Selasa, 25 Februari 2014

NTAH LAH!!!

ada masa sikit ni,baru habis training AQPA utk tempat keja ku ni,esok nak sambung lagi huhu.belum habis lagi aku ceta pasal bungkusan dari kedah, dah sampai pula bungkusan dari sabah,lepas tu semalam dua bungkusan ni mendarat serentak..huh!! aku kena cepat ni sebab lepas ni ada lagi bungkusan yang nak mendarat.cd perpetual pula aku belum habis hadam sepenuhnya,aku tengah cuba sedaya upaya untuk menulisnya supaya aku ni tak berat sebelah nanti hahaha
satu dari johor satu lagi dari kedah, tunggu aku rasa dulu baru aku ceta lah,buat masa ni masa aku memang kurang,lepas saja latihan ISO/TS ni aku akan kembali HAHAHA
ada penampakan disitu
aku baru nak servis bungkusan ni sebab keadaan item dalamnya wajib dibersikan,nanti dah clear baru aku ceta apa yang menarik dan tak dalam bungkusan ni.
gambar kat atas ni lain yang aku order lain pula yang sampai,dah komen terang2 kat gambar dia send kat aku kaset ni,nanti aku ceta lah apa macam sound dalam ni kaset,nak bagi balik malaslah buang masa saja.ni kena tunggu lambat lagi sebab aku nak ceta benda yang sampai dulu...huhu
cd ni aku kena cari masa seseuai mendengarnya sebab aku tak dapat apa yang rakan2 rebiu...huhu
battle jaket for klthrash 2014
ni pula projek baru. jaket tu kawan yang bagi patches tu aku punya,hampir nak sale saja patches tu,nasiblah jaket dah ada...tunggu siap jahit aku tampal...belakang pun kena cari backpatches gak tu...hehe
gambar kat atas ni pula hifi baru,sebenarnya aku nak ceta juga kat entry lain,disebabkan benda ni masa aku nak dengar muzik amat terhad... mizi asyik nak tengok ultraman ultraman ultraman AAAAARGH!!!

itu saja kot..aku kena bertapa dalam bilik hari cuti nanti..nak buat entri satu persatu.. bulan depan kena stop order dulu..habiskan dulu yang ni dan bakal mendarat, baru order..ohya lagi satu aku akan trun gig ahad ni..itupun kena ceta juga tu kakakakakaaka... ini sajalah masa yang ada untuk entri berkecamuk ni....

Isnin, 24 Februari 2014

HAIL TO THE KING A TRIBUTE TO CROMOK

1987-2007
akhirnya dapat juga aku memiliki album tribute untuk cromok ni,seingat aku dulu aku perna memiliki cd cetak rompak tajuk dia cromok vs d cromok,terdapat beberapa lagu dari album ni dalam tu cd.yang paling aku suka lagu dalam cd tu farewell dendangan band Amethyst,memang layan juga masa tu,tapi tak teringin pula aku nak beli cd originalnya walaupun hati ada tergerak juga nak beli.masa tu aku masih lagi tak dapat menerima format cd., bagi aku sama saja macam cetak rompak huh...sekarang baru ada sikit penyesalan..dah rare lah versi cd untuk album tribute ni..versi kaset ni terus terang aku cakap ini pertama kali aku tengok,aku ingatkan album ni tak ada rilis dalam format kaset,kalau lah dulu aku terserempak dengan kaset ni sudah tentu aku milikinya awal.
inlay dan kaset
kaset terpakai namun kondisi tali kaset tak calar tak berhabuk,kira okey masih..dan sound juga masih tiptop,kira puas hati jugalah,inlay juga disertakan satu catatan sejarah mengenai cromok,ada diantara catatan tu aku baru ketahui,dicatatkan oleh zulhisham.memang padat dengan info,serta lirik lagu dan juga kata2 band yang join untuk album tribute ni..untuk band yang menarik minat aku dalam kaset ni,aku pilih band mantak - the other,dendangan mereka memang betul2 menarik minat aku..yang lain2 pun tak kurang hebatnya,macam sil khannaz  - metallurgical pun ok juga... senang ceta memang aku puas hati dengan kaset ni..terima kasih untuk yang menjual kaset ni kepada aku hwhw..

BUNGKUSAN YANG DITERBANGKAN DARI KULIM KEDAH
pos laju
deal dengan begitu pantas sekali,bila saja aku terlihat kaset band pujaan hati dijual dengan harga yang cukup menarik..combo price tak boleh angkat asing2 kena angkat sekali gus..aku amat puas hati deal dengan empunya bungkusan ni,menepati janji,bukan macam sesetengah tu..huhu..bungkusan ni yang akhir aku deal namun ianya dulu sampai ke genggaman.kalau pos register faham lah,ni dah tambah pos laju sampai sekarang tak sampai hehehe/luahan hati beb...huhu
tarahhh!!
rm60 untuk kaset ni termasuk penghantaran sekali.. memang puas hati sangat2 bila sampai dalam tangan benda yang diinginkan,walaupun dalam hati ada sedikit kerisauan takut bungkusan tak sampai,namun ianya terjawap dengan kehadiran bungkusan dengan selamat.next aku cerita kaset 2 ketul lagi tu...

TIPS UNTUK DIRI KU DAN JUGA SAPA2 LAH PEMINAT KASET
jika menerima kaset terpakai,pastikan kena servis dahulu,sebabnya kaset2 ni  kemungkinan dah bertahun tak di hidupkan,mesti berhabuk dalam tu.untuk mengelakkan bunyi yang tak best..terus saja di bedah kaset tu,
peralatan yang digunakan mudah saja cuma tisu dan juga pemutar skru yang bersesuai dengan skru kaset tu.
bila dah dibuka bersihkan kaver tu kedua2 belah,letakkan tali kaset tu dengan perlahan-lahan lalu lapkan dengan tisu kekotoran seperti,habuk dan juga kulapu hehehe... warna hitam tu juga kena lap kan..jangan lupa besi kat atas tu lap dan juga kapasnya.. bila dah rasa bersih tutupkan dengan berhati2...
BUAT NI KENA SLOW-SLOW DAN TAK BERANGIN KALAU TAK TANGGUNGLAH SENDIRI..
kehilangan skru juga bakal berlaku,jadi letak kan skru tu mengikut posisi dimana asalnya kita buka tadi,jadinya bila nak tutup nanti senang kaver kaset tak pecah... untuk tips lain nanti aku cerita lah dilain hari hahahaah...

Rabu, 19 Februari 2014

GEMA DI TIMUR JAUH

gambar semalam hehe
p/s buat pertama kalinya hari rabu aku akan letak gambar macam yang lain hehe..terima kasih untuk segalanya

Isnin, 17 Februari 2014

BRAIN DEAD - FROM THE ECSTACY

nak ceta pasal band lagend,ni aku nak kongsikan macam mana aku beloh terminat dengan band lagen  ni,bermuala macam mana aku mengenal band2 metal yang lain,brain dead juga sama,bermula dari majalah tempatan..masa aku dah tahu band ni aku tak perna dengar lagi muzik dorang ni,bila aku dah tahu camble tempat nak cari local stuf.dari situ lah aku terbeli album brain dead kat gambar bawah ni.
from the estacy
from the estacy ecstacy yang betulnya,album ni cetak rompak kot,versi cdr,aku beli ni kat nebiula,masa tu aku tak tahu nak bezakan pro cd dan juga cdr,nampak saja band tu terus beli,kira banyak juga aku terbeli,album cdr ni..okey,nak ceritakan album ni memang kerab kali aku putarkan,dan alunan muzik dalam ni aku sudah hadam sepenuhnya,album ni bagi aku tak lah ganas sangat soundnya,ianya agak bersih tapi berat melodinya,kira santai2 lah dengar ni.apa yang menariknya sound dalam ni mantap.kat gambar bawah pula versi pro cd.
pro cd
selepas aku mengetahui yang album aku miliki tu,album cdr,aku terus mencari yang ori punya,pro cd ni diriliskan oleh label thrashingfist prod.aku beli ni sebabnya aku macam rasa tak puas hati dengan apa yang aku miliki kat atas tu,ada yang cakap itu tak ada nilai langsung sebabnya cdr.sedar akan hal tu aku sambar lah cd ni.okey untuk album pro cd ni,ada penambahan lagu dari demo mereka,dan kira bonus juga untuk rilisan ni.untuk album cdr tu hanya album from the ecstacy saja 8 lagu.untuk sound dalam pro cd ni agak hambar bagi selera aku,sound untuk lagu2 dalam album from the ecstacy memang fell tiada,berbanding cdr tu.hanya lagu dalam demo saja yang masuk.selebihnya tak ada fell,walaupun pro cd.itu pendapat aku

sama tapi tak serupa
tidak ada beza sangat dengan pro cd dan cdr,inlay pun sama saja sekeping.menurut apa yang aku tahu,dua dua rilisan ni di convert dari kaset ke cd,jadinya pendapat ringkas aku kaset dari cdr tu mempunyai ketulenan yang masih segar berbanding dengan pro cd,mungkin kaset yang digunakan dalam pro cd ni kualitinya tak setanding dengan kualiti kaset dari cdr,tak percaya boleh cari tu cdr,muzik dalm cdr lagi mantap soundnya.walaupun aku sudah memiliki album pro cd tu,namun aku masih mendengar lagi cdr tu,bagi aku fell lagu2 dari album from the ecstacy tu lagi terserlah ketulenannya hahaha.. nasiblah pro cd tu ada penambahan lagu kalau tak kompom kalah oleh cdr..

jika ditanya mana satu yang aku suka sudah semestinya album cdr,sebabnya aku membesar mendengar cd tu.

KLHELLBANGERS PART II BACK TO ATTACK!!


flyer terpaksa ditarik balik atas sebab2 tertentu hahaha


 wa diam2 membe dah naikkan flyer untuk klhellbangers part 2..


Utk pengetahuan klhellbangers adalah satu komuniti dimana semua ahlinya tidak kenal satu sama lain pada mulanya,disebabkan kekerapan turun gig,dan banging sama2,akhirnya tertubuhlah nama klhellbangers,walaupun ahli dalam klhb ni bukanlah semuanya dari kuala lumpur...atas nama banging dan support gig2 kecil semuanya bersatu atas nama klhb.. berapa kali ulang dah!!!

lepas tu tepikir pula nak buat event,jadinya mereka bersatu donat seberapa yang mampu,dan memanggil band2 yang ingin join dalam ni gig kecil tak sangka pula dapat feedback yang memberangsangkan.
walauun perna menggemparkan fb tahun lepas disebabkan ada ahli yang over excited,menyinggung orang lama dalam scene ni,namun ianya dapat dijernihkan semula... jumpa nanti lah bulan 6 ni..

klhellbangers mengalukan sesiapa saja turut serta dalam ni circle,tiada istilah baru atau lama true atau poser semuanya sama dalam ni janji banging kita bersatu....

apa yang aku taip ni pandangan aku saja,sebabnya aku ahli juga dalam ni klhb hahaha.. kami yang mewujudkan ni,jangan salah sangka ini bukan berpuak tapi komuniti yang dahagakan banging berjemaah.

hari ni aku tak banyak keja jadinya ada masa nak menaip dan menaip lagi HAHAHA.....


PANGGILAN PULAU PUAKA IV

volume II
kaset ni banyak sangat meninggalkan kesan dalam hidup aku hehe.ini kaset kompilasi terawal yang aku miliki,boleh kata masa memula dulu ini lah kaset wajid dengar.menghimpunkan berbagai band dan juga jenis muzik metal yang berbeza,dari death metal,black metal,melodik,speed..hampir sempurna ni kaset untuk selera aku masa tu,walaupun masa memula memiliki kaset ni aku tak lah memahami sangat tentang muzik metal ni,apa yang terhidang dalam ni aku ketegorikan black metal,memang ganas kaset ni,sound tak payah cakap lah memang power..alunan muzik kesatu lagu dan lagu seterusnya memang layan..

aku ada juga memiliki kaset PPP lain dalam simpanan,tapi yang ada tu,tak menandingi kehebatan volume II ni.mungkin sebab kaset ni aku dah beribu kali dengar dan sudah terhadam lagu2 dalam kaset ni secara rela dan paksa,menjadikan ini antara kaset metal yang paling aku ingati..

dah agak lama dah kaset ni dalam simpanan tapi sound memang tak berubah,aku tak perna servis lagi kaset ni,kaset seangkatannya banyak sudah yang terbelit dalam player,ada yang bunyi sudah lain.tapi kaset ni masih lagi mengekalkan sound yang bersih sperti mana aku memula beli dulu..dari kaset ni juga banyak lah band2 aku kenal,walaupun aku tak memiliki kesemua album dari band yang join ni kompilasi,namun ada 2 3 band yang aku perolehi kasetnya,memang tak dinafikan band yang terbabit dalam ppp ni cukup bagus bukan saja satu lagu dalam ni,tapi dia album mereka juga amat menghiburkan.plan memang nak kolek semua part untuk ppp ni,namun tak berkesempatan lagi nak memiliki...tak kan lari gunung di kejar jajaja

VAULT - FUCK OF AND DIE!!!


vault
kaset ni agak spesial juga,sebabnya jarang2 local band yang rilis kaset berwarna hitam macam ni,selalunya warna transperent lah kebanyakannya.aku dapat kaset ni dalam satu gig,itupun pembelian random saja,ku sangka band vault ni,bukan local band,nampak saja kaset ni berwarna hitam aku pun beli saja,dengan rega rm10.lepas tu bila aku bagi tengok kawan katanya ni band kajang ni main thrash metal..aku pun terkejut juga,kira berentunglah dapat kaset macam ni..boleh kata rare!!hehe

fuck of and die
kaset ni rilisan 2009,demo tape dari vault,mengandungi 5 lagu,dengan alunan thrash metal kering haha.ianya amat menghiburkan solo gitar juga tak kurang hebatnya dalam kaset ni,pertukaran melodi kelajuan yang sederhara mewarnai sound untuk kaset ni.aku betul2 puas hati dengan apa yang terhidang dalam kaset ni.

lagi satu dorang ni suka sangat guna tajuk fuck fuck ni,apa tidaknya kaset aku lagi satu dalam simpanan pun guna ayat fuck juga,hehe nanti aku cerita lah kat page lain tu kaset..thrash lah katakan fuck perkara biasa jajaja..kaset ni diriliskan khas untuk maniak german,,tapi aku dapat satu bernomborr ni,rilis 200 copy saja..hehe
 HAIL VAULT FUCK OF AND DIE

Khamis, 13 Februari 2014

CROMOK RAJA THRASH METAL MALAYSIA

hahaha maut punya tajuk entri ni ''kenapa tak percaya'' wahahaha...

aku mengenal cromok bermula selepas aku dah ketandusan kaset2 best untuk dimiliki,era kaset search pula sudah tak ada lagi yang aku nak beli masa tu kat pasaran..
maka bermulalah episod aku mengenal cromok,bermula masa aku tengah sok layan rock selamba,balik dari kerja dalam bas kilang,masa tu lagu i dont belong here berkumandang,driver pun layan siap dia bagi kuat lagi soundnya,aku yang tengah feel layan lagu tu,terus menanti hingga habis lagu tu,dan menanti dengan penuh minat apakah tajuk lagu tu,masa tu aku tak tahu tajuk lagu i dont belong here ni,
bila saja penyampai radio cakap itu adalah lagu cromok tajuk i dont belong here,aku pun terus set dalam kepala hotak..

keesokannya aku trun di bandar klang suruh driver tu turunkan aku kat sana,driver tu pun ok ja,sama negeri dengan aku fahamlah,lepas saja aku trun aku terus menuju.kedai kaset yang masih ada masa tu tahun 2005 or 2006 kalau tak silap aku.dalam kedai bila aku tanya awek yang bekeja kat kedai tu kaset cromok ada,dia tunjuk bahagian rock punya kaset2,aku pun pilih2 lah,dalam hati aku mana satu lagu semalam tu ya,aku cuba ingat tajuk lagu tu,namun aku lupa huh!hanya ayat belong saja yang aku ingat makanya aku mula mencari tajuk lagu dalam kaset cromok yang ada dikedai tu,semuanya aku perhati satu persatu,hinggalah aku terlihat ayat ''belong'' kat satu album,aku tak berapa yakin namun tiada sudah ayat yang sama seperti apa yang aku cari jadinya aku sambar dulu kaset tu..
masih mencari dan terus mencari
kaset FOREVER IN TIME ya kaset ni lah yang pertama kali aku beli,mulanya aku ingat cromok ni kumpulan rock sama macam search,namun muziknya berbeza,walaupun soundnya  agak lain2 dari lain namun aku terhibur disebabkan solo-solo gitar mewarnai setiap lagu dalam album ni. lama juga nak terhadam sampailah satu tahap aku dah boleh menerima lagu2 cromok dan terus jatuh hati dengan band ni..huhuhu

lepas album ni aku tak beli lagi album seterusnya,aku masa tu lebih menggilai baju cromok,aku dah mula pakai baju cromok,apa saja yang aku lihat logo cromok dibaju aku terus beli.sayangnya semua baju tu saiz M dan sekarang ni aku dah mula pakai saiz xl asia,habis aku bagi baju2 tu dengan anak buah aku,jeles juga bila tengok anak buah pakai,tapi tak apalah..dah tak muat kat badan aku.
pandangan tepi
bila aku dah mula gila dengan cromok,aku beli lah kaset2 lain seperti what left,cromok the great,dan lain2 yang aku terlihat masa tu,album seperti your truly memang tak ada lah aku jumpa.cd memang aku tak beli,aku lebih suka beli kaset masa tu,bagi aku cd macam cetak rompak saja,tak tahu lagi bezakan cdr ngan pro cd hahaha..tapi bila aku imbas kembali masa lalu sayang juga aku tak beli cd2 cromok,sebabnya sekarang ni orang jual dalam toko kat fb rm100 satu wooo...

gambar kat bawah ni aku sertakan dengan sedikit pandangan aku tentang album2 cromok yang aku miliki
hanya tinggal album image of purity aku belum miliki,tahun ni aku berazam akan mencari dengan bersungguh sehingga dapat memilikinya.

forever in time
cromok - forever in time
terus ke album pertama yang diriliskan tahun 1993 (disebabkan aku belum ada album image of purity). aku miliki album ni pertama kali pada tahun2005-2006,kaset dalam gambar ni aku baru beli tahun ni,disebabkan kaset pertama aku hilang ntah sapa yang kebas,album ni adalah album terbaik bagi selera aku,semua lagu dalam ni memang tak dah tandingan,solo2 gitar sangat mengancam kalbu..suara sam masa mula2 aku dengar dulu aku ingatkan dia ni babau,namun sangkaan ku meleset hehe.. dah aku buat kajian sikit,dalam thanks list album ni mereka ada bagi kredit untuk man kidal,tak pasti lagu mana satu man kidal ada menyumbang gitar solo,tak dinyatakan pula bagi pendapat aku man kidal memang tak dah main dalam album ni,cuma dia bagi solo saja dan karl yang memainkannya..huhu bagi peminat cromok musti wajib ada album ni,tak cromok lah kalau tak ada album ni.. wahahahaha...

yours truly
cromok - yours truly
album ketiga cromok,rilis tahun 1996,selepas tiga tahun baru muncul album terbaru,nasib juga aku kenal cromok ni semua album mereka dah rilis,tak lah juga menanti sampai 3 tahun.kaset ni baru aku miliki tahun ni juga,masa aku mula beli kaset cromok dulu kaset ni memang tak jual.bila sekarang dah berpeluang memilikinya aku tak lepaskan,mungkin kalau aku tak berubah arah ke muzik black metal,rasanya koleksi ni lengkap awal,itu cerita lain lah kan,nakceta kat sini pasal album ni,okey album ni mengandungi 10 buah lagu,muzik cromok untuk album ni sudah mula terasa perubahannya,mungkin disebabkan jarak 3 tahun tu kali hahaha..walaupun begitu bagi aku album ni tak mengecewakan,semua lagu dalam ni menepati selera aku dan mudah dihadam.dalam album ni juga cromok baru masukkan lagu yang paling pendek yang berlirik,iaitu lagu maram perapu kepunden param sekeper,ini antara favret aku juga hehe..seperti album forever in time cromok tidak lukik (tamak) dengan lirik,album ni disertakan liriknya..

mean, meaner, meanest
cromok - mean, meaner, meanest
album keempat dari cromok rilis tahun 1999,bukan lah album penuh cromok,cuma ada tiga lagu baru saja dalam ni,antara album yang wajib ada dalam simpanan,tak kan didapati 3 lagu ni dalam boxset cromok tu. nak cerita dulu pasal kulit album ni,yang ni memang menarik,biarpun bukan unicorn darat namun ianya tetap unicorn,unicorn versi laut atau lebih dikenali kuda laut bertanduk kalu suku aku cakap (unduk-unduk),aku amat menyukai kulit album ni,tiga lagu baru dalam ni adalah - suffer, eclipes, nightmare tak percaya searchlah sendiri hahaha.. untung juga aku masa tu kaset ni ada jual,kalau tak memang payah nak cari versi kaset ni,kalau cd rasanya masih senang nak dapat,kira rare jugalah ni..aku ada terlihat poster untuk kaset ni dijual dengan harga rm60,huhu..

what's left
 cromok - what's left
masuk era milenium,album ni rilis tahun 2001 2000,aku masih tingkatan 2 1 lagi dan tak perna terfikir akan menjadi peminat cromok,kalau search mungkin kot.album ni menampilkan hillary buat pertama kalinya,menggantikan karl,betul kata orang album ni memang sudah lari jauh dari muzik cromok,nasiblah sam dan mizi masih anggota tetap,secara tak langsung muzik cromok masih lagi kedengaran,mungkin kalau sam tak ada maka cromok tak kan ada lagi sebab bagi aku gitaris boleh bertukar ganti,namun vokalis memang susah nak cari bukan vokalis rock tapi vokalis yang mempunyai nada suara seperti sam,unik dan punya tradmark sendiri, album ni mengandungi 10 buah lagu,sound untuk album ni memang berat,kedengaran juga penambahan bunyian2 lain seperti gong..apapun salute juga untuk hillary sebab mampu menggalas tugas yang ditinggalkan karl.terdengar juga rungutan yang hillary ni tak seseuai dengan muzik cromok disebabkan hillary ni gitaris rock,bagi aku senang,cromok is cromok never be mine,who cares what you think!!! haaha

deafening silence
cromok - deafening silence
sapa kata cromok mati hahaha,cromok memang selalu buat kejutan diam2 terus rilis album,harapnya tahun2 akan datang ni adalah album terbaru hehe..album ni rilis tahun 2002,jika tahun 90an cromok tunggu 3 tahun baru rilis album,milenium ni setahun satu album,haha.. okey pendapat ikhlas aku,ini antara album yang tak meninggalkan impak kepada aku,susah sangat aku nak hadam lagu2nya,nasiblah cromok kalau band lain gerenti masuk polybox album tak bernilai,mengandungi 13 buah lagu,antara album yang paling banyak lagunya haha,kalau diikut tolak 3 lagu preface 20s, chapter IV 7s, appendix 24s ('s' tu saat) ni bukan lagu intro saja,sebab tu aku cakap lagu maram perapu kepunden param sekeper lagu terpendek cromok.

engraved in eternity
cromok - engraved in eternity
2003 cromok tak rilis album tapi merilis album kompilasi ni,lagu2 dalam ni dirakamkan sekitar tahun 2000-2003 mungkin hillary yang main dah,sebabkan lagu unicorn sudah lain soundnya begitu juga dengan survival dan farewell,koleksi yang wajib ada dalam simpanan,cromers cromers,termasuklah aku hehe..

untitled
cromok - untitled
jika tahun sebelumnya cromok hanya rilis kompilasi,tahun 2004 mereka kembali dengan buah tangan baru,tak bertajuk untitled,apakah ini tanda ucapan dari cromok kepada peminatnya,bahawa ini adalah album terakhir dari mereka,itu semuanya akan menjadi teka teki peminat,bagi aku sendiri,aku memang mengharap yang ini bukan album terakhir dari cromok.album ni aku boleh katakan album ni antara album terbaik bersama hillary,kesemua lagu terhidang dalam ni cepat saja aku hadam,dimulakan dengan lagu pertama i do,terus saja aku terhibur.dalam album ni juga cromok dengan lagu terpanjang mereka dying to live berdurasi 11minit,tetap layan,tak boring...kulit album pula nampak biasa2 saja,namun kalau dilihat lama2 agak unik juga,hehe

untitled+raw
cromok - untitled+raw
tahun 2005 EMI meriliskan semula album untitled 2004,dengan penambahan 3 lagu live dan 3 lagu raw,rakaman live ni dibuat masa gig cromok di seven hill's,sydney,november 1989,lagu journey dan misty manakalah euthemia pula intro,lagu2 ni memang special untuk keluaran ni saja,mesti arwah din yang beraksi time ni,untuk lagu raw pula adalah rakaman raw in smith garage wollongong may 1988..tiga lagu untuk raw  prophecy dan sanity,manakalah merceda intro, lagu sanity ni tidak perna dirakamkan semula dimana2 album cromok,yang peliknya lagu ni sama macam lagu colour of truth dalam album forever in time.bagi aku album ni special juga...

the great a metal manifest
cromok - the great: a metal manifest
tidak ada lagi album penuh selepas untitled,cromok rasanya dah tamat kontrek dengan EMI atau pun syarikat ni sudah berkubur.2006 ni adalah tahun2 paling teruk untuk syarikat rakaman.tak mau ambil kisahlah pasal tu.tahun 2006 ni sempat lah aku beli kaset ni,dan sekarang hanya tinggal sekeping saja,kaset satu lagi tu dah dimakan tape player.cover pun aku dah buat sendiri hehehe.. cd pula aku beli awal tahun ni,terlihat depan mata,dan barang yang dicari tak ada,maka cd tu aku sambar,kompilsi ni kira yang terbaik dari cromok,menghimpunkan lagu2 dari album awal.kalau baru nak mengenal cromok aku rasa kompilasi ni yang terbaik,walaupun inlay tak dah apa sejarah disertakan,itu boleh dibaca di mana2,sekarang ni mudah saja, hehe...

cromok live at life centre 1992
cromok -  image of purity and live
live at life centre 1992 full konsert
cromok image of purity and live ntah kenapa EMI letak tajuk album ni,kompius aku masa memula dulu,ohya cd ni pemberian isteri tercinta,masa kami betunang dulu,huhu.. seharusnya EMI letak lah tajuk live at life centre 1992 apapun sudah terlambat,album ni agak istimewa sangat dah lah pemberian si sayang,lepas tu rakaman live konsert cromok lagi,ni kira rilisan paling bernilai aku rasa dalam simpanan aku. dekat belakang cd tertulis 2 lagu caler ringtone untuk maxis dan digi sahaja,perna pasang juga dulu lagu metallurgical,memang best kalau aku call tunanngan aku,sebabnya ringtone tu aku pasang kat henpon dia hehe..inlay pula dorang copy semula dalam rilisan asal image of purity,memang tak dah kena mengena dengan album ni,mungkin dua lagu misty dengan metallurgical saja kot yang ada,thx list pula memang semua nama2 mat saleh. bayangkan saja play album ni hampir 5 minit intro,lepas tu kedengaran suara wanita cakap,1000 day open your mind,lepas tu terus bermula lagu la crosse.yang tak bestnya cd ni hanya 1 trak saja,susah nak skip kelagu lain,berdurasi hampir 1 jam lebih.dalam cd ni memang dengar dengan jelas soundnya,kedengaran juga sam memberikan salam dan memperkenalkan ahli yang bermain malam tu,lagu macam the other, memories,another you dan ada lagi beberapa lagu yang belum rilis dinyatakan dalam konsert ni adalah lagu baru.,sam, karl, mizi, ogy adalah pemuzik dalam konsert ni,ogy ni gitaris undangan.. aku tak mau tersalah tulis aku buat lah research sedikit,maka benarlah album ni rakaman live full concert 1992 cromok, tahun diriliskan 2008,masa rilis juga ni lah tunangan aku bagi,kalau kamu peminat cromok,dan bertemu dengan rilisan ni jangan bagi lama terus sambar sebab ni rilisan betul2 penuh dengan misteri..
 lagu2 dalam cd ni beserta durasinya,aku copy dari ntah mana aku dah lupa,kredit lah untuknya...

1. Intro (0.00 - 5.34)
2. La Crosse (5.34 - 11.28)
3. Journey (11.28 - 18.05)
4. The Other (18.05 - 24.00)
5. Memories (24.00 - 29.40)
6. Prophecy (29.40 - 36.00)
7. Obsessed (36.00 - 40.35)
8. Unicorn (40.35 - 47.15)
9. Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper (47.15 - 48.50)
10. Another You (48.50 - 51.52)
11. Misty (51.52 - 59.07)
12. Seedling (59.07 - 63.00)
13. Metallurgical (63.00 - 71.09)


anthology
cromok - anthology
2009. box set cromok mengandungi 6 album penuh mereka.sayangnya boxset ni tak disertakan dengan apa2,hanya ada 6 cd saja,rasa ramai peminat cromok tak berpuas hati dengan rilisan ni,apa boleh buat,sam sendiri pun mengakuinya bahawa ini adalah rilisan bersifat keuntungan semata2.alangkah indahnya kalau ada diselitkan sedikit gambar2 band dan cerita band ni,macam search terunggul tu pun kira ok lah,ni hanya kertas yang tak ada apa huhu...tapi aku kira beruntung juga sebab album image of purity rilisan EMI ada dalam ni, hehe..rasa teringin juga nak beli satu simpan buat koleksi lebih,tapi aku tak suka beli kat speedy doarang buka plastiknya..huhu

 orait maka itu saja koleksi cromok yang ada dalam simpanan buat masa ni
 kalau berpeluang mendapatkan album tribut dorang pun ok juga,dulu memang dah ada versi cetak rompak dalam koleksi namun itu pun hilang ntah kemana, perna juga terlihat cd tu masa memula diriliskan,namun aku belum berminat dengan cd,sayang juga kalau fikir balik,apa yang ada sekarang ni pun kira oklah,ada rezeki tak kemana gunung dikejar wahahahaahaha...
tujuh tahun tujuh hari
D'cromok - VII years VII day collection
 ni bukanlah cromok,namun aku rasa patut juga kot di ceritakan.album kompilasi ni adalah cromok versi perlahan,dan amat menarik melodinya,bayangkan saja metallurgical II,kesinambungan lagu dari metallurgical dari album image of purity,andai arwah din terus bersama cromok,mungkin muzik cromok tak kan sama macam hari ni,apapun ini adalah peninggalan yang berharga buat genarasi baru macam aku ni.
AL FATIHA BUAT ARWAH DIN

ohya lagi satu tentang isu karl cromok dengan peminat tu,aku ada juga terbaca kat fb,macam2 dorang maki cromok,yang tak tahu menahu pasal cerita pun fuck cromok,bodoh ke apa..malas nak ambil port huhuhu..apapun aku sokong cromok HAHAHAHA

masa aku tengah menaip ni aku tengah deal dengan satu mamat kat toko,ada kaset image of purity dan tribute cromok, hehe..kalau dapat memang untung.entri ni dah terperap dalam drap ntah berapa hari dah...gambar pun ambil guna camera henpon murah ja,kualiti tak cun..huhu.. harap korang terimalah ceta aku pasal cromok ni.see you dalam ceta image of purity pula JAJAJA

INFECTIOUS MAGGOTS - KARAT BESI SIMFONI

denga harga yang menarik untuk cd dan kaset ni,maka aku terus sambar 2 cd dan satu kaset,untuk kaset rm5 sekeping dan cd pula rm10..perna juga aku terlihat kaset ni di jual dengan harga rm30,masa tu teringin juga nak beli,atas sebab aku nak fokus benda lain abaikan dulu,tak sangka pula jumpa di amcorp mall dengan harga murah2 hehe

apa yang aku harapkan untuk album ni melangit,macam2 bermain dalam fikiran,muzik best ke grind gila2 ke,sebabnya aku dah menyaksikan mereka ni live,sound memang power,vokal pula jangan ceta lah memang awesome.bila aku buka versi cd dan play,sound untuk lagu2 dalam album ni memang cukup bersih,komersial,dan aku macam susah nak hadam,lepas tu aku play lagi,sama jugalah berlalu begitu saja.aku terus rasa hambar dan kecewa dengan pembelian ni,nasiblah nasi sudah jadi bubur,ingatkan muzik dalam album ni sebijik macam live tu.

maggots
lalu aku berkata dalam hati,test pula dengan versi kaset,bila aku play baru lah aku terasa sedikit suka album ni,baru fell tu masuk sedikit..mungkin selera muzik aku tak terlalu kuat untuk muzik macam ni,disebabkan aura kaset tu makanya aku bleh hadam lagu2 dalam ni..mungki bagi yang meminati muzik yang bersih berat album ni memang harus ada dalam simpanan..
lirik disertakan sekali
dalam album ni hanya 2 saja lagu berbahasa ingeris.lirik pula memang pendek saja,diulang2 gitu,huhu
ohya aku beli lebih ni sebab nak buat koleksi,dan satu cd tu masih berbalut,plan nak tukar2 dengan membe yang ada extra copy koleksi mereka hehe...

rasa seram juga nak beli maggots ni lain kali,namun aku tak bleh nak mark juga,sebab rilisan awal mereka dengar ceta memang best,kalau ada rezki dan bertemu aku pasti beli,untuk kaset sajalah cd sory hehehe..

Selasa, 11 Februari 2014

CROMOK - ENGRAVED IN ETERNITY

engraved in eternity
kaset ni aku beli dengan rega rm20,deal ngan membe di fb pastu ambil byhand kat amcorp mall.
rilisan wajid ada dalam koleksi.album kompilasi ni rilis tahun 2003,kesemua lagunya dah diremasted semula kecuali lagu another you,kemungkinan besar semua lagu dalam ni hilary yang main,sebabnya era ni hilary dah join cromok,lagu macam unicorn pun di beri nafas baru kecuali part vokal,begitu juga dengan lagu survival dan farewell,haha tak dinyatakan pun dalam kaset ni,itu cuma ramalan aku sebabkan sound untuk lagu tu dah berubah 'clean' ,haha!!.

album ni agak istimewa juga,sebabnya ini satu2nya album cromok tak menggunakan kulit album unicorn 'kuda bertanduk' sebaliknya menggunakan gambar janin dalam perut,mungkin cromok nak menyampaikan cromok yang baru nak dilahirkan,sayangnya lagu little one tak ada dalam ni,kalau ada lagi mantap.
 HAIL TO THE KING


gambar bawah ni hasil yang sempat aku beli masa kat amcorp

rm45


mulanya nak ambil kaset your truly,bila tengok kondisi kaset tu tak berapa elok,tak jadi ambil,terus tertarik dengan cd dan kaset infectious maggotts...hehe.. next page ceta pasal infectious maggotts,baru melalui proses penghadaman. kaset rm5 dan cd rm10 tiap satu maggotts