu ja keja,deman tahap sejuk gila2 ni,rasa cam kat dalam peti ais.menggigil seluruh badan,pastu orang umah pas bungkusan ni,pergh!! dalam hati aku,pelik juga,duit aku belum bayar dia dah hantar barang,tak apalah aku pun dah minta kat dia tapi dia tak nak,dan barang dah ada dalam tangan aku sudah..namun begitu aku belum mampu untuk mendengar sekadar menatap saja,aku letakkan dan sambung balik melayan deman tadi,(deman ni agak teruk sampai 3 hari aku bertarung,makan pun tak lalu,rasa air putih pun aku dah tak boleh rasa) ada 2 bungkusan datang hari yang sama,satu pos daftar..

bila dah aku beransur pulih dari deman yang hampir meragut nyawa ku tadi,aku pun dengar2 lah kaset ni,memang masih ok,lihat saja gambar tu,kecuali kotak kaset tu,yang nampak usang,inlay dia masih bekilat,macam baru,dan aku amat berpuas hati dengan kaset ni,rasanya ni 1press kali,ada satu kaset macam ni yang di tag kat aku tapi tulisan kat cover kaset tu bukan logo cromok,tulisan biasa saja,tapi untuk kaset ni logo cromok,ataukah ini 2nd pres,kalau 1 pres mesti warna putih kasetnya kan era tu rilis kaset musti kaset putih,tapi aku belum perna nampak pula kaset ni warna putih,lainlah demo kat austalia tu....

lagi bertambah menarik,dia sertakan lukisan tu,sebijik cam diprint dari gambar tu,tapi dia tulis ngan tangan,salute aku,respek beb...aku nak beli kan frame tu aku nak letak kat meja,senang lah aku tatap nanti..hahaha.. untuk sahabat yang melepaskan kaset ni untuk aku,aku ucapkan billion thanks untuk kamu,aku akan ingat sampai bila2 orang yang beri aku kaset ni... duit kaset ni dia tak nak dia nak trade ngan barang pula hahahahah layan....DN

Rabu, 2 April 2014

IMPIETY - KAOS KOMMAND 696 / PARAMOUNT EVIL

paramount evil / kaos kommand 696
impety,band paling disanjung dan dicaci,itu yang aku baca,dan aku malas mau huraikan apa yang tak kena dengan band ni hehehe.... okey ceta pasal muzik untuk 2 kaset ni,sajalah.sebelum tu aku bagitaulah dari mana aku dapat dua kaset ni,seperti perna aku ceta dalam blog ni,yang sapa baca tu maka tahulah,ini antara kaset yang ada dalam list kaset rakan aku yang dia nak tolak atau lepaskan,mungkin dah sampai seru bertukar ke cd atau pun mp3 ke,atau dah malas dah nak layan kaset,jadi aku ni kira rakan2 rapat kenal lah,dengan aku punya hobi ni,aku ni suka beli kaset2,apa lagi kalau kaset tu murah2 dan ada nilai klasixx nya..tampa banyak fikir aku akan angkat..

banyak juga kaset dalam list rakan aku ni,namun aku tak perna memiliki 2 kaset ni,dan aku memang teringin sangat nak mendengar dan memilikinya,mendengar tu aku boleh dengar kat youtube namun mendengar dalam fomat kaset ni,salah satu yang menarik,kalau kaset paramount saja rasa aku ambil kaset lain lah,disebabkan kaset kaos kommand tu makanya aku terus sambar keduanya.

untuk 2 kaset,aku banyar rm30,dan aku yang letak kan harga,dan aku banyar ikut harga pasaran lah,mungkin kalau bukan kawan2 rasanya kaset2 ni seketul rm30 dah,nasib saja ni kawan dia pun tak banyak songeh dan deal. lepas ni aku terfikir nak angkat 5 lagi kaset yg ada dalam list tu.. tengok lah cemana kalau ada rezki lebih angkatlah kalau tak dah kena fokus untuk yang lebih utama saja..hehehe

makin tersasar pula kan..hehe itulah ceta biasalah kena ceta ikut rentak hati baru rasa ada menarik nak menaip,kalau nak ikutkan ketepatan memang aku bukan jenis macam tu,hohoho

oklah....lets go to the sound...lagu2 dalam kedua album ni,mak aiii...memang boooommm,bunyi ketukan mesingan menemani semua lagu2 dalam ni,yang lagi menariknya,lagu2 dalam ni,terus dihambur dengan vokal dan tak selalu kosong,maka patutlah band ni diangkat kesatu label yang band asia lain tak kecapi.dan impiety memang layak.,.. tiada banyak kata nak hurai,sound untuk kedua album ni,ianya trus saja masuk tampa dipaksa,mungkin disebabkan kelajuan sound hentakan seperti mesingan,mewarnai lagu2 2 album ni... ianya memang menghiburkan aku.. abis...

Selasa, 1 April 2014

AU REVOIR - MYSTIKULT

mystikult
pembunuh bersiri is back,album baru au revoir - mystikult yang ni mengandungi 9 lagu, ceta dulu lah cemana aku dapat kaset ni,sebenarnya begini,masa ianya rilis bulan lepas,time kemarau pula aku huhu,namun aku memang set hujung bulan memang nak sambar satu kaset ni,hari tu memang dah ada masuk sikit dan plan memang nak g bank in duit tapi,aku jatuh deman,sampai esoknya,bungkusan ni orang umah pas time2 aku tengah deman tadi,lalu terkejut,aikk dalam hati aku,aku belum bank in duit lagi ni,napa pula dia send kaset ni,bila aku buka ada satu nota beb..dalam nota tu dia bagitau aku yang ni hadiah buat aku,tanda penghargaan,terharu aku beb,dan deman aku serentak down,dan aku terus pasang kaset ni. beberapa kali juga lah aku dengar album ni,sehingga deman aku surut selepas tiga hari baru lah aku ada mood nak menaip..

kaset ni dimulakan dengan lagu djinn:the shadows beside you,lagu ni dimulakan dengan alunan lembut dan disambung terus ngan hentakan drum dan disatukan dengan bunyian gitar,dipertengahan lagu ni,mula lah kedengaran solo2 berapi,dari gitaris baru au revoir zizie row,lagu pembukaan untuk kaset ni yang mula membawa aku untuk terus mendengar lagu seterusnya, lagu kedua pula fullmoon rage,lagu ni, hampir sama dengan lagu pertama cuma,dari segi vokal agak jahat,kita terus kelagu ketiga,slow lagu ni,tak macam dua lagu tadi,lagu ni terasa kesuraman tu,the dance of the black widow lagu keempat,rentak lagu ni memang feel dan lirik dia memang menusuk..dan lagu terakhir untuk side one,mona dan musa,akhirnya lirik berbahasa melayu berkumandang,lagu ni amat menarik,dengan suara kedua tu pergh!!..

side two,dimulakan dengan alunan intro,judulnya ni Ain,dan bersambung terus dengan lagu,lovely bones,yang ni memang betul2 jahat,dengan rantak yang terus buat aku mengoyang kepala tampa dipaksa,rentaknya memang asik....aku suka lagu ni haha.. seperti lagu2 di side one tadi,album ni dipenuhi dengan solo2 berapi zizie row,salute.. menambahkan lagi keasikan lagu2 au revoir,selepas lagu ni lagu dari single kubunuhmu 2012,dengan tajuk yang sama kubunuhmu,lagu berbahasa melayu kedua dalam album ni, lagu ni memang terus melekat,lirik senang nak hadam,dan terus sing along dengan lagu ni, dekat part kubunuhmu tu memang menarik,kubunuhmu...!!!kubenammu..!!!dan lagu terakhir untuk album ni khusyuk kematian,lagu yang menarik untuk aku mengulanginya semula,dan lagi lagi...


kesimpulan ringkas bagi aku album ni antara yang terbaik untuk 2014 ni,tak payah aku nak susah2 hadam lagu2nya,play saja terus masuk dan menikmati alunan au revoir,aku ni bukan lah pendengar yang bagus tapi aku tahu apa yang bagus untuk aku dengar,dan au revoir memang layak dapat pujian dan support,sebab band ni memang unik dengan karya yang mendalam maksudnya,jangan kata pula mentang2 lah aku dapat free copy aku puji melangit band ni,kalau tak percaya traylah dengar album baru ni,kalau kamu tak rasa apa yang aku rasa mungkin selera muzik kita berbeza hahaha.. dan disini aku ingin ambil kesempatan buat saudara raimi,terima kasih atas kaset ni,dan aku amat menghargainya....teruskan karya au revoir..total support!!