Jumaat, 7 Februari 2014

CROMOK - FOREVER IN TIME

cromok
kaset ni mendarat semalam,aku begitu teruja menantikan kaset ni,sampaikan terbayang2 setiap saat hahaha,aku mulakan pencarian tahun ni untuk melengkapkan koleksi cromok yang ada dalam simpanan,mulanya aku deal dengan salah seorang rakan kat fb,aku sanggup bayar kaset yang dia ada tu dengan harga rm50,namun dia tak jual,tapi dia janji akan tanya seoarang membe dia,bila hari berganti hari,aku asyik menunggu kabar dari dia namun tak ada kabar langsung,aku cuba tanya 'amacam kaset tu jadi ke' namun jawapan dia masih mencuba lagi.
forever in time
lepas tu aku nekad nak iklankan di wall fb ku,yang aku tengah cari kaset cromok forever in time dan image of purity.aku tak mengharap sangat,namun tak sangka pula,ada membe komen mengatakan dia ada kaset tu dan bagitau harga termasuk kos poslaju,aku dengan begitu terkejut dengan harga yang dia tawarkan terus saja meminta acc bank.harga untuk kaset cromok ni rm25 saja termasuk poslaju.bayangkan saja aku dah stemby rm100 untuk bajet kaset ni.terfikir juga kalau2 aku update status tak ada juga,aku sanggup bayar kaset kawan yang aku deal memula tadi dengan harga rm100.
lirik
kaset forever in time ni boleh dikatakan antara kaset metal terawal yang aku beli,masa tu aku deman dengan irama search,bila mana aku dah tak jumpa kaset2 search lain,aku pun mula nak cari sesuatu yang baru.cromok ni dari aku kat kampung lagi aku dah kenal nama band ni,aku ingatkan band cromok ni rock sama macam search wings dan lain2 band rock.tapi sayangnya kaset pertama aku tu hilang diambil rakan yang melepak dalam bilik aku suatu masa dulu,tak tahu sapa ambil ramai sangat kawan2 yang melepak masa tu bertukar ganti,masa ni juga aku banyak kehilangan koleksi.

aku sebenarnya nak buat satu ruangan khas untuk cromok ni,dan aku nak ceritakan satu persatu kaset2 yang aku miliki..tunggu aku dapat satu lagi kaset dari amcorp mall ahad ni baru aku ready untuk ceritakan macam mana sejarah aku mengenal cromok.
i dont belong here
berbalik kepada cerita kaset forever in time ni,masa aku trak no poslaju dia kat internet,disahkan bahawa bungkusan sudah dihantar kerumah,masa bekerja tu memang tak sabar nak balik,teruja gilagila rasanya,banyak juga aku order barang,namun keterujaan menanti tu kurang juga,tapi untuk kaset ni,seolah aku menantikan kekasih yang lama terpisah,parah juga..namun aku tenangkan hati,habis masa kerja aku pun balik,dalam kereta aku dah fikir macam2,sebelum play kena servis dulu,kena bersihkan apa yang patut,macam2 lah yang berlegar dalam kepala hotak.
dengan baki rm5
sampai dirumah,bungkusan pun dah ada aku terus sambar kotak dan ready untuk dibuka..ini bukan kali pertama aku deal barang dengan tempat aku mengorder ni,dia ni boleh kata antara distro termantap di malaysia ni,metalzone distro metalhead pasti kenal dengan distro ni.aku pun buka lah bungkusan dengan perasan yang begitu senang sekali,bila saja buka pergh!!! kaset ni masih berbalut,aku ingatkan kaset secondhand,rupanya baru..kegembiraan aku tak dapat nak digambarkan semalam.sedangkan your truly aku sanggup bayar rm40 nikan pula forever in time,kaset yang membuka gerbang metal kepada ku...
masih berbalut
lepas tu aku pun,buka perlahan pembalut kaset ni,dan ambil gambar,sempat juga aku menciumnya hahaha...
semalam saja aku play 3 round kaset ni,sampaikan orang rumah menegur ''eh bukan album ni dah ada kat kamu ke,membazir saja'' aku terus jawap,''memanglah,tapi ni versi kaset'' dengan selamba dia membalas ''sama saja''.. aku cuba untuk explen, kau perna rasa cili sabah kan,cuba bezakan dengan cili semenanjung,ada beza tak sedangkan ianya sama saja cili,huhu.. kalau tak faham lagi,ni 18sx bayangkan main dekat semak dengan main di atas katil,sama kan..disitu ada kenikmatan yang berbeza,seperti juga kaset dan cd wahahahaha...... kalah dia dengan aku yahuuu..
cromok
lepas ni aku nak cari last kaset cromok image of purity... dapat saja ni lengkap sepenuhnya diskograpi cromok dalam simpanan...yessss!!

5 ulasan:

  1. err...aku ada kaset Image Of Purity...

    http://berteromber.blogspot.com/2010/12/image-of-purity.html

    tapi bukan untuk di jual la...sajer nak kasi panas line...hahahaha...

    btw...nice blog bro...

    BalasPadam
  2. Hampir lengkap diskografi cromok ko ya bro..memang puas hati dapat kumpul apa yg kita nak..tapi perbezaan antara main dlm semak n atas katil tu yg aku tak boleh tahan nak gelak..heheh

    BalasPadam
  3. besok aku ke amcorp, kalau lu jumpa budak ni tegur2 le...

    BalasPadam
  4. satu kaset ni susah nak jaga. Ko dah bayar mahal2 baik ko letak silica gel ke hapa ke kat gerobok ko.

    Anyway, cakap pasal orang sanggup bayar harga tinggi untuk suatu dorang suka, aku perasan kat ebay ada orang jual "Search 10 tahun" nye cd. Ni memang susah nak dapat.
    Aku ada, aku punye cetakan Indonesia untuk Indonesia Market zaman dulu.
    Harga last aku cek dah S$40++ gitu. So aku tak terkejut ko nak beli satu kaset Cromok 100rm dah standby.

    BalasPadam
  5. sory kawan2..lambat reply,hari ni baru buka blog..jejeje

    berteromber - bro memang aku ngidam sangat2 kaset tu,dapat banyak kali masuk entri tu,satu hari nanti aku yakin pasti ketemu dengan kaset tu.. hehe thx bro

    rafi - memang puas,kalau dapat lengkapkan semuanya lagi berlipat kali ganda puasnya.. hahaha untuk ayat tu aku pun ada terbaca dalam satu entri ntah sapa punya..memang kalau nak explen dengan org tak faham guna ja ayat tu kompom faham punya...HAHAHAHA..

    pc kokak - sory bro kalau semalam ada terperasan aku ke,aku tak tegur,aku ni jenis pemalu gitu orangnye hehehe... semalam aku singgah kat gerai razis kasim,beli kaset cromok dan infectious maggots,esok aku free aku cetakan kat sini...

    deaf - aku tak bubuh apa2 kat aku punya poly box,tapi tiap minggu aku lap berrsihkan apa yg patut,lepas tu aku play.. aku stemby tisu dan skru saja,kalau bunyi dah lain aku terus servis...

    ohya bro untuk kaset ni memang aku sanggup bayar seratus,tapi untung dapat dengan harga tu hehe..

    untuk search sepuluh tahun punya memang paling rare,yang 1press macam berteromber punya kaset tu memang rega cecah ratusan ringgih dah,apalagi kalau versi cd,musti harga gempak..

    bayangkan saja search fenomena versi cd tu kawan aku punya ada satu mamat sanggup bayar rm600,tapi kawan aku tak jual.. gila2 kipas mati search tu...

    BalasPadam