Selepas kl hellbangers back to attack dijadualkan akan menyerang dengan brutalnya terpaksa dibatalkan disebabkan masalah pertembuangan tarikh ngan gig2 yang berlangsung pada tarikh sekian2 hahaha.. pihak organizer saudara awie mengambil keputusan untuk menggatikan dengan mini gig ini.. membariskan band2 lokal baru dan lama,antaranya catarrh antaboga, lihat flayer.
aku gerak seorang dari klang menuju ke sunway, selepas mis kominikasion dengan seorang kawan.. wahahaha kominikasion.. sampai di sunway jam 2 lebih, kelihatan juga rakan2 tengah melepak disubaidah 24hour.. dengan badan aku yang letih nak senyum pun susah, rasa macam tak nak turun ke gig ni dan bla bla bla hal2 yang aku sendiri tak pasti..mungkin sebab aku bangun awal pagi, selalunya kalau ahad2 ni kurang2 aku bangun jam lepas tengah hari macam tu.
nasiblah gig ni klhb yang buat dan juga antaboga ada dalam list, tak lupa juga succubus,succubus ni pertama kali aku tengok sebab tu aku rasa macam teruja juga pada minggu2 sebelum mini gig ni berlangsung.. namun pada hari ni aku kurang vitamin, letih...dan macam aku taip kat atas tadi lah...
gig bermula tepat pada masanya, salute to organizer.. ni macam lah baru betul, salut bete... haha tugas perasmian pembukaan dan segala macam jenis pembukaan di galas oleh band dari petaling jaya dibarisi 3 jejaka hemsomboi.. hemsem2 dorang ni memainkan irama yang menjadi kegilaan metalhead dari dulu hingga kini..thrash metal till die... katanya hahahaha..... mereka pada hari kejadian mempersembahkan lagu2 dari demo pertama mereka extrem disaster..ohya bagi yang hadir semalam musti dah mengenali mereka, band apakah sudah semestinya
exothermix.. susah juga nak sebut nama band ni... hehehe persembahan mereka memang betul2 thrash dengan sound yang begitu mengasikkan gaya vokalisnya dah macam german thrash metal... pembukkaan yang menggilakan walaupun crowd masih belum padat lagi... namun salutan pada para bangers..yang tak henti2 menghempaskan kepala sehingga putus dari badan... hahhaa joke ja..
band kedua yang berasal dari kuala lumpur ditubuhkan sekitar tahun 2003 kalau tak silap, haha aku sudah menyaksikan mereka ni, dan semestinya aku dah mendengar rilisan mereka, band apakah, aku perkenalkan band
morggorm.dianggotai tiga orang, samalah macam band diatas tadi, haha musti gaya muzik juga sama, ya memang sama thrash metal yang cukup kental... dengan kemasukan crowd yang mula begila menambahkan lagi huruharanya venue.. dengan petikan kelajuan gitar serta hentakan drum yang bengit padu disambut oleh para bangers.. suasa memang total like hell.... morggorm ni aku tengok dah ada mirip2 sepultura, kalau tak silap dorang ada bawa cover song dari sepultura ntah,, sebabnya semalam memang banyak yang cover lagu2 sepultura, hahaha mentang2 lah brazil kan tua rumah hahahaa.. apapun persembahan yang diberikan oleh band ni memang cukup bertenaga dan menjadi penaik semangat para bangers untuk menjadi lebih brutal lagi....aaaaaaaarghhh
band seterusnya yang bakal memuntahkan irama thrash/death metal berasal dari kuala lumpur,
malapetaka band yang bakal memberikan malapetaka pada bangers sekalian...heran juga aku memang macam ni kah muzik thrash death metal, bagi telinga aku kan ni dah macam ada campuran grind juga lah.. terpulang lah pada pendengaran masing2,, apa yang lebih utama adalah persembahan mereka semalam total wOOOOrrrggghhhhh.... aku nak katakan dibahagian hadapan para bangers tak henti2 support enjoy dengan band ni, manakalah dibelakang pula total moshing nonstop.. brutal sangat, bagi yang lemah semangat tak payah masuk dalam tu moshing, amatt menyeramkan... malapetaka tak dinafikan kehebatan muzik mereka ni, masakan para bangers boleh hilang akal nonstop banging moshing aarrghh.. venue juga sudah semakin terasa bahangnya, aku yang sesekali banging pun macam dah nak pitam.. manakalah yang lain ni memang tak tahu reti penat panas dan sebagainya... malapetaka mengakhir persembahan mereka dengan cukup menghiburkan..
band seterusnya merangka band ke 4 pada hari kejadian memberikan kelainan dari 3 band diatas yang berdiri di bawah panji2 thrash.. untuk kali ni band yang memainkan irama grindcore/death metal berasal dari shah alam mengusai pentas. wira selaku vokalis undangan untuk band
cafergot untuk gig kali ni memberikan sepenuh suara beliau dan menghamburkannya mengikut grindcore.. terfikir juga ku cemana lah vokalis2 grind ni boleh bertahan dengan suara begitu, wOOOORGHH..... masa cafergot ni beraksi venue sudah cukup padat dengan crowd, bila saja set mereka bermula bayangkan saja ribut ditengah2 tampa henti, moshing gilababi punya brutal amat menakutkan, banging seperti sebelumnya tadi masih berterusan... wira dengan gaya selambanya pandai berkomunikasi dengan crowd yang rata2nya dari blood2 imkl (indonesia metalhead kuala lumpur) dengan ucapan2 yang selamba disambut para crowd serentak muzik dimainkan total bommm kacau bilau macam di medan perang dah aku tengok...cafergot memang terbaik hari tu.. harap satu hari aku dapatlah rilisan band ni...
band selepas cafergot band yang sudah punya nama besar dari pergerakan scene metal dimalaysia ni, didatangkan dari pahang,
catarrh band ni mengikut apa yang kutahu memainkan irama death metal/grincore, tapi pada hari kejadian, mereka membawakan hampir semua cover song dari band sepultura, selepas bermula dengan satu lagu dari demo mereka, list lagu seterusnya adalah cover song... memang total chaos... aku selepas banging satu lagu berehat seketika diluar dan masuk semula, kegilaan yang kulihat dari crowd masih membara seperti di awal2 tadi.. memang cukup enjoy mereka hari ni..aku tak tengok catarrh ni sampai habis aku mengambil keputusan untuk turun kebawah, nasiblah tingkap venue terbuka maka sound yang berkumandang diatas, kuat kedengaran hingga kebawa, orang yang lalu lalang pun terkejut kulihat mendengar muzik yang tengah mengganas diatas..
selepas catarrh gig diberentikan seketika untuk memberikan oxcigen kepada bangers2 yang tak henti2 begila, terima kasih juga kepada organizer, disebabkan masa rehat ni mereka menyediakan makan2 untuk mereka2 yang nak makan.. terbaik ah macam ni save bajet hahaha, sempat la aku pekena nasi goreng cili api dan air sirap slupppp!!! ahhh pekena rokok sebatang sambil tarik nafas.. sebabnya band yang bakal beraksi selepas magrib nanti band yang akan membawakan awan hitam kedalam venue.
jam 8 malam gig diberitakan akan bermula sebentar lagi,
coronation band yang memainkan irama black/death metal, dengan dibarisi line up yang mengenakan corpse paint serta duri2 paku dipergelangan tangan kasut pun bepaku juga, kalau buat penyepak sedapppp aaaahhh... ini adalah pertama kali aku mendengar nama band ni dan dapat menyaksikannya di gig ni, dan terus mengetahuinya hahaha.. inilah bestnya main2 gig ni dapat memperkenalkan band kepada mereka yang tak mengenali lagi, aku ni memang ada bias sikit, aku memang meminati irama yang ada perkataan black metal ni hahahaa dari segi imej dan sound ianya menenangkan aku, total layan 666 lah senang cakap, crowd yang lain tu sudah semestinya enjoy ngan moshing brutal mereka, barisan depan juga sudah ready untuk menghempaskan kepala mereka support band ni, coronation memulakan lagu pertama mereka, dengan begitu bertenaga sekali, aku yang dihadapan tampa banyak fikir terus saja aku banging... lagu demi lagu mereka persembahkan, crowd memang begila, takut juga aku terjadi apa2 hahaha.. betul lah kata orang metal itu nampak brutal ganas dan macam lagi yang berkaitan ngan ke evil an hahaaha tak dah yang tercedera, walaupun perlanggaran terus terusan tampa henti. coronation cukup evil dengan sound bawaan mereka pada hari kejadian,, respek, harap aku dapat juga koleksi mereka ni..sebelum terlupa coronation ni band dari selangor.
selepas coronation band yang aku nantikan sudah bersiap diatas pentas dengan final sound chek.
antaboga band yang baru saja meriliskan album kedua mereka mayang mistik 2, sudah bersedia menjampikan para bangers sekalian, aku cukup teruja juga melihat aksi mereka selepas keluarnya album pertama mereka ni, apa yang aku harapkan memang total 666 penuh dengan mantra yang amat menghiburkan, inilah satu2 nya band pada hari ni dapat memberikan ku 100% sound yang aku inginkan, bayangkan saja album mayang mistik 2 tu dah cukup sempurna soundnya, bila dipersembahkan secara live lagi lah mantap, nak cakap apa ya memang total sempurna, aaaaarrrghhh... aku ingatkan aku saja yang kena sihir semalam, rupanya para bangers juga kena sihir antaboga, sampaikan empunya venue mengamuk... disebabkan crowd yang mengganas gilababi punya brutal moshing plus angkat wanita humban sana humban sini, hinggakan langsir yang menutupi jendela tercabut, dan dengar cerita speker juga hampir terjatuh,.. total hurahara amat brutal crowd yang begila 696 punya kegilaaan... bila saja organizer suruh bangers2 sekali untuk mengurangkan kebrutal mereka berhibur, tidak dipedulikan juga... dengan sound antaboga yang begitu padu dengan lenggok nusantara paganism menulusuk keseluruh indra, menyihir kewarasan bangers sekalian... apa yang nak aku katakan sepanjang aku menyaksikan show antaboga yang ini aku akan katakan paling gila best of the best....
gig sudah mau diberentikan empunya venue tak mau perkakas2 nya rosak, dengan rundingan damai yang dilakukan oleh organizer, meminta pihak venue untuk meneruskan lagi gig ni, sebabnya alang2 bah, tinggal satu band, masa kegilaan crowd di awal tadi tak pula gig ni nak diberentikan, langsir saja jatuh dah nak stop, nasiblah dengan satu syarat, crowd harus mengurangkan kebrutalan bermoshing, kalau satu lagu lagi moshing tetap brutal seperti sebelumnya dengan serta merta gig stop.
band terakhir penutupan untuk mini gig klhb 2014 ni
succubus menjadi headline pada hari ni, sayangnya crowd dari imkl sudah keluar dari venue, maka hampir 30 lagi para bangers dihadapan, succubus memberikan sound old school death metal penuh bertenaga, walaupun crowd sudah berkurangan namun kepanasan dalam venue masih seperti sebelumnya, apakah aircond dimatikan ntahlah.. ini band yang aku mau tengok kan, jadinya aku bahagikan 2 lagu banging 2 lagu melayan sound live mereka dengan penuh kenikmatan... succubus memberikan lagu terakhir cover song dari band pujaan mereka, apa nama band tu aku lupa.. last song all out banging lah.. tamat
jumpa lagi... kbai