Isnin, 10 Februari 2014

AU REVOIR - ENGINE OF MY HEART


rilisan yang harus dikongsikan bersama,ini adalah rilisan pertama dari au revoir yang aku miliki,walaupun aku sudah mendengar lagu2 dalam album pertama mereka di youtube,namun aku tak berkesempatan untuk memilikinya,masa tu aku tengah deman dengan mengejar rilisan terbaru,perna juga aku pegang album tu dekat nebiula suatu masa dulu,namun keinginan untuk memilikinya tak ada.
 
au revoir
hinggalah ke album ni,aku mula senang nak deal disebabkan adanya medium yang lebih mudah dan senang digunakan sekarang ni,mulanya aku nak angkat dari distro lain,bukan dari empunya band ni,distro yang aku maksudkan tu empayar distro,dah order kat dia,lepas tu masa kami jumpa dia lupa bawa cd ni,kesabaran aku pun hilang nak menanti aku terus saja tanya empunya band ni jika cd ni masih boleh dimiliki,dan terus deal..

mari aku cerita tentang istimewanya rilisan ni bagi pendapat aku sendiri..cd ni mengandungi 8 buah lagu,lagu pertama engine of my heart,lagu pertama saja ni aku sudah mula menyukai album ni dan belum lagi mendengar keseluruhannya,bagi aku rentak muzik lagu pertama ni sudah aku dapat membayangkan,muzik bawaan mereka ni,aku ketegorikan muzik au revoir dalam lagu pertama ni adalah rock,rock yang diadun dengan irama berat,lirik pula bukanlah berkisar tentang cinta,lagu2 dalam ni disertakan lirik dan juga cerita bagaiman lirik tu diperolehi,ianya secara langsung terus membawa aku untuk merasai apa yang ingin disampaikan dalam lagu ni..walaupun lagu ni berat namun kesedihan tu terasa juga dalam melodi lagu ni.

lagu kedua shattered,lagu ni dimulakan dengan drama,seorang lelaki tengah memukul gadis,ohya kisah lagu ni mengisahkan pembunuhan,jika lagu pertama aku sudah merasa kesedihan,lagu kedua ni aku merasa kemarahan pula..aku memang tak jangkakan akan mendapat satu lagi muzik baru dalam hidup,muzik au revoir ni terus melekat dalam hati.

dua lagu tu saja aku boleh ceritakan,jika nak tahu lagu seterusnya dapatkanlah album ni, selagi ianya masih dalam stok,dan rasakan sendiri alunan muziknya,ianya memang lain dari muzik yang selalu didengar dimalaysia ni.dari album ni juga aku mula mengikuti perkembangan band ni,dikabarkan akan rilisnya album terbaru hujung bulan ni,ohya dah rilis lah,cuma aku menantikan format kasetnya,perghh rilis dalam format kaset,ianya satu bonus bagi aku..
 
engine of my heart
untuk keseluruhan album ni memang menarik dan menghiburkan,hiba juga hati bila mendengar album ni,keiklasan karya dalam ni memang aku merasainya.. sayang juga kan aku tak follow band ni dari mula,sedangkan inilah muzik yang dapat menghiburkan aku,mungkin masa tu aku masih tercari2 muzik yang sesuai dengan hati,dan lambakan rilisan juga membuatkan aku terlepas muzik yang bagus seperti au revoir ni.plan lepas ni memang nak fokus untuk muzik,yang hanya dapat menghiburkan hati,dan tak mau membeli rilisan membabi buta macam memula aku kenal muzik metal amnya atau lebih tepat muzik bawahtanah... ENGINE OF MY HEART - I COME FROM THE NORTH

2 ulasan:

  1. Bro rammy ni memang seniman unik..tulisan kat blog beliau pun aku suka.memang menarik cekidot blog beliau faithcraftmobile.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ya bro memang benar katamu.. aku memang dah follow blog dia,sebelum aku buat blog ni lagi... memang hebat penulisannya..

    BalasPadam