SPLIT - DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI
sebelum aku nak cerita pasal muzik dalam ni baik aku cerita dulu cemana aku boleh dapat cd ni, haha.. hari tu aku ada order kaset 2 ketul, sampai rumah saja ada pula free cd ni, memang sempoi,.. tak sangka, perna aku baca juga kalau nak cd ni kena bayar duit pos saja, apa yang menarik minat aku pada cd ni, adanya band SIAL disitu, logo band ni aku suka.
aku bukanlah kebaruan ngan muzik macam ni, cuma aku boleh simpulkan yang aku tahu muzik gaya ni, black metal lah kan, cam burzum tu, aku ada kaset burzum., walaupun lagu nya agak lama namun sound yang diberikan tu memang menenangkan. dah berapa minggu aku dapat cd ni, namun aku hanya dapat mendengar beberapa kali saja, kadang2 time aku dengar ada saja gangguan2 kecil, hilang fokus, lepas tu aku nak cari info2 lahkan pasal muzik ni, eh eh rupanya bukan muzik black metal, ambient katanya, info boleh rujuk kat sini
Apa itu ambient haha..
cerita panjang2 pun klu tidak ada hujung pangkalnya memang payah, ok lah ni aku rebiu secara detail pasal muzik ni mengikut selera aku ni.. dan ditambah dengan cerita2 sedikit, hahaha
1. DELUSI - LARA
band ni pertama kali aku ketahui selepas memiliki cd ni.
sound yang mereka hidangkan menarik minat aku, aku rasa antara ketiga2 band ni, band ni terus bermain di benak hati ku, bukan membodek ok, ni sbbnya sound yang terhidang seperti sudah biasa aku dengar, mungkin penangan Burzum kot, apapun percubaan yang bagus dari delusi, ada kaset rilis juga band ni, kalau sempat memang nak beli, tgk lah nanti...
2. SIAL - PENANTIAN SUDAH BERAKHIR
Band ni kenalan juga dari vokalis band ajal ni haha.. tak tahu band ajal dah bekubur kali, seperti aku cakap kat atas aku tertarik ngan logo band ni, dengan dia punya tema org bunuh diri tu, hmm mesej tu sampai, untuk sound dalam ni, ianya alah2 burzum juga di ujung2 lagunya, ada feeling disitu haha. ohya lagi satu ni pun ada rilisan terbaru, kalau sempat memang nak support, tgk lah cemana, yang dulu didulukan tak gitu hahahaa
3. AHMAD RAIMI - AKU RINDU KEMATIAN
band ni lah yang bagi cd ni, ni pun anggota band2 pujaan hati juga, tak sangka pula dia ada projek band muzik yang macam ni, ambiet gitu, ohya aku dapat kaset bersempena hari kaset hari tu band ni, nanti aku cerita kat halaman lain, ni nak fokus pada lagu dalam ni. utk lagu dalam ni, ianya macam lagu antaboga dalam mayang mistik satu, haha.. dia punya mirip2 lah, seperti bercerita kepada pendengar... dengan runut bunyian yg slow, mungkin tak semua org dapat hadam terus, macam aku ni pun ambil masa utk merasakan apa yang ingin disampaikan, kalau kena mood mungkin lagu2 ahmad raimi ni sesuai...
kesimpulannya,TERIMA KASIH ATAS CD ni, aku mengenal satu lagi genre muzik haha dan....delusi tak dah suara bunyian desiran angin ntah cam tulah, manakalah sial, ada suara diawal tu agak memboringkan, tapi diujung2 ianya mencengkam, ahmad raimi, kena perlukan masa utk mendengarnya,
aku teringat satu lagu yang perna aku buat sekitar tahun 2007, masa tu aku nak buat band juga ngan kawan baik ku, namun tak menjadi pula band tu, jadi lagu2nya aku simpan, band heavy metal kot.. tahun bila lupa lah pula, aku bagi lagu tu ngan band antaboga, tak sangka dia masukkan dalam album pertamanya, sound dalam tu mmg sebijik bunyi ambient ni, dia guna lirik aku tu saja, memang sempoilah, kalau kamu nak dengar kena beli album mayang mistik 1 hahahaa.. tajuk lagu tu SAAT DIKAFANKAN. ok.. tamat